Bab 3 Pak Sanggup

Drama Completed 134646

Bab 3

Aku terdiam mendengar kata-kata Kak Long. Aku juga penasaran apa yang Hamizan dan keluarganya katakan pada ibu dan Kak Long.

“Kau mesti nak tahu apa reaksi Hamizan dan keluarganya kan,”ujar Kak Long.

Aku tunduk tidak berani memandang wajah ibu. kerana aku lihat wajah ibu nampak sedih. Pasti terjadi sesuatu yang menyebabkan ibu nampak sedih.

“Along sudahlah tu,” kata ibu. Seperti tidak mahu Kak Long menceritakan apa yang terjadi ketika berjumpa dengan keluarga Hamizan.

“Mak, Ayuni kena tahu juga apa Hamizan tu cakap pada keluarga dia,”balas Kak Long.

“Hamizan, cakap apa dekat keluarga dia?” tanyaku ingin tahu.

“Kau nak tahukan, Kak Long akan bagitahu. Kekasih hati kau tu tak mengaku anak dalam perut kau tu anak dia. Dia cakap dekat keluarga dia yang kau ni ramai kawan lelaki. Kau tahu Kak Long rasa nak tumbuk je kekasih hati kau tu,” jelas Kak Long.

Dadaku terasa sebak mendengar kata-kata Kak Long. Aku tidak sangka Hamizan sanggup lepas tangan dan menuduhku yang bukan-bukan. Seolah-olah diriku tidak berharga langsung baginya. Kata-kata cinta yang di lafazkan kepadaku selama ini hanyalah perangkap bagiku. Bodohnya aku tertipu dengan kata-kata manisnya.

“Maafkan Ayuni, ibu... Sebab dah malukan keluarga kita,” kataku sambil air mata mula mengalir membasahi pipiku.

“Ayuni jangan sedih, mak pasti akan bantu Ayuni. Yang penting Ayuni bertaubat dan minta ampun pada Allah,” kata ibu sambil memeluk tubuhku.

“Lagi satu, kau jangan gatal-gatal nak gugurkan kandungan kau tu. Kau dah buat dosa zina. Jangan kau nak menambah dosa dengan mengugurkan  kandungan kau tu,” nasihat Kak Long.

“Ayuni janji tak akan gugurkan kandungan ni. Tapi Ayuni malu,” kataku dengan teresak-esak.

“Masa buat tu tak tahu malu pula. Dah jadi macam ni baru nak malu,” bidas Kak Long.

Aku tersentak mendengar kata-kata Kak Long. Apa yang dikatakan oleh Kak Long ada benarnya. Perasaan malu hilang ketika bersama Hamizan. Tetapi bila mengetahui diriku mengandung. Tiba-tiba aku rasa takut dan malu ingin berhadapan dengan orang-orang kelilingku. Pasti banyak mulut yang akan mengata.

Aku yang membuat kesalahan tapi keluargaku juga terkena impaknya. Aku benar-benar menyesal kerana terlalu hanyut dengan perasaan cintaku kepada Hamizan. Sehingga aku tidak berfikir panjang memberi mahkotaku. Kata-kata cinta dan pujuk rayunya membuatkan aku jadi bodoh. Tapi kebodohan aku telah menyebak diriku kepada masalah.

“Sudahlah, Ayuni jangan fikir sangat. Ibu akan sentiasa bersama Ayuni. Kita akan jaga anak dalam perut ni. Walau macam mana pun dia tetap cucu ibu. Anak tu tak salah, biarlah orang nak mengata. Yang penting Ayuni dah taubat dan jangan ulang lagi perkara ni,” kata ibu sambil mengelap air mataku.

“Mak, ayah dah tahukah keadaan Ayuni?” tanyaku.

“Ayah belum tahu lagi. Lagi pun ayah tak beberapa sihat, jadi buat sementara waktu ni kita rahsiakan dulu pada ayah,” jawab Kak Long.

Manakala ibu hanya mengaguk mengiakan kata-kata Kak Long.

Air mataku terus mengalir kerana rasa bersalah sangat mendalam terhadap keluargaku.  Aku tidak peduli pesakit lain, serta pelawat yang berada di wad melihat aku menangis. Kerana fikiranku berkecamuk sebab usaha mengugurkan kandungan tidak berjaya. Dan Hamizan juga lepas tangan tidak mahu bertanggungjawab.

“Sudahlah jangan nak menangis dah. Kau menangis sampai keluar air mata darah pun tak mampu nak mengubah apa-apa,” kata Kak Long.

“Tak elok terlalu bersedih. Kesian dekat anak dalam perut tu. Dah, ibu ada beli kuih kesukaan kamu,” pujuk ibu. Sambil menyua kepadaku kuih pulut udang.

Kerana perut ku sudah terasa lapar dan kuih pulut udang memang aku sangat suka. Aku segera ambil kuih pulut udang itu.

“Dah nak jadi mak tapi perangi tetap macam budak-budak,” Kak Long menyedir ku.

“Ibu tengok Kak Long ni,” aduku kepada ibu.

“Along, sudah-sudahlah tu,” ucap ibu membelaku.

“Ibu, Ayuni nak balik rumah. Ibu pergilah jumpa doktor minta Ayuni balik hari ni,” pintaku sambil menatap wajah ibu.

“Ikut je cakap doktor. Lagi pun esok mungkin Ayuni dah boleh balikkan,”ujar ibu.

“Kalau boleh Ayuni nak balik hari ni. Esok tu macam lambat je. Lagipun Ayuni dah sihat,” balasku tetap mahu keluar dari hospital hari ini juga. Tidak sanggup rasanya berada di dalam wad ini.

“Dengar je cakap doktor tu. Dah doktor kata esok baru boleh balik, ikut je lah. Jangan nak mengada-ngada sangatlah. Nanti balik rumah risau kau buat yang bukan-bukan pula dekat kandungan kau tu,” bidas Kak Long.

“Kak Long jangan risau, Ayuni tak akan buat yang bukan-bukan dekat kandungan ni,”kataku.

Tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari katil ku. Lelaki itu memandang ke arah aku. Aku juga perasan lelaki itu sudah lama berada di situ. Dan asyik memandang ke arah aku, Kak Long dan ibu.

Sepertinya lelaki itu perasan aku memandang ke arahnya. Dan tiba-tiba lelaki itu menapak ke katil ku.

“Ibu siapa lelaki tu?”tanyaku bila lelaki itu semakin dekat dengan kami semua.

Ibu dan Kak Long menoleh ke arah lelaki itu.

“Ibu bukan lelaki ni tadi ada dekat rumah Hamizan?” tanya Kak Long kepada ibu.

“Entahlah, ibu tak perasan pula tadi,” jawab ibu dengan memandang ke arah lelaki itu.

“Assalamualaikum, kenalkan saya bapa saudara Hamizan. Adik kepada ibu Hamizan,”lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Kamu buat apa dekat sini?” soal Kak Long sambil memandang ke arah lelaki tu dengan pandangan yang tidak berapa suka.

“Masa kamu berdua datang ke rumah Hamizan tadi kebetulan saya ada di sana. Saya dah dengar semuanya. Saya mengekori kereta kamu sampai ke hospital ni,” lelaki itu menjelaskan kepada kami.

“Kamu datang ni nak buat apa? Nak kutuk dan hina kami macam mereka juga,” dengan nafas turun naik Kak Long melontarkan kata-kata itu.

Sepertinya Kak Long benar-benar marah dan sakit hati dengan apa yang terjadi di rumah Hamizan.

“Saya datang ni sebab nak bantu kamu semua,” kata lelaki itu lagi.

“Kamu nak bantu apa?” soal ibu sepertinya penasaran dengan kata-kata lelaki itu.

Dari pandangan mataku lelaki ini umurnya mungkin dalam 30an atau pun lebih. Yang aku tahu mengenai keluarga Hamizan ayahnya memang orang kampung. Tapi ibunya bukan asal dari kampung. Tak silap Hamizan pernah bagitahu ibunya asal dari negeri lain.

“Saya mahu jadi pak sanggup dan berkahwin dengan anak kakak,” kata lelaki itu sambil menunjukkan ke arahku.

Aku terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Aku dapat rasa lelaki itu mungkin muda sedikit dari ibu. Kerana itu dia memanggil ibu kakak.Tak ingin aku kahwin dengan lelaki tua ni. Lagi pun umur aku masih muda remaja. Lelaki ini terlalu tua untuk jadi suami aku.

Aku lihat ibu dan Kak Long terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Aku tak pasti apa yang di fikirkan oleh ibu dan Kak Long. Tapi aku berharap ibu tidak menerima tawaran lelaki itu menjadi pak sanggup untuk berkahwin denganku.

“Kalau kamu kahwin dengan anak saya, isteri kamu boleh terima ke?” tanya ibu.

Aku hairan dengan pertanyaan ibu. Seolah-olah ibu tertarik dengan tawaran lelaki itu yang mahu jadi pak sanggup.

“Jangan risau saya tak ada isteri. Saya sebenarnya duda tak ada anak. Saya simpati nasib anak yang bakal lahir tu nanti. Kerana Hamizan tidak mahu bertanggungjawab biarlah saya jadi pengantinya,” kata lelaki tu lagi.

“Kalau duda rasanya tak jadi masalah. Lagi pun betul juga kesian dekat anak yang bakal lahir nanti,”sampuk Kak Long.

Aku menjeling ke arah Kak Long kerana tidak terima jika lelaki ini jadi suamiku. Lagi pula aku tidak kenal lelaki ini. Lelaki ini juga tua banyak tahun dariku. Tak ingin aku jadi isteri dia.

“Kak Long rasa kau patut kahwin dengan lelaki ni,” kata Kak Long kepadaku.

Aku menjenggilkan mata kepada Kak Long. Tapi Kak Long buat tak peduli saja.

“Betul kata Kak Long tu. Lagi pun dia pun tak ada anak. Dia tentu akan sayang anak kamu bila lahir nanti,” kata ibu mengiakan kata-kata Kak Long.

“Tapi dia ni kan bapa saudara Hamizan,” kataku tidak dapat terima bila Kak Long dan ibu mahu lelaki ini jadi pak sanggup.

“Saya akan berkahwin dengan awak sebelum perut awak tu besar. Lepas awak melahirkan anak tu andai kata awak ingin bercerai, saya akan tunaikan. Ah, lupa nak bagitahu nama saya Muhammad Amirul,” kata lelaki itu lagi.

“Kak Long rasa baik Ayuni terima saja dia jadi pak sanggup. Ayuni fikirkanlah tentang keadaan ayah sekarang ni. Biarlah ayah tak tahu yang anak dalam perut kau tu anak Hamizan yang tak mahu bertanggungjawab,”kata Kak Long lagi.

Nampaknya aku terpaksa terima tawaran dari lelaki ini yang mahu jadi pak sanggup. Walaupun lelaki ini tua banyak tahun dariku. Tapi dalam keadaanku sekarang ini memang tidak ada pilihan. Apa lagi bila memikirkan keadaan ayah yang tidak berapa sihat.

 

 Bersambung...

 

 

 

 

 

 

 

Okey dah dapat jawapan siapa jadi Pak Sanggup

Share this novel

siti hawa zahar
2024-08-15 17:23:40 

next

jruuoy
2024-08-14 11:20:33 

test_account

husmafiq enterprise
2022-10-14 12:34:23 

next...tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience