"Dina! Dina" Mia menggoncangkan tubuh Irdina yang seperti berkhayal. Terpinga-pinga Irdina dibuatnya.
"Kau berkhayal apa ni? Aku pelik betulla. Sejak kebelakangan ni kau suka betul berkhayal. Kau ada masalah cakap. Tak elok pendam-pendam ni Dina. Lagi-lagi kita ni student. Memang banyak dugaan. Ada apa-apa,kau share je dengan aku."
"Takdela kau ni,aku okey je. Just penat sikit. Takyah risau la ye." pujuk Irdina.
"Suka hati kau la Dina oii. Aku ni hanya mampu berpesan je." Jawab Mia dengan nada merajuk.
"Tak yah la merajuk. Just masalah kecil je. Mana ada orang yang takde masalah kan." senyum Irdina tidak bermaya.
"Hurm ok." Mereka berdua terus melipat telekung. Mereka baru je selesai solat maghrib berjemaah. Mereka berjalan menuju kedewan makan untuk makan malam.
"Kau nak makan apa ni? Macam takde benda best je." kata Mia sambil memandang sekeliling.
"Benda best? Maksudnya?" tanya Irdina kehairanan. Dah kenapa pulak dengan kau ni Mia. Pepelik je.
"Crush aku takde la wei dalam ni. Mana dia ek?" tanya Mia sambil matanya masih melilau mencari seseorang. Irdina memukul dahinya. Alahai,tak habis-habis dengan crush dia tu. Nak kata hensem,hensem lagi tukang masak dekat sekolah ni. Haish,kau ni Mia. Memang suka pelik-pelik la.
"Dia tak nak datang jumpa kau" balas Irdina selamba. 'Pap!'
"Aduh,weii. Lebab tangan aku kau pukul." Irdina menggosok-gosok tangannya yang baru je dipukul oleh Mia. Berbisa bhaii.
"Ha,tau pon sakit. Sakit lagi hati aku bila kau cakap macam tu."
"Ok ok. Aku mintak maaf."
"Tadi aku rasa aku ada nampak Adam dengan kawan-kawan dia yang lain angkat barang. Tak taula barang apa. Rasanya cikgu Mizan kot yang suruh. Sebab cikgu pon ada kat situ." panjang lebar Irdina memberi keterangan. Terangguk-angguk Mia.
"Baru lega hati aku." sengih Mia selamba. Hek eleh minah ni,dah pukul aku,dengan selamba badak dia je buat tak tahu.
"Dah jomla gi ambik pinggan. Terus perut aku berbunyi." Mia menarik tangan Irdina melangkah keruangan makanan.
*****
"Kita nak duduk mana ni Mia. Cam full je semua tempat." tanya Irdina. Aduhh,ni yang malas ni nak makan. Asyik takde tempat je nak duduk.
"Ha tu Dina. Dekat meja yang hujung tu. Cepat,nanti orang cekau." Berjalan pantas Mia mendahului Irdina. Irdina berjalan membontoti langkah Mia. Tiba-tiba...
'Prakk'
Senyap sunyi dewan makan tu seketika. Semua mata memandang Irdina yang jatuh terbaring dilantai.
"Auch,sakitnya." Kata Irdina perlahan. Habis koyak baju bahagian siku yang dipakainya.
"Woii,kau apahal?" marah Mia kepada Naili yang sedang mengtertawakan Irdina. Mia terus mendapatkan Irdina. Habis comot bajunya terkena kuah.
"Kau okey tak ni Dina?"
"Aku okey. Cuma sakit sikit je." Mereka terus bangun.
"Laa,kau kenapa Dina? Berjalan tak tengok kiri kanan atas bawah ke? Kan dah jatuh. Apalah nasib kau kan." sinis sahaja ayat yang keluar dari mulut Naili. Pelajar yang lain ada yang mentertawakan dirinya dna ada juga yang bersimpati dengan dirinya.
"Cuba share sikit macam mana boleh jatuh ni. Nak kata terlanggar batu,mana ada batu kat dewan makan ni. Ha.ha.ha. Ni mesti kes berjalan sambil teringatkan pakwe kan." sambung Naili lagi.
"Eh kau ni.." gaya Mia seperti ingin bergusti tapi sempat ditahan oleh Irdina. Irdina menggeleng. Dia terus membawa Mia kembali ke meja makan.
"Wei,kau dah kenapa tarik aku. Kau boleh je biarkan dia buat kau centu. Tak payah la lembik sangat weii." marah Mia kepada Irdina setelah mereka duduk dimeja makan.
"Aku bukan lembik,tapi aku dah penat la nak layan. Kalau dilayan,aku yang penat nanti." kata Irdina sayu.
"Cuba kau cakap sikit,macam mana kau boleh jatuh?" tanya Mia.
"Aku.."
"Aku terpijak kain baju kurung aku. Sebab tu terjatuh." kata Irdina.
"Laa,kau pun satu. Berjalan tu hati-hati la." tegur Mia.
"Ye aku tau. Dah la,aku takde mood nak makan. Aku nak basuh baju ngan tudung. Habis kotor." Irdina bangun dari kerusi dan melangkah kesinki. Dia membasuh tudungnya. Tanpa disangka,setitik dua air matanya keluar.
Siapa pernah mengalami peristiwa memalukan macam ni? Korang segeng dengan Irdina. Huhu. Support dija_m. tau. Muahh
Share this novel