Seusai membazir air di dalam bilik mandi, Hisham cepat-cepat menyarungkan pakaiannya. Sejuk! Pukul 5 pagi lagi sudah di kejutkan Si Hitam, nak tidur semula takut terlajak tidur pula. Sementara menunggu waktu Subuh, Hisham sempat membaca Al-Quran beberapa helai sebelum azan Subuh berkumandang.
"Allahuakbar, Allahuakbar!" Azan berkumandang dan Hisham terus menghabiskan ayat terakhir Al-Quran itu lalu menutup dan meletakkan diatas meja belajarnya. Sejadah dibentang. Takbiratul ihram diangkat dengan penuh rasa rendah diri.
* _ * _ * _ *
Jam menunjukkan pukul 6 pagi.
"Masih awal! Rasanya sempat ni nak tidur sekejap," bisik Hisham dalam hatinya. Yelah, mana tak mengantuknya, jam 5 pagi sudah dikejutkan oleh Si Hitam. Hisham menghempaskan badannya di atas tilamnya yang empuk itu. Ditarik selimutnya menutup badannya dari dimamah kesejukan. Nyenyak.
Tiba-tiba sahaja Hisham berguling-guling tak keruan kerana teringatkan sesuatu. Dia menekup-nekup mukanya pada bantal. Tak pasti akan perasaannya. Resah? Gelisah? Atau teruja? Dia sendiri tak mampu nak memastikannya.
"Arghhh! Ya! Harini keputusan PMR!" Hisham semakin tak tentu arah meronta-ronta sambil mengulang-ulang ayat itu. Tak semena-mena telefonnya berdering. Eh, mengganggu sahaja rontaan Hisham yang tak tahu nak dikasifikasikan sebagai teruja atau resah itu. Hisham pun menekan butang hijau pada telefon bimbitnya.
"Hello?" Hisham memulakan bicara.
"Hello, Assalamualaikum Hisham."
"Waalaikumussalam. Pak Teh! Lamanya tak telefon Hisham. Hisham rindu!"
"Hahaha, Pak Teh pun rindu Hisham. Hisham apa khabar? Sihat? Harini keputusan PMR keluar. Hisham dah ready ke belum?" Pak Teh bernada ceria. Bukan apa, cuma tak nak menambah kegelisahan Hisham.
"Alhamdulillah, Hisham sihat. Ha'ah, harini result PMR keluar. Hisham tak berapa nak ready, tapi ready atau tak, Hisham tetap kena ready," Hisham membalas dengan tenang.
"Apa pun keputusannya Hisham kena redha. Terima seadanya. Gagal sekarang tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Kuatkan semangat, jangan pernah putus asa.....blaa...blaaa," Pak Teh menyambung dengan ceramahnya yang panjang berjela. Hisham yang mendengar hanya mampu mengangguk. Perbualan mereka diselang-selang dengan gelak tawa yang memecah hening pagi. Hampir 10 minit juga mereka berbual, lalu telefon dimatikan tanda perbualan tamat.
Hisham kemudiannya bergerak menuju ke dapur. Lapar! Dibukanya peti ais lalu dia mengambil mee goreng yang diberi jirannya Cik Melah. Sepetir-petir mulut Cik Melah tu, hari-hari dia memberi Hisham makanan. Maklumlah, Cik Melah juga duduk seorang diri. Anak-anaknya semua sudah berkahwin, masing-masing sudah punya keluarga sendiri. Hisham pernah diajak untuk tinggal bersama tetapi ditolak mentah-mentah. Tak selesa katanya.
* _ * _ * _ *
Uniform sekolahnya disarung rapi. Rambutnya disisir ketepi. Minyak wangi disembur. Stokingnya disarung. Kasutnya dipakai. Selesai mengenakan pakaian sekolahnya, Hisham lantas menunggang basikalnya kesekolah. Sepanjang perjalanan dia terfikir tentang keputusannya nanti. Baik ke? Cemerlang ke? Atau teruk?!
Share this novel