BAB 9

Romance Completed 16237

Mana cermin mata aku ni? Tadi aku rasa aku letak bawah meja. Habis meja aku dan Trisya aku selongkar. Tapi tak ada! Ya Allah! Jangan cakap hilang!

“ Kau tengah cari apa?” Muncul Trisya dengan kerutan di dahi.

Aku mengeluh kecil.

“ Cermin mata aku la. Hilang. Tadi ada je bawah meja.”

Aku masih teruskan pencarian. Beg aku pula jadi mangsa selongkar aku.

“ Tertinggal dalam bilik kaunseling kot. Pergilah tengok. Tadi kan kita singgah situ kejap.”

Aku terdiam. Bilik kaunseling? Ini bermakna aku kena lalu depan bilik kesihatan la? Ala. Baru nak mengelak. Tadi pun mujur doktor tu tak ada dalam bilik dia.

“ Yela. Aku pergi tengok.”

Mahu tak mahu aku kena turun juga. Penting kot. Aku ni dah la rabun. Tapi tak la teruk.

“ Hati-hati. Jatuh bangun sendiri.” Sempat lagi si Trisya ni usik.

“ Yala!”

Perlahan-lahan aku ambil langkah keluar daripada kelas. Bila dah sampai dekat tangga, aku turun dengan hati-hati. Kemudian aku perlahan langkah bila dah nak sampai dekat bilik kesihatan. Aku ketap bibir. Macam mana kalau terserempak? Aku tergaru kening aku. ah! Lantaklah! Hentam je la.

Perlahan-lahan aku berjalan sampai dah berada di hadapan bilik kesihatan. Tapi hati aku ni degil. Nak juga usya doktor tu. so, aku tolehlah. But, kenapa doktor tu nampak lain. Doktor baru ke? Aku perhati betul-betul sampai terpaksa kecilkan mata aku.

Aku tersedar. Ops! Doktor yang sama. Dan Oh My! Dia tengok aku! dengan sengihan yang tak berapa menjadi aku cepat-cepat jalan. Gila! Macam mana boleh tak perasan. Oh My! Malu lagi! Berapa banyak nak buat malu depan doktor tu? Itulah! Gatal lagi tinggal cermin mata. Baru padan dengan muka tu.

“ Maaf!”

Huh! Langkah aku terhenti. Itu bukan suara doktor ke? Kenapa dia panggil? Dengan rasa gugupnya aku toleh juga ke belakang. Walaupun nampak kabur tapi aku tahu itu doktor. Malangnya sampai sekarang aku tak tahu nama dia. Ngek!

“ Erk. Ya saya?” Sahutku dengan soalan.

“ Erm. Awak nak pergi bilik kaunseling kan?”

Aku toleh ke bilik kaunseling. Baru perasan bilik tu berkunci. Cikgu pergi mana pula. Aku kembali pandang ke arah doktor.

“ Erk. Ya.”

Aku perasan doktor tu tersenyum. apa? ingat rabun aku teruk sangat ke? Ceh!

“ Cikgu Liana suruh saya sampaikan pada awak ini.”

Cikgu! Kenapa cikgu buat saya macam ni?! Kenapa mesti cikgu kirimkan cermin mata saya pada doktor? Malu lah!

“ Erk. Terima kasih.”

Cepat-cepat aku sambut hulurannya. Dan cepat-cepat juga aku nak berlalu. Tapi sempat dia panggil aku lagi sekali.

“ Maaf.”

“ Kenapa doktor?”

Dahlah aku tak nampak. Dia boleh melengahkan masa pula.

“ Kidareyo.”

Aku mengerutkan dahi. Apa bahasa yang dia gunakan tu?

“ Erk. Maaf? Apa yang doktor cakap?”

Dia tersenyum pula. Lantas menggelengkan kepalanya.

“ Maksud saya jumpa lagi.”

Aku termangu. Aku yakin ada maksud lain kata-kata tu. Bukan tu bahasa Korea ke? Aiseh! Balik kena study ni. kena cari apa yang doktor ni maksudkan.

“ Okay.”

Okay doktor. Awak telah buat saya bersemangat semula. Bersemangat nak cari apa maksud bahasa Korea tadi tu. Haha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience