Rate

BAB 3

Romance Series 5164

aku bersiap siap untuk berjumpa dengan sang pujaan hati iaitu Faiq.aku mencalitkan sedikit lipmate berwarna pink di bibir ku.aku menyembur sedikit wangian yang aku pakai sejak dulu lagi, Enchanteur Paris.sesudah itu aku turun ke bawah.

"mama,pika nak keluar kejap jumpa dengan Faiq."aku menyalami tangan mama ku.papa ku outstation dua minggu jadi aku tak perlu minta kebenaran dari papa.

"ha yelah.hati hati jalan tu.balik awal dan jangan pegang tangan dengan Faiq tu."nasihat mama.

"okay ma."aku bergegas keluar dari rumah.kereta memang sudah disediakan oleh Pak Mat,pemandu peribadi kami.Alphard yang dipandu oleh Pak Mat pun meluncur di atas jalan raya.

"assalamualaikum, Faiq."tegur ku setelah aku sampai di tempat pertemuan kami.

"waalaikumussalam,awak nampak cantik hari ni.nah ni bunga untuk awak."Faiq memuji ku sambil menghulurkan sejambak bunga ros.aku menyambut huluran nya.so romantik!dia memakai t-shirt polo dipadankan dengan seluar hitam.sangat kacak.

"terima kasih". jawabku.inilah saat terindah yang aku rasakan bersama Faiq.hatiku girang sekali.

"errr pika,saya tak boleh lama ni.saya ada hal."alaa baru nak mood romantik.Faiq ni potong mood betullah.

"hmm okay.tapi awak ada nak cakap sesuatu kan?"tanya ku.

"iya,saya ada nak cakap sesuatu.errr....saya...nak...putuskan hubungan ni."aku seakan mahu menangis.kenapa dengan tiba tiba?

"kenapa?"tanya ku dengan suara yang terketar-ketar menahan tangisan.

"sebab saya memang tak pernah cintakan awak.saya cintakan sepupu saya,adilla.dia dah balik dari London dan akan tinggal di sini."sungguh sakit apa yang ku rasakan sekarang ini.hatiku pedih, luluh, dan macam macam lagi.aku menangis kerana tidak sanggup menahan air mata.kalau dia tidak cintakan aku kenapa dia terima bila aku luahkan perasaan terhadap dia dulu?

"dulu saya terima awak pun sebab saya nak happy kan diri saya.itu je tak lebih pun.saya minta maaf."

aku terus berlalu dari situ dengan hati yang terluka.lelaki yang selama ini aku cinta,aku sanjung tinggi dan aku bangga banggakan rupanya tidak ikhlas mencintaiku bahkan langsung tidak mencintai ku.

"Pak Mat,pika nak balik."cakap ku setelah aku tiba di kereta.Pak Mat hanya merenung aku dari cermin kereta."baiklah."jawab Pak Mat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience