Rate

Fourth

Romance Series 1206

"Assalamualaikum makcik hasmah, apa khabar? "

"Waalaikumussalam, khabar baik. Ya allah budak bertuah ni dah balik sini tak bagitahu makcik pun kan? Ni mak kamu mana ?"

"Alaaa 3 tahun tak jumpa husna rindu nak dengar makcik bebel, masakan makcik eh semualah rindu tau. Mak ada dekat rumah tu tengah sibuk buat tempahan tu yang mak tak join datang "

'Uwerkk uwerkkk uwerkkkkk '
bunyi tangisan rayyan menghentikan segala gerak geri husna.

"Husna pegangkan rayyan sekejap, makcik nak buat susu dia "

"Makcik, mesti ni anak abang irfan kan? Kening dengan mata dia sebijik, comel sangat"

Makcik hasmah hanya tersenyum melihat pergerakan husna . Dia tahu alasan husna ke luar negara untuk tenangkan fikiran bukan lah semata mata. Sebagai orang tua dapat dia rasakan bahawa husna pernah menaruh hati kepada anak lelakinya seketika dahulu.

"Bila abang irfan sampai sini makcik? Dia dekat mana sekarang, pergi kedai eh? Kalau macamtu husna tak boleh lamalah makcik, seganlah dia kan dah kahwin. Apa pulak kata orang kampung nanti "

Tersenyum makcik hasmah melihat kekalutan husna. 'Tengoklah hanya dia seorang saja yang memanggil anak aku irfan'
hati kecilnya kuat mengatakan bahawa memang husna pernah pendam perasaan kepada harraz.

Teringat pula dia pada waktu sebelum majlis kahwin harraz bermula, awal awal lagi makcik senah memberitahu bahawa anaknya tidak akan hadir kerana mahu tenangkan fikiran di Bali. Dahla negara orang, sorang sorang pulak tu. Jujur makcik hasmah mengharapkan sangat kedatangan husna pada ketika itu.

"Husna jangan risaulah, harraz outstation lagi 5 hari baliklah tu. Husna nak tidur sini pun boleh. Dialu alukan sangat. Bolehla makcik rehat rehat sikit. Lagipun makcik bosanlah takde teman borak dekat sini"

"Ouh, kalau macam tu bolehla husna temankan makcik sampai hujung minggu ni "

Manis sahaja senyumannya melihat gelagat ian yang sedang mengantuk.

"Husna tolong pergi tidurkan rayyan sekejap boleh , makcik nak masak lauk tengah hari. Masuk bilik yang ketiga tu eh luas sikit, eh buatlah macam rumah sendiri husna. "

Botol susu rayyan segera dihulurkan kepada husna.

"Baik boss saya yang menurut perintah heheheh, husna pergi bilik dulu makcik kejap lagi husna turun balik"

'Ish ada ada je budak bertuah ni ' lega hati tuanya melihat keikhlasan husna terhadap cucu tunggalnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience