Arfaaz yang baru saja memasuki villa itu mula pelik sedari melihat elbiena sudah duduk menunggu nya di sofa sambil memandang ke arah nya. Sebelum arfaaz teruskan berjalan tanpa menghiraukan nya.
"Tak pernah pernah you balik awal?..takkan sebab budak tu ada dekat sini jadi rajin nak balik?"
Ujarnya mula bersuara sedari suaminya hanya buat tidak tahu saja dengan dirinya yang dari tadi duduk menunggu nya, bila dia dapat tahu suaminya itu sudah pun balik.
Sedangkan arfaaz yang belum lagi jauh dari situ terus berhenti melangkah dan menoleh ke arah isteri nya, sebelum wanita itu berdiri dari duduk nya dan datang menghampiri nya.
"Sekarang ni siapa isteri you ha? i ke budak tu? kenapa you balik je you terus datang pergi dekat dengan budak tu?, ouh! Lagi satu sekarang ni pun i dapat tahu yang you bagi bilik dekat sebelah bilik you dengan dia kan?"
"I isteri you ni pun you tak suruh tidur kat bilik tu, tapi macam mana budak tu boleh tidur kat situ? Banyak lagi bilik dekat sini bilik you juga you letak budak tu"
Amarahnya lagi tidak puas hati bila dapat tahu sekarang kayla ditempatkan di bilik kedua lelaki itu, padahal masa awal dia masuk ke villa ini dia sudah meminta untuk tidur di bilik itu, agar lebih dekat dengan suaminya walaupun tidak satu bilik dengan nya.
"Dah kira baik aku bawa kau duduk sini sekali, kalau nak ikutkan aku jangan kan satu bilik dengan aku! kau ada dekat sini pun aku tak nak.."
"oh satu lagi..kau kena ingat aku kahwin dengan kau bukan sebab aku nak dekat kau, jadi kau jangan berharap aku akan anggap kau isteri aku!"
Balasnya seraya tersenyum sinis mendengar apa yang dikatakan wanita itu, dia paling tidak suka ada orang yang cuba mengawal hidupnya apa lagi cuba untuk membantah keputusan nya.
Sedangkan elbiena yang mendengar apa dikatakan suaminya itu hanya menitis kan air mata, cuba untuk mengawal emosinya dan hatinya yang begitu sakit.
"Tapi apa kurang i arfaaz?..kenapa sampai sekarang you tak nak terima i sebagai isteri you? I dah cuba usaha untuk dapatkan cinta you, tapi you tak pernah pedulikan i"
Ujarnya lagi dengan air matanya yang sudah turun membasahi pipinya, dia cukup kecewa bila suaminya itu tidak pernah hargai usahanya untuk membuat suaminya itu mencintai nya.
Sedangkan arfaaz yang mendengar kan apa yang dikatakan wanita itu terus mengorak langkah mahu beredar dari situ dan memasuki lif meninggalkan nya sendirian disitu dalam keadaan yang sedih.
sedangkan elbiena yang sudah melihat kepergian lelaki itu, semakin kuat tangisannya, dan terduduk disitu,
Jeda-
Zulkifli yang kebetulan melewati jalan itu mula datang mendekati elbiena yang masih menangis teresak-esak disitu dan mula risau melihat nya sebelum Zulkifli datang menghampiri nya.
"Puan..puan okey?kenapa puan menangis dekat sini? "
Tanyanya sedikit risau, sebelum tiba-tiba wanita itu menepis tangan nya dari memegang bahunya.
"Jangan sentuh aku! dah ketepi! Menyibuk hal orang je"
Bentaknya pada lelaki itu dan mula mengesat air matanya, sebelum berdiri dari duduknya dan pergi meninggalkan nya di situ.
Sedangkan Zulkifli hanya terpinga-pinga melihat kepergian wanita itu yang tiba-tiba saja memarahi nya dan pergi meninggalkan nya disitu, padahal dia hanya merisaukannya.
"Asal aku pulak kena marah?"
Bebelnya sendiri sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal sebelum Zulkifli beredar dari situ.
* * *
Dato halim yang baru saja memasuki bilik, mula mendekati isteri nya yang hanya termenung diamkan diri dibirai katil.
"Kenapa dengan kamu ni ina? Dari tadi abang tengok kamu termenung je dari tadi"
Soalnya pelik, sebelum ikut duduk di birai katil bersamaan isteri nya itu.
"Ina risaukan anak kita bang, pagi tadi el telefon ina bagitau yang menantu abang tu bawa perempuan duduk situ sekali"
Balasnya sedikit risau bila memikirkan pasal rumah tangga anaknya itu.
"Habis tu kenapa kamu yang takut? Itukan rumah tangga dia, biarlah dia sendiri yang uruskan sendiri, kamu tu tak payah lah nak masuk campur pasal rumah tangga anak kamu tu"
Ujar dato halim cuba untuk menasihati isterinya itu untuk tidak mencampuri rumah tangga anak mereka.
"Apa abang cakap ni! el tu anak kita tau! salah ke anak kita tu nak minta tolong pada ina?"
"Memang tak salah, tapi tengok lah ina tu! Rumah tangga anak ina yang bermasalah ina bawa sampai ke sini, sampaikan ina nak masak pun dah terlebih masak sebab ina memikirkan masalah anak ina tu!"
Bebel dato halim tidak puas hati pada isterinya itu, sebelum dato halim membaringkan tubuhnya, malas mahu bertengkar dengan isterinya itu.
Sedangkan datin Elina hanya diamkan diri dengan apa yang dikatakan suaminya, nampaknya betullah yang masakan dia tidak menjadi patutlah suaminya itu hanya makan sikit.
" kalau abang tak kahwin kan el dengan arfaaz tu mesti anak kita takkan kecewa macam tu, dan mesti kita dah ada cucu abang tahu tak!
Ujar datin Elina sedikit menyesal dengan perkahwinan anaknya dengan lelaki itu, kalau dia tahu akan jadi macam tu pasti dia tidak akan bersetuju
"ehh! Abang pulak di salahnya, ina sendiri tahu yang anak ina tu dah lama suka dekat arfaaz, dan anak ina tu juga yang suruh abang cepat kahwin kan dia dengan arfaaz tu"
"Memang lah elbiena suka dekat arfaaz tu, tapi arfaaz tu suka ke dekat anak kita? abang Tengok sendiri kan macam mana rumah tangga anak kita tu, kalau bahagia dah lama kita dapat cucu bang"
Bidas datin Elina sedari anaknya sudah lama berkahwin tapi tidak pernah melihat menantunya itu membahagiakan anaknya.
"Dah ina! Abang taknak ina masuk campur pasal urusan rumah tangga anak kita, biarkan dia sendiri yang uruskan sendiri! Elbiena tu dah besar, taulah dia nak jaga suami dia macam mana"
"Tapi bang! Elbiena tu perlukan ki-"
Belum sempat elbiena menghabiskan katanya, dato halim terlebih dahulu mencelah.
"Dah ina tidur! Tak payah nak cakap pasal mereka lagi! "
Ujarnya sedikit tegas sebelum menarik selimut dan memejam kan matanya, sedangkan datin Elina hanya menggeleng kepala sebelum ikut berbaring di sebelah suaminya.
* * *
(9:43pm)
Kayla yang baru saja keluar dari bilik mandi usai membersihkan diri mula tersentak sedari pintu biliknya diketuk dari luar berulang kali, buatkan nya tergesa-gesa ingin membukakan pintu itu dengan hanya mengena kan tuala mandi paras lutut dengan rambutnya yang dibalut dengan tuala kecil
"Ye bibik? Kenapa? "
Tanya Kayla setelah membukakan pintu biliknya dan terlihat bibik yang berada dari luar.
"Malam ni jangan lupa dinner sekali tau..tuan az yang arahkan"
Ujar bibik itu cuba untuk memperingati gadis itu, takut macam malam itu gadis itu terlepas makan malam hingga buatkan nya kelaparan di tengah malam.
Sedangkan Kayla hanya mengangguk seraya tersenyum nipis sebelum menutupi semula pintu biliknya sedari bibik halwa sudah pun beredar dari situ.
baru sahaja Kayla berjalan semula kearah bilik persalinan pintunya diketuk semula membuatkan Kayla kembali membukakan pintu.
Baru sahaja Kayla membukakan pintu bilik itu semula, kayla mula terkejut kerna disangka nya itu adalah bibik tapi rupanya uncle serigala yang mengetuk pintunya.
arfaaz yang berada di luar bilik mula terkesima dengan Kayla matanya hanya memandang atas bawah tubuh gadis itu yang hanya memakai tuala paras lutut dengan rambut yang dibaluti tuala, baru sahaja arfaaz ingin menerobos masuk ke dalam bilik gadis itu.
Kayla terlebih dahulu menutupi pintu semula, membuatkan dahi arfaaz terhantuk dengan pintu itu sangat kuat hingga buatkan dahi lelaki itu lebam kemerahan.
"Argh! " rintih nya sambil menyentuh dahinya yang terasa sakit kerana terkena pintu bilik gadis itu
Sedangkan kayla yang mendengar uncle serigala itu kesakitan mula panik sedari dia tidak sengaja membuatkan dahi uncle serigala itu terkena pintu.
"uncle..ka..kayla minta maaf ka..kayla tak sengaja..kejap kayla nak bersiap dulu! "
Pekiknya dari dalam bilik, dan sedikit tidak berani mahu membuka pintu untuk melihat keadaan lelaki itu.
Sedangkan arfaaz yang berada di luar bilik hanya merengus perlahan menahan geram pada gadis itu, sebelum arfaaz memasuki biliknya semula untuk melihat kesan lebam didahinya.
Jeda-
Beberapa minit bersiap, kayla mula membuka pintu biliknya perlahan, sebelum keluar dari biliknya dan sedikit terperanjat sedari uncle serigala itu masih berdiri di situ menunggu nya. Sebelum matanya melihat ke arah dahi lelaki itu yang sudah lebam berpunca dari nya.
"Kenapa uncle masih berdiri dekat sini?"
Tanyanya sedikit takut melihat tatapan dingin dari lelaki itu, mesti uncle serigala itu tidak puas hati padanya.
"Kau lupa? Kau yang suruh aku tunggu dekat sini?"
Balasnya sedikit mendatar pada gadis itu, sedangkan kayla hanya menatap wajah nya yang sudah memerah menahan amarahnya. Sebelum kayla menelan air liurnya kesat.
"Dahi uncle kenapa? "
Tanyanya lagi, cuba beranikan diri bila dimana lelaki itu dari tadi tidak lepas memandang ke arah nya.
"Kenapa kau tutup pintu tadi? kalau bukan sebab kau tutup pintu kuat sangat tadi, dahi aku takkan macam ni! "
Balasnya sedikit tegas pada gadis itu, sebelum melangkah perlahan mendekati nya, sedangkan kayla sudah mengigil ketakutan dan berundur ke belakang sedari uncle serigala itu mula menghampiri nya.
"Un..uncle ka..kayla minta ma..maaf..kayla betul betul tak sengaja..na..nanti kayla rawat dahi uncle"
Ujarnya sedikit tergagap-gagap sedari lelaki itu sudah mendekatkan diri padanya, buatkan kayla sedikit merasa tidak selesa sedari jaraknya dengan lelaki itu sudah sangat dekat
"Don't be afraid, aku tak buat apa pun lagi. tapi aku akan tunggu malam ni"
Ujarnya sebelum beredar dari situ seraya tersenyum sinis, sedangkan kayla yang melihat kepergian lelaki itu mula menarik nafas lega. Makin merisaukan pula dengan uncle serigala itu.
Jeda-
Kayla yang baru sahaja memasuki ruang makan mula terkaku di tempat nya sedari melihat sudah ramai yang duduk di meja makan memandang ke arah nya.
Baru sahaja Kayla mahu keluar kembali dari situ, satu suara menegur nya buatkan Kayla kembali menoleh ke arah mereka.
"Kayla nak pergi mana? duduk lah dekat kerusi"
Tegur hailex pada gadis itu, sedari melihat nya mahu saja keluar kembali dari situ. sebelum hailex mempersilakan nya untuk duduk.
Sedangkan Kayla hanya mengangguk perlahan sebelum berjalan mendekati mereka, sempat Kayla mengerling ke arah uncle serigala yang dari tadi memandang ke arahnya.
"Kayla duduk lah dekat sebelah abang wish, ni ada kosong ni "
Ujar Darwish menyuruh gadis itu duduk bersebelahan dengan nya sedari ada satu tempat kosong di sebelah nya. Sedangkan Kayla hanya mengangguk.
baru sahaja Kayla menuju ke sebelah Darwish, arxie terus bersuara sedari melihat riak wajah arfaaz seperti tidak senang hati.
"erm! Kayla..duduk lah dekat kerusi sana..yang tu tempat duduk zul"
Ujar arxie sebelum mengarahkan Kayla untuk duduk di kerusi bersebelahan dengan arfaaz yang sudah disediakan oleh lelaki itu khas untuk nya.
sebelum arxie memanggil Zulkifli yang kebetulan melewati tempat itu. Membuatkan Zulkifli yang tidak tahu apa apa hanya memandang pelik ke arah mereka sebelum Zulkifli diarahkan duduk di situ untuk makan malam sekali bersama mereka.
"Kau ni pergi mana je dari tadi, dah cepat duduk dekat sebelah Darwish tu"
Arahnya pada lelaki itu, sedangkan Zulkifli hanya akur sebelum melabuhkan punggung nya di kerusi bersebelahan dengan Darwish, tak pernah dia ikut makan malam sekali bersama mereka. Pelik pulak tiba-tiba kena ajak sekali.
Sedangkan Kayla mula menuju ke arah kerusi yang ditunjukkan arxie untuk nya, sebelum Kayla duduk di kerusi bersebelahan dengan uncle serigala itu. Awalnya Kayla sedikit merasa tidak selesa sedari lelaki itu dari tadi memandang serius ke arahnya
Sedangkan hailex cuba menahan tawanya sedari melihat wajah Kayla sudah mula pucat takut dengan arfaaz yang dari tadi merenung ke arah nya. Buatkan hailex terkekeh kecil entah apa lagi lelaki itu cuba buat pada kayla sampai kan gadis itu takut padanya.
Jeda-
Beberapa minit diamkan diri hanya kedengaran bunyi mengunyah dan sudu yang memenuhi ruangan itu, sebelum Darwish yang baru saja menambah lauk ke dalam makanannya mula memandang ke arah kayla yang seperti kesusahan membukakan kulit udang.
"Mari sini..biar abang wish yang kopekkan udang untuk kayla"
Ujar Darwish sebelum menghulurkan tangan nya mahu mengambil udang di tangan gadis itu, dan tiba-tiba saja kesemua orang di situ memandang semua ke arah nya termasuk arfaaz.
Darwish yang pelik bila dimana semua mata memandang ke arahnya, kembali menyambung makannya sedari arfaaz seperti tidak suka dengan kelakuannya.
"Tuan..kenapa dengan dahi tuan macam lebam?"
Tanya arxie sedari dari tadi melihat ke arah dahi lelaki itu seperti kemerahan baru lepas terhantuk dengan sesuatu.. Sebelum kesemuanya memandang serentak ke arah dahi lelaki itu.
"Uish lebam tu! Terkena apa tuan?"
Tanya hailex pulak sedikit terkejut melihat keadaan dahi lelaki itu, sedangkan kayla dari tadi hanya menundukkan pandangan nya sedari mereka semua sudah perasan dengan lebam di dahi lelaki itu
"Hit the door"
Balas arfaaz sambil mengerling ke arah gadis itu yang sudah ketakutan kalau sampai dia memberitahu kepada mereka semua bahwa dia yang membuatkan dahinya sampai lebam.
"Macam mana boleh terkena pintu pulak tuan?"
Celah Darwish seperti tidak percaya kalau dahi itu terkena dengan sendirinya melainkan itu adalah satu insiden yang dilakukan oleh orang.
Belum sempat arfaaz mahu membalas persoalan Darwish, Kayla terlebih dahulu menyampuk perbualan mereka semua.
"Kak el tak ikut makan sekali ke?
Tanyanya cuba untuk mengubah topik perbualan mereka semua, takut nanti mereka akan mengetahui dia yang membuatkan dahi lelaki itu sampai lebam macam tu
Sebelum semua mata memandang ke arah gadis itu, sedari Kayla tiba-tiba saja bersuara menyampuk perbualan mereka. dan hanya memandang sesama sendiri, dan bibik yang kebetulan berada disitu terus membalas pertanyaan gadis itu.
" puan elbiena tengah tak sihat, sekarang tengah rehat"
Ujar bibik memberitahu kepada mereka semua, sebab dia pun sudah menyuruh wanita itu untuk turun makan malam bersama, tapi dia malah menolak dan menghalaunya pergi dari situ.
Kayla hanya mengangguk sambil menoleh ke arah uncle serigala itu sedari riak wajahnya hanya biasa saja seperti tidak merisaukan keadaan isteri nya itu. Isteri sakit pun hanya buat tidak tahu saja.
Arfaaz yang dari tadi perasan gadis itu dari tadi melihat ke arahnya mula menatap kembali padanya sebelum keduanya saling bertatap mata, dan beberapa minit dalam keadaan begitu Kayla mula membuang pandangannya ke arah lain sedari lelaki itu tidak berhenti memandang nya.
Jeda-
habis sahaja memakan malam semua sudah beredar dari situ kecuali Kayla dan bibik halwa.
"eh kayla takpe! Biar bibik yang kemas meja tu, nanti kejap lagi mukrish dengan razi akan tolong bibik kat dapur ni. Kayla pergi lah rehat dulu"
Ujar bibik cuba menghalang gadis itu dari membantunya, ni kalau tuan az dapat tahu tak pasal-pasal dia kena marah membiarkan gadis itu.
" eh takpe apalah bik..Kayla boleh buat sikit je ni, sekalian Kayla tolong basuh eh"
Ujarnya sebelum meletakkan beberapa piring ke dalam sinki, sedangkan bibik hanya melihat kelakuan gadis itu. Nak buat macam mana dah halang masih saja berdegil mahu membantu.
"Kenapa bibik seorang saja pembantu rumah disini? yang lainnya lelaki?"
Tanya Kayla sedikit pelik bila mengetahui pekerja di villa itu dipenuhi dengan lelaki, bahkan pembantu didapur saja lelaki hanya bibik halwa saja perempuan itu pun sebab berumur.
"Kalau Kayla nak tahu..tuan az tak berapa suka dengan perempuan, maksud bibik bukan sebab tuan az tu suka lelaki. Cuma Kayla faham lah dari dulu tuan az tu tak suka sangat dekat dengan mana mana perempuan kecuali orang penting. Jadi tuan az hanya akan ambik pekerja lelaki sahaja"
Ujarnya cuba menjelaskan apa yang ingin diketahui gadis itu, cuma bibik halwa sedikit pelik bila dimana tuan az itu okey pulak bila dengan kayla, siap bagi bilik sebelah dengan nya.
"Jadi dekat tempat kerja pun semua lelaki?"
Tanyanya lagi, pelik memang pelik nampak je muka macam gatal tapi rupanya tak suka perempuan haih bahaya ni.
Sedangkan bibik hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan gadis itu, bahkan di pejabat saja lelaki itu tidak mengambil pekerja perempuan.
Jeda-
(11:47pm)
"Kayla pergilah rehat, letak lah nanti biar razi dengan mukrish yang akan sambung cuci"
Ujar bibik mengarahkan gadis itu untuk rehat sedari dari tadi gadis itu belum selesai membasuh piring.
"Takpe bibik, nanti Kayla rehat ni lagi sikit nak habis"
Balasnya sambil mencuci piring yang masih tersisa, kerna dari tadi Kayla tidak tahu cara mencuci piring itu.
Sedangkan bibik hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk beredar dari situ, sebabkan bibik pun sudah tidak tahan mengantuk.
Jeda
Habis saja Kayla membersihkan sinki tempat nya mencuci piring tadi Kayla mula mengelap tangan sebelum membalikkan badan nya untuk keluar dari situ, sebelum dengan tiba-tiba Kayla terperanjat sedari lelaki itu dari tadi sudah berdiri dari belakang nya.
Sedangkan arfaaz hanya tersenyum sinis melihat riak wajah terkejut gadis itu melihat keberadaannya di situ, mesti gadis itu pelik macam mana dia boleh ada di situ. Padahal dari tadi arfaaz sudah berdiri menemani gadis itu sepanjang dia mencuci tanpa bibik di situ.
"Bi..bila masa uncle ada de..dekat sini? "
Tanyanya sedikit terkejut lelaki itu tiba-tiba saja berdiri di belakang nya.
Sedangkan arfaaz yang melihat wajah pucat gadis itu serta badannya yang sudah mengigil ketakutan mula tersengih, dah macam nampak hantu je muka gadis itu memandang nya.
"Uncle ada nak apa apa ke?"
Tanyanya lagi sedari lelaki itu hanya diamkan diri memandang ke arah nya. sedangkan arfaaz hanya mengendahkan saja pertanyaan gadis itu, sebelum arfaaz mengorak langkah mendekati peti sejuk yang terletak tidak jauh dari situ.
Sedangkan kayla hanya memerhati kan lelaki itu, mengambil beberapa ais dan diletakkan di satu mangkuk beserta tuala kecil sebelum lelaki itu kembali menghampiri nya
Kayla hanya memandang pelik ke arah lelaki itu, entah apalah dia nak buat dengan ais tu malam malam?
Sebaik saja arfaaz mendekati gadis itu, arfaaz mula menunjukkan pada gadis itu ais dan tuala yang ada pada tangannya sambil berbisik.
"Aku tunggu dekat atas, jangan lama"
Ujarnya separuh berbisik sebelum berlalu keluar dari situ, sedangkan Kayla hanya tercengang memandang kepergian lelaki itu sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. apa maksud dia?
Jeda-
(12:12am)
Baru sahaja Kayla memasuki biliknya, Kayla mula terkejut sedari melihat uncle serigala itu sudah berbaring diatas katilnya sambil memandang handphone
"Uncle kenapa tidur bilik kayla?"
Tanyanya pada lelaki itu sebaik kayla mendekati katil nya, sedangkan arfaaz yang tadinya menekan telefon nya mula memandang ke arah gadis itu sedari kayla sudah masuk kedalam biliknya.
"Uncle keluar lah! Kayla ngantuk kayla nak tidur"
Ujarnya lagi sedari lelaki itu hanya mengabaikan nya sebelum kayla menarik tangannya memaksa lelaki itu untuk bangun dari tidurnya.
sebelum tiba-tiba saja lelaki itu menarik nya semula buatkan tubuh kecil Kayla jatuh terhempap diatas tubuh lelaki itu. Buatkan tubuh mereka saling intim bila dimana Kayla sudah terjatuh tepat diatas tubuh lelaki itu dan keduanya hanya diam memandang sesama sendiri.
Kayla yang sedikit tersedar dia menghempap tubuh lelaki itu dengan pantas bangun dari tubuhnya, sebelum tiba-tiba saja lelaki itu memeluk erat pinggang nya menahan nya untuk bangun
"Uncle lepaskan kayla! Kenapa dengan uncle ni?"
Ujarnya sambil meronta ronta diatas tubuh lelaki itu untuk melepaskan diri sedari lelaki itu mengunci pergerakan nya.
"Kau lupa apa kau cakap tadi?"
ujarnya sambil tersenyum sinis dengan tangan nya yang masih memeluk tubuh gadis itu tidak mahu melepaskan nya. sebelum gadis itu melakukan apa yang dikatakannya.
Sedangkan kayla hanya mengerutkan dahi nya tidak faham dengan apa yang dikatakan uncle serigala itu, sambil tangan nya cuba untuk melepaskan pelukkan lelaki itu.
"Lepaskan kayla dulu! "
Rayunya pada lelaki itu, sebelum arfaaz melonggarkan pelukkan nya dan membiarkan gadis itu bangun dari atas tubuhnya.
Sebelum dengan pantas Kayla bangun dari perbaringan nya dan berdiri dihadapan lelaki itu.
"Dah cepat! Ambik tuala dan ais dekat meja tu"
Ujarnya sambil menunjukkan ais dan tuala yang sudah disediakan nya di situ, sedangkan Kayla hanya menoleh ke arah meja yang dimaksudkan lelaki itu, sebelum Kayla mengambil nya
"ni untuk apa?"
Tanyanya dan memandang pelik ke arah lelaki itu masih tidak faham dengan apa yang mahu dia lakukan pada nya.
"Tunggu apa lagi? cepatlah!"
Sergahnya pada gadis itu sedari dari tadi Kayla hanya terpinga-pinga tidak faham dengan apa yang diarahkan nya.
"Nak buat apa dengan ais ni?uncle nak minum ke?"
Tanyanya lagi tidak tahu mahu buat apa dengan ais yang berada didalam mangkuk itu beserta tuala kecil di tangan nya, sebelum tiba-tiba lelaki itu bangun dari perbaringan nya dan menarik tangannya sebelum diletakkan diatas dahinya.
"Kau jangan lupa dengan apa yang kau buat dekat dahi aku, sekarang kau kena lakukan apa yang kau cakap tadi"
Ujarnya menyuruh gadis itu merawat dahinya yang sedikit bengkak dan lebam kerana kecuaian nya. sedangkan Kayla Hanya menelan air liur nya sedikit takut dengan apa yang dikatakan lelaki itu, baru dia teringat yang dia dah mencederakan dahi uncle serigala itu.
"Cepatlah! Nak terjegat apa lagi? Sekarang ni aku ngantuk aku nak tidur, selagi kau tak hilangkan kesan merah ni jangan harap aku akan keluar dari sini"
Sergahnya lagi pada gadis itu sedari Kayla hanya termenung ke arahnya, mesti gadis itu dah menyesal kerana sudah menawarkan diri untuk merawat nya. sebelum arfaaz kembali membaringkan tubuhnya di situ menunggu gadis itu merawatnya.
Sedangkan Kayla hanya melepaskan keluhan, biar betul uncle serigala ni, takkan dia boleh buat kesan merah itu hilang dalam beberapa jam, doktor saja pun belum tentu dapat hilangkan.
"Naik la..nak berdiri dekat situ lagi kenapa?
Arahnya sambil bergesel sedikit memberikan gadis itu ruang untuk duduk diatas katil bersamanya.
" kalau kita dekat luar boleh tak? dekat dalam ni tak sesuai lah uncle "
Ujarnya cuba memujuk lelaki itu untuk keluar dari situ, mana mahu dia merawat lelaki itu di dalam bilik, tak pasal-pasal dua dua-dua tidur sekali.
"Cepat! Jangan membantah, aku nak rehat so jangan ganggu aku"
Ujarnya sebelum menutupi matanya dan tidur di situ, sedangkan Kayla hanya pasrah sebelum menaiki katil dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu sebelum Kayla meletakkan ais ke atas dahinya berulang kali sambil Kayla mengusap perlahan dahi lelaki itu dengan lembut
Sedangkan arfaaz hanya tersenyum sambil mencelikkan matanya sebelah melihat wajah cemberut gadis itu, walaupun dalam keadaan terpaksa gadis itu tetap merawat dahinya dengan lembut buatkan arfaaz perlahan lahan terlena di situ kerana usapan lembut darinya
Share this novel