Bab 11

Romance Completed 2856

Lucy berada di dalam biliknya sambil mengenangkan semasa dia bersama Alex.Hati dia mula berdegup bila memikirkannya.

Ahhh!! malunya... apa nih Lucy...jangan pikirkannya boleh tak..ishh...lagipun dia bukannya suka dekat aku pun...dahhh.. jangan fikirkan.. baik aku keluar ambil udara segar.

Lucy mengambil baju Jaket dan pakainya kerana waktu malam di luar sangat sejuk.Dia mula berjalan turun ke bawah.Dia melihat di kawasan itu apa yang ada.Dia terserempak dengan Alex di luar itu.Lucy lihat Alex sedang duduk di bangku dan melihat ke bulan yang terang itu.Lucy bercadang untuk mengejutkannya dari belakang Alex. Dia berjalan dengan perlahan tanpa bunyi.Lucy menepuk belakang Alex dan Alex terus menariknya Lucy sehingga dia terjatuh di atas peha Alex.

"Ahh.. pinggang saya.. Auchh.. "

"Lucy!?.. awak ok tak?.. maaf saya tak tahu itu awak... " jelas Alex pada Lucy

"Awak tak pernah kena kejut ke? "tanya Lucy

"Pernah.. dengan Leo.. dia lagi teruk dari awak."

Lucy melihat Alex berbual dan dia tak perasan dia terbaring di atas peha Alex dan Alex memeluknya. Lucy bergegas bangun dari atas Alex.Alex menariknya kembali dan dia terduduk di atas Alex.Hati Lucy berdegup laju dan mukanya menjadi merah.

"Kenapa? hati awak berdegup laju ke? " jelas Alex pada Lucy

"Ahh.. tak.. mana ada..."

"Lucy.."

"Yeaa.. apa..? "

"Saya... sukakan awak dari pertama kali saya jumpa awak.. Lucy.. " jelas Alex pada Lucy

Lucy terkejut mendengarnya. Tapi Lucy pun punya perasaan yang sama dengan Alex.Dia pun jujur pada Alex yang dia sukakan padanya.Mereka gembira meluahkannya dan Alex memeluknya dengan erat sekali.Lucy berasa lega kerana dia telah jadi pasangan kekasihnya Alex.

"Saya akan lindungi awak.. Lucy.. saya tak akan bagi sesiapa cederakan awak.. " kata Alex

Lucy mengangguk dengan dipeluk Alex.Dia pun bangun dari Alex dan dia beritahu pada Alex yang dia lewat masuk tidur.Alex bangun dan mendukungnya untuk membawa Lucy ke dalam biliknya.Alex lompat ke tingkap Lucy.

"Dah sekarang awak boleh tidur lena.." katanya Alex

"Ok..awak pun tidur lena.. "

Alex memberi ciumannya pada dahi Lucy.Alex pun lompat dan pergi ke biliknya.Lucy masuk ke dalam dan kunci tingkapnya.Dia pun lompat ke atas katil dan menutup mukanya dengan bantal dan menjerit gembira dia. Lucy tidak percaya dengan semua ini.Dia cuba mencubit tangannya takut dia bermimpi.Tapi rupanya tidak.Dia baringkan badannya dan matanya mula layu dan Lucy pun terlelap dengan gembiranya dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience