Bab 1

Thriller Series 813

"kus semangat! Nasib baik air aku ni tak tumpah! kalau tak, siap kau Comot aku kerjakan!", marah Riana.

Entah dari mana datangnya kucing peliharaan kawannya itu yang tiba-tiba sahaja melompat di atas meja makan. nasib baik dia sempat memegang cawan minumannya tadi, kalau tidak habislah dengan baju-bajunya sekali basah.

"hai Riana, apasal pagi-pagi lagi kau dah marah-marah?", soal Kamariah. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi kayu di ruang makan tersebut.

"kucing kau tu, Si Comot tiba-tiba sahaja melompat ka atas meja aku ni, terkejut beruklah aku!", kata Riana sambil meneguk teh tarik.

"Ha! Ha! Ha! Kucing aku tu sukakan kau la tu", Kamariah gelak mengekek.

Riana yang mendengar gurauan Kamariah cuma mencebikkan bibirnya sahaja. Dia bukannya sukakan kucing. Dia alah dengan bulu kucing. pasti terbersin dibuatnya jika ada kucing yang ingin bermanja-manja dengannya. Namun demi Kamariah dia akur dengan kehadiran Si Comot di rumah itu.

"Aku ada berita tak baik nak beritahu kau", Kamariah bersuara kembali setelah agak lama terdiam.

"Apa dia? Kau nak kahwin?", soal Riana dengan riak wajah hairan.

"ish, bukanlah. Semalam tuan rumah call aku. Dia suruh kita pindah cepat-cepat sebabnya dia mahukan rumah ini semula", Kamariah berterus-terang. Riak wajahnya mempamerkan kesedihan.

Nasi lemak yang mahu disuapkannya ke mulut tidak jadi disuap. Riana membuntangkan biji matanya. wajah Kamariah dipandang tidak berkelip-kelip.

"Habis tu? kita nak tinggal kat mana? kau jangan cakap suruh kita berdua ni tinggal di asrama pula. Tak bebas aku nak keluar masuk", Riana mengeluh. kepalanya digeleng-gelengkannya.

Kamariah mengeluh panjang. Dia mengaru-garu kepala. Runsing juga apabila memikirkan mahu mencari rumah sewa baru. Bukannya senang. Rumah sewa itu pula kalau boleh mahu yang berdekatan dengan kolej mereka. Senang jika ada aktiviti ataupun program yang dianjurkan oleh kolej.

"Nanti aku cuba tanyakan pada kawan-kawan kita", Kamariah berkata pendek. Air teh tatik yang hampir sejuk diteguk perlahan.

Riana bangun. Nasi lemak dan teh tarik telah habis dimakan. Dia bersendawa kuat. Dia menuju ke arah bilik dan meninggalkan Kamariah makan berseorangan.

Sampai sahaja di bilik Riana membuka komputer riba yang telah tersedia di atas meja tulis. Aplikasi yang memaparkan kemudahan mencari rumah sewa ditatap. Dia tidak boleh mengharapkan Kamariah sahaja mencari rumah sewa. Dia juga perlu berusaha sama mencari rumah sewa.

Aplikasi carian rumah sewa yang terpapar menunjukkan pelbagai rumah sewa di kawasan itu. Namun terlalu jauh dari kolej dan harga sewaan yang terlalu mahal. Mana mampu pelajar sepertinya untuk menyewa dengan kadar yang terlalu mahal. Setelah kecewa dengan aplikasi yang tidak banyak membantunya, Riana berbaring di atas katil. Dia mengelamun. Pelbagai perkara terpamer di mindanya. Matanya tiba-tiba terasa berat. Akhirnya Riana tertidur dengan perasaan gusar di hati.

Di tingkat bawah Kamariah mengemas pinggan mangkuk dan meja makan yang berselerak. Dia kenal benar dengan sikap Riana apabila tiada kelas pagi. Seusai bersarapan pasti dia akan ke bilik. Dia cuma mengeleng-geleng melihat ulah sahabatnya itu.

Kepala Comot diusap-usap. Kamariah bersantai di ruang tamu sambil menonton tv. Dia juga tiada kelas pada hari itu. Sambil menonton tv, Kamariah menghubungi beberapa orang rakannya bertanyakan perihal rumah. Namun tiada seorang pun yang dapat membantunya.

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience