Bab 1

Action Series 1097

"Nah,kau ambik duit ni pergi belikan aku makanan. Cepat sikit beli tu,aku dah lapar. Beli sekali untuk dorang." Syaza meletakkan duit RM5 dengan kasar ketelapak tangan Irdina sambil menunjuk ke arah rakan-rakannya yang sedang duduk dikatil Syaza.

Irdina melihat duit yang diberikan. "Akak,mana cukup nak beli makanan." kata Irdina dengan takut-takut.

"Kau fikir aku kesah? Eh,kau dengar sini ye." Syaza menundukkan kepalanya memandang Irdina dengan tajam.

"Duit tu cukup ataupon tidak,itu bukan urusan aku. Kau guna la duit kau. Takkan itu pon aku nak ajar." Syaza menolak kepala Irdina sehingga dia terjatuh kebelakang. Irdina mengaduh kesakitan.

"Kau pergi je la belikan untuk kitorang. Kau patut bersyukur tau sebab Syaza sanggup bagi duit. Kau just kena tambah sikit je pon." kata Lisa,segeng dengan Syaza.

"Tapi kak..."

"Dah diam. Aku tak nak dengar tapi kau tu. Sekarang aku nak kau berambus dari sini dan cepat belikan aku makanan."

"Sekarang dah pukul 10.05 minit. Aku nak kau sampai kesini balik pukul 10.10 minit. Kalau kau lambat,kau taulah apa nasib kau."kata Syaza lagi. Irdina tergopoh gapah keluar dari dorm Chempaka iaitu dorm Syaza,Lisa dan Sofeah.

'Aku perlu cepat ke bilik aku untuk ambik duit. Kalau lambat,habis aku.' kata Irdina didalam hati. Dorm chempaka terletak ditingkat atas sekali dan dorm Melur iaitu dorm Irdina terletak ditingkat 2. Semuanya ada 3 tingkat.

Irdina berlari dengan pantas menuruni tangga tanpa pandang sesiapa. Yang dia tau,dia perlu cepat kembali ke dorm chempaka sebelum pukul 10.10 minit.

Setibanya didorm Melur,Irdina cepat-cepat memulas tombol pintu tapi ternyata pintu itu berkunci. Rasa nak menangis pon ada. Irdina mengambil kunci dormnya dari poket seluarnya. Dia terus membuka pintu setelah kunci dibuka.

Irdina membuka almari bajunya lalu mengambil dompet dan cepat-cepat keluar kembali. Dia berlari ketingkat bawah kerana kantin asrama terletak di tingkat bawah. Ketika sedang menuruni tangga,tiba-tiba namanya dipanggil dari tingkat atas. Irdina mendongak memandang keatas dan ternyata Dorm chempaka yang memanggilnya.

"Cepat sikit. Masa berjalan ye Dina.Ha.ha.ha." jerit Syaza sambil ketawa bersama kawan-kawannya. Syaza menunjukkan jamnya kepada Irdina. Irdina memandang jam tangannya dan ternyata jarum jam telah menunjukkan pukul 10.07 minit. Rasa nak menjerit disitu jugak.

Irdina tergopoh gapah menuruni tangga menuju ke kantin. Dalam perjalanan ke kantin,Irdina terserempak dengan Mia,kawan sedormnya dan merangkap kawan baiknya.

"Hai Dina" sapa Mia.

"Jangan ganggu aku" balas Irdina lalu terus menuju ke kantin. Mia terpinga-pinga.


*****

Syaza menepuk tangannya setelah kelibat Irdina sampai dipintu dormnya.

"Yah,raja lambat telah sampai kawan-kawan" kata Syaza.

Irdina melangkah masuk dengan takut-takut sambil memegang bungkusan yang dibelinya tadi.

"Ini kak makanannya" Irdina memberi bungkusan makanan tersebut kepada Syaza. Syaza memandang tajam kearah Irdina.

"Kau tau tak kau lewat. Aku dah bagi tempoh kan. Kau kena datang sini balik pukul 10.10 minit. Tapi sekarang dah pukul 10.20 minit. Kau tau tak kami dah lapar?" marah Syaza.

"Kau takde jam ke nak tengok waktu?"sambung Syaza lagi.

"Ada kak."balas Irdina dalam ketakutan. Dia rasa nyawa dia seperti berada dihujung tanduk.

"Habistu,tak reti nak tengok ke? Baik tak payah pakai jam kalau still lambat.Bagi sini jam kau tu"

"Tapi jam ni ayah saya yang bagi kak. Tolong kak maafkan saya. Saya sayang jam ni kak" Nangis Irdina merayu kepada Syaza.

"Kau tengok muka aku ni. Kau tenung baik-baik. Kau rasa muka aku ni nampak muka orang kesah ke ha? Aku tak kira,bagi sini jam kau tu."

"Tolong jangan ambil jam ni kak. Tolong kak maafkan saya. Saya janji saya takkan lambat lagi kak." janji Irdina sambil mengangkat tanganya seperti berikrar.

Syaza memandang kawan-kawannya. Lisa dan Sofeah bangun dari katil Syaza lalu melangkah kearah Irdina.

"Kau ni memang tak faham bahasa ek? Dah kau yang lambat,terima je la hukumannya. Bagi jam kau tu kat Syaza. Benda simple je kot. Takkan tu pon kami nak ajar?"Kata Mia sambil menolak kepala Irdina.

Mereka berdua memegang tangan Irdina supaya tidak bergerak. Syaza mengambil jam tangan Irdina. Irdina menangis minta dilepaskan.

"Jangan kakkkk" jerit Irdina setelah jam tangannya dirampas oleh Syaza.

"Tolong kak,bagi balik jam saya. Akak,saya merayu dekat akak tolong pulangkan balik. Itu jam pemberian ayah saya kak. Bagi balik kak" nangis Irdina sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

"Eh,kau diamlah. Bingit kau tau tak. Sakit telinga aku dengar kau nangis." Marah Syaza sambil memulas telinga Irdina.

"Aargghhhhhhhhh"jerit Irdina menahan sakit. Dia dah tak berdaya melakukan apa-apa.

"Kau nak sangatkan jam ni kan? Jap ye." Syaza membaling jam Irdina yang berada ditangannya kedinding. Habis pecah berderai jam tersebut. Irdina ingin mengambil jam tersebut yang telah jatuh kelantai tetapi ditahan oleh Lisa dan Sofeah yang masih lagi memegang tangannya.

Syaza melangkah kearah jam tersebut dan terus memijak jam itu.'Prakk' kaca jam itu semakin pecah.

"Dah,lepaskan dia"arah Syaza kepada Lisa dan Sofeah. Mereka berdua terus melepaskan tangan Irdina. Irdina terus berlari kearah jam tangannya yang telah pecah berderai angkara Syaza. Dia lalu mengambil jam itu lalu dimasukkan kedalam kocek poketnya.

"Dah,berambus kau dari sini." Arah Syaza kepada Irdina.

Irdina terus berlari keluar dorm yang dirasakan neraka baginya menuju ke dormnya. Pandangan orang yang memandangnya tidak dihiraukan. Dia terus berlari.

Ni novel pertama. Doakan saya semoga mampu siapkan novel ni ye. Support dija_m. tau. Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience