Rate

Second

Romance Series 1206

' Redhakan pemergian arwah aina ya sayang, Allah swt lebih sayangkan dia. Kita sebagai manusia haruslah titipkan al-fatihah buat arwah agar sentiasa tenang disana. Apa yang penting sekarang ian tu, besarkan dia dengan penuh kasih sayang didik dia jadi anak yang soleh. Bonda yakin harraz mampu buat. '

' Masa ayahda meninggal dunia, macam ni ke rasa pilunya bonda? ' lirih saja suaranya. Sebak kian mencucuk dada apabila terkenangkan perasaan bonda ketika itu . Lagi sedih terkenangkan bahawa bukan dia sendiri yang mengangkat serta mengiringi jenazah ayahda nya ke tanah perkuburan .

' Bonda ampunkan harraz bonda, kalau tak disebabkan taksub dengan kerja mesti harraz orang yang akan memandikan, mengafankan, menyembahyangkan arwah ayahda kan bonda? Kalau masa boleh diputarkan balik harraz nak sangat ubah semuanya. Harraz bodoh sangat masa tu. Ampunkan harraz bonda'.
air mata yang deras membasahi pipi diseka kasar .

Ini semua karmanya, sebagai hamba yang lemah dia sedar bahawa dia harus menerima dengan hati yang terbuka akan apa yang telah berlaku. Demi rayyan, papa janji papa akan berubah sayang .Semuanya demi rayyan.

"Dengan nama Allah swt, aku harraz irfan merelakan kepergian isteriku" desis hati lelakinya.

' Jangan pernah sesekali menyesal atas apa yang telah terjadi sayang. Kalau masa diputarkan balik bonda takkan dapat menantu sebaik aina, bonda takkan ada cucu yang comel macam rayyan ni malah harraz takkan merasa kebahagiaan mempunyai keluarga. Bonda dah lama maafkan harraz, bonda tahu harraz tak sengaja. Bonda dah lama redha dengan kepergian ayahda. '

Senyuman yang terukir manis di bibir bonda membuatkan hatinya bertambah sayu. Walau apa pun yang terjadi harraz sudah bertekad tidak mahu meninggalkan bondanya sendirian lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience