"Papppp!"
Sepantas kilat Hisham membuka matanya yang masih lagi mengantuk. Teraba-raba dia mencari kaca matanya yang terletak diatas meja tepi katilnya itu. Ditonyoh matanya sekuat hati agar rasa mengantuknya hilang. Lalu, kaca matanya pun disarungkan kemas terletak dicuping telinganya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju suis lampu yang terletak disebelah pintu biliknya.
"Apa yang memekak pagi buta ni? Mesti kucing hitam punya kerja ni," bentak Hisham dalam hatinya.
"Ahhh! Tak senang betul aku nak tidur. Ada je nak dibuat Si Hitam ni. Semalam dah tumpahkan susu, kelmarin dah pecahkan pasu bunga. Pasu bunga Cik Melah pulak tu! Habis sekampung dicanang kucing tu 'tak guna'. Lepastu, ......bla...blaa...blaaa," Hisham mengomel sendirian memikirkan bertapa 'tak gunanya' kucingnya itu.
"Kan aku dah agak! Memang kau je yang buat hal. Pagi-pagi buta dah buat aku naik angin. Hish! Apa masalah kucing ni pun aku tak tahulah," Hisham membebel macam mak tiri Si Cinderella sambil membersihkan sisa kaca daripada frame gambar yang dijatuhkan Si Hitam itu.
Sambil membersihkan sisa kaca, Hisham teringat keluarganya yang terpampang pada frame gambar itu. Menitis air matanya mengenangkan nasib dirinya. Dia hidup seorang diri sejak usianya 16 tahun. Keluarganya meninggal dunia akibat kemalangan semasa pergi bercuti ke Melaka. Kemalangan ngeri itu membuatkan Hisham hilang semangat, lemah dan takut. Tapi itu semua dah berlalu. Hisham dah berubah. Dia dah kuat, tabah dan yang paling penting dia dah pandai berdikari.
Share this novel