BAB 2

Short Story Series 3723

TAJAM saja mataku memanah ke arah Zira yang beria-ria melayan si kawan abang Darresh ini. Kejap ambikkan air kejap ambikkan nasi. Lelaki tu baru je nak makan dah tanya nak lagi tak? Cukup tak? Tambah tau!

Sesekali aku mendengus kasar. Gedik.

"So, Ummi macam mana belajar?" Soal Abang Darresh tiba-tiba. Aku tersenyum kecil lalu mengangguk beberapa kali.

"Alhamdullilah, ok je. Tinggal tunggu result je. Lepastu boleh rehatkan otak." Jawabku sambil mengaul-gaul lauk dan nasi menggunakan tangan untuk disuap ke dalam mulut.

"Tapi dia gedik, bang." Sampuk Azira sambil menjeling aku tajam. Aku menjeling dia kembali.

"Sekurang-kurangnya aku tak adalah layan lelaki ajnabi macam suami sendiri. Berdosa tau." Sindirku tajam sambil mencapai garfu yang memang tersedia diatas meja ini lalu diajukan tajam ke arah Azira.

Wajah Azira memerah menahan malu.

Lelaki bermata biru yang sama seperti abang Darresh itu aku pandang sekilas. Dia sedang memandang aku. Memerhatikan setiap pergerakkan aku sedari dari tadi. Macam mana aku tahu? Aku dapat rasakan.

"Ummi…" tegur kak Hasya seraya menyentuh bahuku seketika. Tak mahu aku buka perlawanan untuk si Azira ni!

Aku tersenyum sinis lalu menjeling wajah Zira tajam lagi. Wajah lelaki ini, lagi sekali aku pandang sekilas.

Kata abang Darresh dan kak Hasya nama dia Alessandro Raikal Devonte. Orang dari Itali yang datang ke sini kerana mahu menjalankan perniagaan bersama abang Darresh.

Aku terus makan semula. Pandangan, orang sekeliling aku tidak heran. Sikitpun!

****

ANGIN sejuk dari luar sliding door mengucup lembut roman kulitku. Aku memejam mata sekejap sebelum ada satu suara menyentuh telingaku.

"Hey."

Aku terus menoleh. Wajah lelaki berwajah faceless itu menyentuh kornea mata aku. Alessandro.

"Hei." Tegurku kembali seraya tersenyum kecil ke arahnya. Dia hanya memandang sekilas sebelum memandang tepat ke hadapan. Dia. Dia berdiri sebelah aku.

Aku hanya mengangkat bahu tanda malas nak ambil tahu. Mungkin dia memang seorang begitu.

Faceless.

"Nama kau?"

"Ummi. Ummi Solehah. Kau?" Soalku. Padahal sudah tahu alaa, takpelah dari tak tahu apa nak berbualkan?

"Bukan kau dah tahu?" Sinis. Suaranya kedengaran sinis.

Aku memeluk tubuhku sendiri lalu menoleh memandang Alessandro yang masih memandang ke hadapan.

"Saja. Nak tanya. Tak boleh?"

"Tak." Double sinis.

'Kau tanya aku boleh pulak! Aku tanya kau tak boleh! Sepak bontot kau kang!' gumamku sendiri. Tak tahu mahu katakan apa lagi.

"Ok."

Aku terus memusing mahu melangkah memasuki rumah. 'Kau tunggu kau, aku nak attack bontot kau je. Aku nak sepak-sepak bontot kau biar tak payah berak! Sinis-sinislah lagi dengan aku! Siap kau!' aku mengetap bibirku geram mengusyar bontotnya. Lalu menoleh ke hadapan.

Aku menarik senyuman sinis lalu memasukki ke dalam bilik.

****

ALESSANDRO memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluarnya.

Bibirnya yang tadi sedaya upaya menahan daripada terukirnya senyuman akhirnya tersenyum juga.

"Ummi Solehah…"

Dia tak tahu apa yang dirasakannya semenjak mata birunya bertemu mata coklat pekat milik Ummi.

"Kawan je dengan Ummi tu, dia ok je… dia memang sinis. Dan kuat perli." Pesanan dari Hasya bermain dikepalanya. Bagai kaset yang melayarkan sebuah cerita indah.

"Azira tu… dia pun ok jugak cuma biasalah, gedik sikit. Huhuhuhu." Wajah Ummi yang sinis tadi semasa makan bersama bermain dikepala.

chapter pendek. sorry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience