Series
3723
SPECIAL FOR MY UMMI SOLEHAH
_____________________________________
BEG sandang yang besar itu aku pikul. Peluh yang merenik ke dahi aku kesat kasar, helaan nafas kasar aku lepaskan. Stress!
"Haa! Cepatlah sikit jalan tu! Lambat sangat, kenapa?"jeritan sinis itu membuatkan aku hanya menjeling dia sekilas lalu memandang tegak ke hadapan.
'Bodoh punya perempuan. Ni beg kau tau tak patutnya. Cilake, harey jadoh betul anak kuali ni!' getusku lalu menjeling wajah Zira tajam. Muka dah lah macam mintak kena pijak, ada hati arah-arahkan aku!
Nasib mak kau hidup lagi kalau tak dah lama aku sepak teranjang muka kuali dia tu! "Kau kalau nak cepat tolonglah aku angkat barang haram jadah kau ni? Kau fikir aku orang gaji kau, kuali?" Soalku lalu melepaskan beg sandangnya dari tanganku.
Hanya beg sandang aku saja aku pikul. Dia punya beg berat lain maciam! Lepastu suruh orang angkat kepala kuali dia! Zira terus menjengilkan biji matanya ke arah aku sebelum mendengus kasar. "Sial kau, gemok pendek!"
Aku menjulingkan biji mataku ke atas. Sudah biasa dengan perempuan bajet lawo ni. Muka dahlah macam kuali ada hati panggil aku gemok pendek. Sekurang-kurangnya, aku comel. Dia?
Muka macam kuali, comel ke?
Pfft.
"Kau angkat sekarang beg aku! Kalau tak aku bagitahu mak aku!" Marah dia sambil menjengilkan-jengilkan biji mata ke arah aku. Nak takutkan akulah tu bila guna nama mak dia.
Sorry sikit. Ni Ummi Solehah adik Kak Hasya Gojeslah! Kalau nak lawan aku, lawan akak aku dululah! Aku ni takdelah kejam sangat tadi, tapi kalau dah arah-arah macam ni nak je aku lempang-lempang muka dia yang macam nenek kebayan tu!
Aku ni baik. Jap. Aku terus mengangkat balik beg sandang dia itu. Zira terus tersenyum puas hati kerana mungkin dia fikir aku takut dengan mak dia? Si senduk kerepot tapi mulut macam mintak sumbat dengan periuk nasi. Memang tidaklah! Aku terus mencampak beg itu ke arahnya.
Senyuman sinis terukir ditepi bibirku. Kau fikir kau kuali aku, parang ni takutlah dengan kau?
Pftt! Sikit pun taklah!
Anak-beranak keluarga barangan dapur. Aku terus berjalan menaiki kawasan rumah Kak Hasya yang agak berbukit ini. Yelah, akak kan dah kahwin dapat pula suami kaya, Abang Darresh memang bahagialah dia dengan duit!
"Woii!" Panggilan kasar dari arah belakang itu aku hiraukan. Sebelum aku terdengar dia memaki aku, aku terus menoleh ke arah belakang.
"Maki lah lagi! Nanti aku suruh kak Hasya dengan abang Darresh halau kau dari rumah ni kau nak?" Sinis.
Aku dapat rasa ugutan itu membuatkan Zira tersentap kerana segala makianya pada aku terus tidak kedengaran. Hahaha. Untung ada kakak kaya! Kah! Kah! Kah!
"Assalamualaikum!" Aku terus merempuh masuk ke rumah banglo Kak Hasya ini tanpa orang dalam sempat menyahutnya.
"Waalaikumussalam! Ya Allah budak ni!" Lagi sekali aku terus memeluk erat tubuh kak Hasya. Bau haruman lauk ayam masak merah menusuk ke lubang hidungku.
"I miss you, Kak Hasya Gojes!" Ucapku lalu menyalam tangannya. Kak Hasya Ketawa kecil sebelum kepala aku diusap-usapnya perlahan.
"Kenapa tak call akak cakap nak balik? Kalau tak akak suruh je kawan abang Darresh ambil Ummi,"
Aku menayangkan gigiku gaya comel. "Tak apa, ok je jalan kaki dari bus stop dari depan sana boleh kurus sikit!" Jawabku tidak mahu kak Hasya rasa serbesalah.
Kak Hasya hanya tersenyum sebelum wajahnya berkerut seperti mengingati sesuatu. "Mana Zira?"
Aku tersenyum sinis…
"Biasalah, kak mak datin kuali tu. Kalau tak harapkan Ummi memang tak boleh buat apa-apalah! Nak je lambung muka dia bagi buaya makan!" Bisikku.
Kak Hasya ketawa kecil. Ya, dia pun tahu akan perangai seorang Azira. Gedik! Bukan macam aku! Gangsta! Rawr!
"Eah! Dahlah, jom duduk dekat ruang tamu sana sementara tunggu abang Darresh dengan kawan dia nak balik. Lauk semua akak dah siapkan kejap lagi Ummi makan tau!" Aku terus mengangguk teruja. Akak Hasya masak apa pun mesti sedap!
Kami berdua terus berlalu ke arah ruang tamu. Wajah Zira yang baru saja muncul dimuka pintu dengan peluh penuh diwajah itu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.
"Padan muka!"
Zira terus menunjukkan jari tengahnya ke arah aku. Pandangan tajam diberikan. Aku hanya menjeling sambil ketawa terbahak-bahak.
***
"ASSALAMUALAIKUM!" Seruan salam dari luar itu membuatkan aku dan akak Hasya terus memandang ke arah pintu rumah. Suara abang Darresh kedengaran. Aku yang baru saja mandi tadi dan turun ke bawah semula untuk menunggu abang Darresh balik.
Jangan salah faham! Dia abang aku ok? Abang ipar? Abang sedara ipar? Macam tulah lebih kurang.
Kak Hasya terus berjalan ke arah pintu. Dan saat itu dua figura sasa melangkah masuk. Mataku melirik ke arah abang Darresh sebelum terhenti pada lelaki dibelakangnya.
Uish! Handsomenya! Siapa tu?
assalamualaikum, cerita baru lagi. wuhuu. but, cerita ni hasya dah lama buat but hasya simpan dlm draft je. cerita Ummi Solehah kita yg cantek
Share this novel