BAB 1

Horror & Thriller Completed 358

Di suatu hari bulan Mac tahun 2016, saya mendapat panggilan dari sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak.. Menurut guru yang menelefon saya, pada pagi jumaat sebelumnya telah berlaku dua kes kerasukan pada pelajar mereka. Mereka meminta saya untuk datang ke sekolah pada pagi itu juga untuk melihat keadaan sekolah.

Saya minta izin kepada guru berkenaan untuk datang pada tengahari kerana kebetulan pada pagi tersebut saya bersama isteri sedang membawa anak kami ke pertandingan mewarna anjuran sebuah syarikat swasta dan guru berkenaanpun setuju.

Pada tengahari tersebut, selepas solat zohor saya terus berangkat dari rumah menuju ke sekolah berkenaan. Perjalanan lebih kurang mengambil masa 20 minit. Alhamdulillah jalan agak lengang pada tengahari tersebut. berbeza dengan waktu puncak. Mungkin dalam 30-40 minit baru akan sampai ke sekolah berkenaan.

Setibanya saya di sekolah tersebut, saya hubungi cikgu berkenaan untuk menunggu saya di ruang lobby sekolah. Saya keluar dari kereta dan menuju ke lobby. Kelihatan ada seorang guru perempuan dan seorang guru lelaki di kaki tangga. mungkin menanti kehadiran saya atau mungkin menanti kehadiran orang lain.

Sesampainya saya di kaki lobby tersebut, saya mengucapkan salam kepada cikgu berkenaan.

“Assalamualaikum cikgu.”

“Waalaikum salam. encik nak cari siapa..?” tanya guru perempuan tadi.

“Saya tak cari siapa-siapa tapi mungkin cikgu yang cari saya tadi..” jawab saya sambil berseloroh.

“Encik Ustaz Irfan ke?”

“Ya. saya ustaz Irfan . tapi saya lebih selesa dipanggil cikgu Irfan ..”

“Minta maaf ustaz sebab tak cam ustaz.” saya Penolong Kanan 1 kat sekolah ni..” Guru perempuan tersebut memperkenalkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience