Bab 3 Sekolah yang pelik

Romance Completed 2856

Hari mula malam tetapi Lucy masih lagi baring di atas katilnya yang empuk itu.Dia tidak sedar yang hari sudah makin malam.Dia juga harus siapkan dirinya untuk ke kelasnya
Kedengaran suara ketukan pintunya lantas Lucy membuka matanya yang masih lagi layu

"KNOCK.. KNOCK..."bunyi ketukan yang kuat di pintunya

"umgh.. siapa pulak yang datang nih? "dia membangunkan badannya dari katil dan terus ke pintu untuk melihat siapa itu

"Siapa di sana? "

Tiada suara yang dijawab sebalik pintu itu dia terus membuka pintu itu dan melihat seorang lelaki muka yang pucat seperti mayat dan mata yang merah bagaikan puntianak

"Maaf.. awak siapa? " Lucy merasa takut melihatnya

"Siap cepat dan nih baju kau untuk datang ke kelas" katanya lelaki itu

"kelas? tapi malam pun ada ke kelas? "tanya lucy dengan mengerut matanya

"Aku tunggu kat luar dan aku tak nak kau lambat paham" marahnya lelaki itu kepada lucy

"Ba-baiklah saya siap dulu"

Lucy terus mengambil tuala dan melangkah masuk ke bilik mandi dan mula membasahkan badannya.Selepas siap mandi dia mula mengeringkan badannya dan rambutnya yang panjang dan lembut itu.
Dia mula memakai baju yang diberi lelaki pucat tadi.Sesudah siap dia terus buka pintu dan dia lihat lelaki itu masih berada di luar menunggunya.

"Wanginya.. " kata lelaki itu dalam hati

"Um..kenalkan saya lucy" lucy perkenalkan dirinya

"Aku tahu...tak sangka kau manusia boleh datang ke tempat nih.. aku dengar kau punya darah istimewa" lelaki itu mula mendekatkan dirinya ke arah lucy

"A-apa awak cakap kan nih? saya tak paham" lucy takut dengan kata lelaki itu dia mengundurkan dirinya sehingga rapat ke dinding belakangnya

"Kau tak payah buat tak paham! dan darah kau.. wangi sangat.. kau tahu apa istimewamya darah kau ini? "

"Apa awak buat nih" lucy takut sehingga ingin menangis dibuatnya..dia tidak dapat bergerak kerana lelaki itu memegang kedua tangannya

"Woow.. darah kau sangat wangi " kata lelaki itu

Sikit lagi vampire itu nak hisap darahnya lucy tetapi dia dihalang oleh lelaki seorang lagi dan menarik lelaki itu dan mencengkam leher lelaki itu

"Hahaha... kau rupanya Alex.. ughh.. lepaskan aku.." lelaki itu merontan dirinya bagi melepaskan dirinya

Lelaki itu melepaskan lelaki itu dan lelaki itu beredar dari situ dengan sekelip mata saja.
Lucy terkejut dengan semua itu dan dia pandangannya mula kabur dan dia pengsan
Lucy mula sedarkan dirinya dengan kuatnya dia cuba untuk buka matanya dan dia melihat lelaki yang selamatkan dia itu dan 3 orang guru dan seorang pelajar perempuan yang berada di depannya

"Auchhh.. kepala saya" katanya lucy yang pengsan tadi

"Lucy? kamu tak apa-apa?" tanya seorang guru perempuan

"Saya kat mana? apa jadi" tanya lucy untuk ingat kembali kejadian tadi

"Maafkan pelajar kami..dia memang begitu dengan orang baru...saya tak sangka boleh jadi begini pada kamu"kata lagi guru itu

"lepasss.. jangan sentuh saya.. saya tak tahu apa yang berlaku di sekolah ini tapi tolong ceritakan apa semua nih?" jerit lucy ketakutan

Guru-guru itu terkejut dengan suara lucy dan mereka ambil keputusan untuk beritahunya

"Lucy...kamu sebenarnya berada di sekolah vampire dan kamu dihantar ke sini atas ibubapa kandung kamu sendiri.. mereka meminta kami untuk menjaga kamu dan kamu juga boleh menolong kami"kata salah seorang cikgu itu

"Tak mungkin.. kamu semua tipu kan.. Vampire? apa semua nih.. " lucy tidak percaya akan kata cikgu itu

"Kami tidak main-main dengan semua ini lucy"

"Apa kamu tidak lihat muka kami putih dan apa kamu tidak nampak Alex yang menolong kamu dari perbuatan Leo tadi"

"Tak.. saya nak balik dan saya tak nak duduk di sekolah yang pelik ini.. " lucy bangunkan dirinya dari katil itu

"Lucy Stephanie!! " jerit seorang wanita dari belakang lucy

Lucy pelik dengar suara itu seakan dia kenal suara itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience