Rate

BAB 5

Romance Series 5164

aku bersiap siap untuk ke sekolah.hari ini aku akan bersekolah setelah sebulan bercuti.umurku telah menginjak tujuh belas tahun jadi aku akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.selesai bersiap,aku turun ke bawah.
sesampainya di meja makan,aku hanya berdiam diri.itulah diriku semenjak peristiwa itu.aku yang dulu seorang yang riang tetapi kini tidak seperti aku.aku seorang yang pendiam.dan kerana peristiwa itu,aku berpindah sekolah.

aku bangun lalu menyalami tangan mama dan papa ku.aku dihantar oleh Pak Mat.
"hati hati dekat sekolah tu.jangan duduk sorang sorang."kata mama.aku hanya mengangguk tanda faham.

setibanya di sekolah,aku ditempatkan di kelas 5 mawar.aku duduk di belakang yang menempatkan dua meja.kawan di sebelah ku bernama Siti.

"Assalamualaikum murid murid murid.sesi pembelajaran kita akan bermula dengan sesi perkenalan diri."terang cikgu liyana.inilah yang paling aku tak suka bila permulaan sekolah.aku berdebar debar menunggu giliran ku.sudahlah aku baru sekolah di sini.arghhh!!!!.kalaulah Amirah ada di sini pasti aku tidak setakut ini.aku rindu Amirah.sudah lama kami tidak berjumpa.kali terakhir masa dia datang ke rumah ku kerana terkejut dengan keputusan ku untuk berpindah sekolah.tapi aku tahu dia faham kenapa aku bertindak sedemikian.

"okay seterusnya perempuan yang berada di meja belakang sekali."aku tersentak.kini tibalah giliran ku.semua yang berada di kelas memandang ke arah ku.aku terus berdiri.

"nama saya Shafikah Naira binti Mohd Danial.saya berasal dari Taman Platinum, Kuala Lumpur.Hobi saya membaca novel.cita cita saya ingin menjadi peguam.itu sahaja."selesai sahaja aku bercakap, cikgu Liyana menyuruh ku untuk duduk semula.kami meneruskan pembelajaran kami seperti biasa.kini tiada lagi Amirah yang selalu di sisi dan tiada lagi Faiq yang sangat dicintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience