BAB 1

Romance Completed 16237

Termengah-mengah aku cuba mengehar langkah makwe bernama Trisya yang sudah melangkah jauh di hadapan. Kaki apa minah ni pakai, jalan laju macam mesin treadmill level 7 tak reti toleh kiri kanan, lagilah tak reti nak tengok aku kat belakang ni. Penatlah gila!

“ Woi Beb!” Jeritku gara-gara geram.

“Awat jalan macam kancil? Cuba lari macam Cheetah! Cepat! Dah lewat!” Sahutnya juga dengan jeritan.

Mahu tak mahu aku lari untuk kejar langkah dia. Bila dah sampai dekat tapak perhimpunan barulah aku
berhenti berlari. Termengah-mengah jadinya.

“ Penat!” Keluhku lantas duduk tanpa hiraukan orang lain. Biar lah! Aku penat! Nak duduk kejap. Lagipun perhimpunan pun belum mula lagi.

“ Siapa suruh kau lambat. Kan dah penat macam ni.” Jawab Trisya turut penat.

Aku yang tengok dia pun jadi penat.

“ Duduklah kejap. Letih aku tengok kau. Air ada air?”

Bila nampak ada air mineral dalam beg Trisya. Aku cepat-cepat ambil dan buka penutup botol air itu. Dengan rakusnya aku minum. Sampai setengah barulah aku serahkan pada Trisya. Trisya tengok aku dengan renungan kosong. Aku tersengih. Tahu aku dah habiskan air dia banyak.

“ Nanti time rehat aku ganti. Janganlah marah.” Ujarku dengan sengihan bersalah.

“ Tak ganti siap kau!”

Akhirnya aku hanya tersengih. Trisya ni senang dipujuk so tak ada masalah.

“ Nina!”

Baru nak duduk rileks kejap, nama aku pula dipanggil. Aku dengan malasnya toleh ke belakang. nampak je muka Fahrin terus hilang mood aku. Nak apa lagi la playboy ni.

“ Ha! Apa?” Soalku dingin.

“ Sihat?”

Aku dengan Trisya saling berpandangan sebelum memandang semula ke arah Fahrin. Pandangan kosong kami beri dekat dia. Tetibe!

“ Sihat waalafiat sangat. Terima kasih sebab tanya.” Jawabku acuh tak acuh.

“ Erm. Petang ni free tak? Jom aku belanja tengok wayang.”

Ternganga aku tengok dia. Dia ni gila ke apa? Tengok wayang time sekolah macam ni. Dia tak sedar ke lagi beberapa bulan nak exam penggal 3 dah. Well form 6 la katakan.

“ Motif?” Soalku dengan malas.

“ Saja.”

Aku tersenyum sinis.

“ Maaf. Aku tak kuasa. Dah pergi masuk barisan. Kang dengan kau aku tulis nama. Nama je ketua kelas.”

Terus aku pusing badan ke hadapan tanpa menghiraukan dia. Kenapa aku nak tulis nama? Sebab aku penolong ketua kelas. Haha. Nama je penolong tapi kerja tak pernah buat pun. Orang lantik pun sebab aku garang. Keh! Perasan!

“ Beb. kejap lagi kita pergi bilik kaunseling erk?” Soalku pada Trisya. Sambil buat muka kesian.

Trisya terus menumbuk bahuku perlahan.

“ kau ni kan. lepas kelas cikgu Shukri.”

“ Laa. Kenapa?”

“ Cikgu Sofiah kan cuti. Kita pergi time tu. cukuplah nak ponteng kelas. Exam dah nak dekat makcik.”

Aku tersengih malas. Yela intan payung. Apa-apa jela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience