Bab 1 Taubat

Drama Completed 135920

Bab 2

 

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Mataku masih belum ingin terlelap. Fikiranku berkecamuk memikirkan keadaan diriku yang berbadan dua sekarang ini. Aku tidak mahu sampai kedua orang tuaku dapat tahu tentang ini. Aku yakin ibu dan ayah pasti sangat marah dan tak terima.

Kerana ayah dan ibu tidak pernah tahu yang aku bermadu kasih dengan Hamizan. Aku memang merahsiakan hubungan bercintaanku. Kerana ayah dan ibu sudah memberikan amaran supaya aku fokus dalam belajaran.  Hanya Kak Long sahaja mengetahui tentang Hamizan. Tetapi Kak Long tidak pernah mengetahui tentang diriku pernah terlanjur dengan Hamizan.

Hatiku benar-benar gelisah memikirkan nasibku ini. Aku memengang perutku yang masih rata. Aku kena gugurkan kandungan ini secepat mungkin. Aku tidak mahu ayah dan ibu sampai mengetahui diriku mengandung.

Aku benar-benar menyesal kerana tidak bertegas menolak permintaan Hamizan ketika merayu untuk melakukannya. Andainya aku tetap berkeras tidak mahu melakukannya. Pasti keadaan aku tidak seperti ini. Kerana aku bodoh dan cair dengan kata-kata rayuannya. Membuatkan aku rela menyerahkan mahkota ku kepada Hamizan.

Aku yakin Hamizan akan mengotakan janjinya. Aku benar-benar mencintai Hamizan. Lagi pula Hamizan mengatakan aku tak akan mengandung. Kerana ia tidak akan membuang benihnya didalam. Aku benar-benar percaya dengannya. Tetapi sekarang ini aku tetap mengandung juga.

Mataku mula basah kembali. Aku tidak tahu mengapa begitu mudah menitiskan air mata. Tiba-tiba terdetik perasaan berdosa terhadap yang maha esa. Apa yang telah aku lakukan bersama Hamizan adalah dosa yang sangat besar. Aku cepat-cepat bangun dan turun dari katil. Aku buka pintu bilikku dan melangkah keluar.

Aku menuju ke bilik air yang berada berhampiran dapur. Aku masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk aku segera keluar. Dan berjalan ke arah bilikku.

Masuk ke dalam bilik, aku mengambil sejadah dan telekung sembahyang. Aku ingin menunaikan solat sunat taubat. Kerana aku menyedari diri ini penuh dengan dosa. Malam ini aku ingin meminta ampun dan bertaubat kepada yang maha esa. Aku sedar, diri ini begitu lalai dan terleka hanya kerana cinta manusia dan dunia.

Aku masih ingin mengejar impianku. Hatiku benar-benar rasa tak tenteram. Aku teringat kata-kata Hamizan yang memintaku mengugurkan kandungan ini. Aku ragu-ragu untuk mengugurkan kandungan ini. Kerana aku makin menambah dosa. Dulu aku sudah melakukan dosa besar dengan berzina. Sekarang ini aku akan membunuh janin yang berada di rahimku pula.

Tapi aku tak mungkin membiarkan janin ini terus membesar di rahimku. Lama-lama perutku pasti akan membesar, ayah,ibu dan jiran-jiran akan tahu. Jiran-jiran pasti akan menuduh kedua orang tuaku tidak pandai jaga anak. Tapi semua ini bukan salah ayah dan ibu. Ini semua adalah salah diriku sendiri yang tidak mahu mendengar nasihat mereka.

Aku tidak secantik Kak Long yang pandai bergaya dari remaja lagi. Wajahku biasa-biasa saja. Hamizan adalah lelaki pertama yang mahu mendekati ku. Hamizan selalu bertanya tentang tugasan yang di beri oleh cikgu. Aku selalu membantunya menyelesaikan tugasan yang di beri oleh cikgu. Aku sangat gembira dapat membantunya. Aku dan dia memang berniat ingin menyambung pelajaran setelah dapat keputusan ujian SPM.

Di sebabkan kebodohan diri sendiri menyebabkan aku mengandung anak Hamizan. Hati aku memang tidak tenang dan sentiasa dalam ketakutan. Aku takut ayah dan ibu mengetahui tentang kehamilanku.

++++++++++++
 

Aku membuka mata dan mengambil cermin mata lalu memandang ke arah jam. Aku dapat lihat dengan jelas jarum jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Tak pasti pukul berapa aku terlelap malam tadi. Aku segera bangun dan turun dari katil. Mula melangkah keluar menuju ke bilik air. Kerana aku ingin menunaikan solat subuh.

Di dapur aku lihat ibu sedang sibuk meletakkan nasi lemak dan lauk pauk ke dalam bekas. Untuk di bawa ke gerai yang tidak beberapa jauh dari rumahku. Hanya perlu berjalan sahaja untuk pergi ke gerai itu.

“Ayuni, nanti lepas sembahyang tolong bawa bekas lauk ni,” ibu menyuruhku.

“Okeylah, nanti Ayuni hantar. Tapi tunggu Ayuni selesai sembahyang dululah,”  kataku.

“Yalah, pergilah cepat sembahyang subuh tu!” perintah ibu.

Tanpa berlengah aku cepat-cepat berjalan ke arah bilikku. Aku segera mengambil sejadah dan telekung sembahyang. Selesai sembahyang aku mendoa sehingga mengalirkan air mata. Rasa dosa-dosaku terlalu banyak. Agak lama aku duduk berdoa. Tiba-tiba baru aku teringat ibu meminta aku mengantar bekas lauk yang ada di atas meja. 

Tanpa berlengah aku terus membuka telekung sembahyang. Lalu dengan cepat aku melipat sejadah. Barulah aku keluar dan berjalan ke arah dapur. Aku memandang ke atas meja. Tapi bekas lauk yang berada di atas meja sebelum aku sembahyang tadi sudah tiada.

“Apa mungkin ibu dah ambil bawa ke gerai,” gumamku.

Aku memandang ke arah jam yang ada di dinding. Ya Allah, dah pukul 7.00 rupanya. Mesti ibu dah ambil bekas lauk tu letak dekat gerai. Aku menapak keluar rumah untuk pergi ke gerai ibu. Rumah keluargaku ini berada di tepi jalan besar. Gerai ibu berada di depan rumah saja. Pukul 7.00 pagi memang sudah ramai orang datang ke gerai nasi lemak ibu. Aku berjalan ke arah gerai untuk membantu ibu.

“Lama sungguh kamu berdoa,” tegur ibu.

“Ayuni mengantuk sangat. Lepas sembahyang tiba-tiba Ayuni tertidur sekejap atas sejadah,” kataku memberi alasan.

“Kamu ni ada masalahkah?” tanya ibu setelah tidak ada orang di gerai.

“Eh, Ayuni tak ada masalah apalah,” jawabku.

“Mata kamu tu bengkak bukan sebab menangiskah?” tanya ibu lagi sambil menatap wajahku.

“Oo, mata Ayuni bengkak memang sebab menangis pun. Malam tadi Ayuni tengok drama Korea, sedih sangat. Memang Ayuni nangis teruk malam tadi,” kataku memberi alasan.

“Setakat tengok drama pun nak menangis. Tak payahlah nak tengok sangat drama Korea tu,” kata ibu. Sepertinya tidak syak apa-apa.

“Ibu, tu pelangan datang,” kataku sambil menunjuk ke arah kereta dan motosikal yang baru saja berhenti di depan gerai.

 

Tepat pukul 9.00 aku dan ibu sudah siap mengemas bekas-bekas lauk dan nasi. Untuk di bawa masuk ke dalam rumah yang tidak jauh dari gerai. Alhamdulillah hari ini nasi lemak ibu cepat habis seperti biasa. Jarang sekali nasi lemak ibu tidak habis. Selalunya memang akan habis awal.

“Ibu, Ayuni nak keluar jumpa kawan sekejap boleh,” aku meminta Izin untuk keluar.

“Pergilah, tapi jangan lama-lama sangat,” ibu memberi izin.

“Okey, Ayuni janji akan balik awal. Ibu mana Kak Long?” aku bertanya tentang Kak Long bila perasan tidak ada langsung kelibat Kak Long pagi ini.

“Kak Long kamu tu dah pergi kerja,” jawab ibu.

“Oo, patutlah. Semalam Kak Long pergi kerja lambat,” kataku bila teringat Kak Long ada di rumah pagi semalam.

“Pagi semalam Kak Long bawa ayah pergi klinik. Sebab itulah Kak Long pergi lambat. Kak Long pun dah bagitahu boss dia,” ibu menjelaskan padaku.

“Oh, patutlah semalam ibu tutup gerai,” kataku sambil tersengih.

Setelah siap membantu apa yang patut. Aku pun segera masuk ke dalam bilik. Lalu menukar baju lain. Aku mengenakan seluar jeans warna biru gelap. Dan memakai baju t-shirt lengan panjang berwarna biru laut.

Sama seperti semalam aku menunggang motosikal ke tempat biasa aku berjumpa Hamizan. Dari kejauhan aku sudah melihat motorsikal Hamizan terparkir tidak jauh dari sepohon pokok yang rendang.

Bila melihat sosok tubuh lelaki yang sangat aku cintai sudah pun menungguku. Hatiku berbunga-bunga dan rasa bahagia. Kerana dia tetap mahu mencari jalan untuk membantu diriku.

“Abang dah lama ke sampai?” tanyaku dengan menatap wajahnya.

“Abang baru saja sampai,”jawab Hamizan sambil mengukir senyuman kepadaku.

Aku memang suka bila dia mengukir senyuman kepadaku. Kerana akan timbul lesung pipit di pipinya.

“Abang dah tanya kawan abang tu?” tanyaku. Mula melabuhkan punggung di sebelah Hamizan.

“Nah, ambil pil ni. Malam nanti Yang makan pil ni.  Pagi esok pasti kandungan Yang akan gugur,” ucap Hamizan sambil tangan menyua dua biji pil didalam plastik kecil.

“Abang yakinkah boleh gugur makan pil ni?” tanyaku ingin kepastian.

“Jangan risau mesti gugurlah. Awek kawan abang tu dah pernah makan, memang gugur,” Hamizan cuba menyakinkan diriku.

“Abang betulkah keputusan kita ni... Nak gugurkan kandungan ni,” kataku sambil memegang perut.

“Jangan fikir sangatlah. Lagipun umur kita berdua masih muda. Abang pun tak kerja, macam mana tanggung anak tu bila dia lahir,” ujar Hamizan tetap mahu aku mengugurkan janin yang ada di dalam rahimku.

Aku terdiam sejenak mendengar kata-katanya itu. Ada perasaan terkilan di hatiku. Kerana Hamizan tidak ada perasaan langsung untuk membiarkan anak yang ada di dalam rahimku ini lahir.

“Baiklah, malam nanti Yang akan makan pil ni,” kataku dengan perasaan tak berdaya. Aku ambil plastik kecil yang berisi dua biji pil di tangan Hamizan.

  

Bersambung...

Terima kasih sudi baca.

Share this novel

Guest User
2024-08-15 18:36:27 

test_account

DHIA AMIRA
2022-10-05 23:47:48 

kdg xsempt kuikui.. tlpas gak...hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience