“Takpe cikgu. bukan masalahpun kalau tak kenal saya.”
Sepanjang saya berbual-bual dengan Penolong Kanan 1, saya rasakan yang saya telah diperhati dari atas ke bawah oleh guru lelaki yang bersama-sama menemani Penolong Kanan 1 menyambut saya di lobby tadi dan asyik memerhati gelagat saya. Dari perwatakan cikgu lelaki itu saya rasakan dia seorang ustaz berdasarkan penampilan beliau.
“Maaf. ustaz apa khabar” Saya menyapa sambil menghulurkan tangan.
“Alhamdulillah sihat..” jawab ustaz tadi.
“Ustaz Irfan ke ni..”
Saya rasa macam ade yang tak kena sebab ustaz tersebut mengulangi pertanyaan Penolong Kanan 1 tadi.
“ya ustaz. boleh panggil saya cikgu Irfan je..”
“Saya hampir tak cam ustaz Irfan sebab ustaz Irfan pakai seluar jeans, baju metallica dan ‘cap’ terbalik..” ujar ustaz tadi.
Saya cuma tersenyum sahaja sambil membenarkan apa yang ustaz tadi jelaskan kepada saya.
Ya. itulah kelemahan saya. Pengaruh rock kapak dan segala jenis rock masih mengalir dan membelenggu dalam diri saya kerana dari kecil lagi saya membesar dengan lagu-lagu dari kumpulan deep purple, aerosmith, kiss, metallica, loudness, earthshaker dan sebagainya.
Setelah itu, saya dibawa berjumpa dengan beberapa orang guru di sekolah berkenaan. Kemudian kami berkumpul di hadapan kantin sekolah. Penolong Kanan 1 tadi telah memberi taklimat kepada kami berkenaan dengan kehadiran dan tujuan saya dijemput datang ke sekolah berkenaan.
Saya mendapat banyak input dari guru-guru berkenaan tentang gelaja histeria yang mula subur di sekolah tersebut. Setelah beberapa ketika, saya dibawa oleh kesemua guru berkenaan untuk mengelilingi sekolah dan pergi ke tempat-tempat yang dikatakan sebagai ‘keras’.
Menurut saya memang keras kerana sekolah berkenaan dibuat dari batu-bata, simen dan besi.
Sebelum memulakan langkah, saya membaca lafaz “bismillahilladzi laa yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi wa laa fis sama’ie, wahuwas sami’ul ‘alim..”
Ertinya: “dengan nama allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namanya samada di bumi dan di langit dan dialah maha mendengar dan maha mengetahui..”
Kemudian Penolong Kanan 1, ustaz dan lima orang guru telah diarahkan untuk menemani kami. Kami seramai lapan orang berjalan mengelilingi sekolah tersebut. Menurut pemerhatian saya, ada beberapa kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat tinggal makhluk ini. Mungkin kerana faktor kotor, sunyi dan tidak berpenghuni.
Sewaktu berjalan ke arah hujung kawasan sekolah berkenaan, di sebuah blok terakhir yang sunyi kami telah berhenti seketika. Dindingnya agak kotor, daun-daun pokok berjuntai hingga ke bawah, bau hanyir dan hancing m , sunyi dan sepi.
Jelas kelihatan pandangan mata saya yang guru-guru berkenaan tidak selesa. Barangkali masing-masing sudah merasa takut. allahu a’lam. Memang kawasan tersebut agak sunyi dan jauh dari kelas-kelas yang lain. rasanya itu blok yang paling hujung dan dalam sekali di sekolah tersebut. Suasana sepi sememangnya mengundang rasa angker.
Penolong Kanan 1 yang mulanya diam sahaja tiba-tiba bersuara;
“Ustaz, di sinilah kita menerima aduan yang pelajar kita kerasukan. Seorang menyanyi dan seorang lagi menangis. Kami telah bawa mereka ke hospital untuk rawatan susulan. Alhamdullah mereka telah sedar dan diberi cuti sekolah. ini adalah untuk menggelakkan pelajar lain terganggu.”
“Saya faham cikgu.” balas saya.
Dalam kesunyian dan keheningan suasana ketika itu, saya dapat menangkap suara perempuan sedang menyanyi. Bunyi suaranya agak jauh tetapi seolah-olah dekat betul dari ruang telinga saya. Garau dan lembut tetapi menusuk ke jiwa rasanya.
Entah lagu dan irama apa yang didendangkan sayapun kurang pasti. Tetapi sepertinya suara garau itu diiringi dengan muzik gamelan yang kebiasaannya dimainkan di istana pada zaman dahulu kala, solah-olah lagu tersebut dimainkan oleh puluhan orang. Sangat asyik rasaya kalau mendengar dengan khusyuk.
Pada ketika itu saya rasakan yang kami sedang di kelilingi oleh ramai orang dan susunnan alunan musik yang sangat indah.
“Patutlah pelajar di sini histeria..” bisik saya di dalam hati.
Saya diam untuk beberapa ketika. sekadar untuk kepastian bahawa suara yang saya dengar itu betul-betul suara manusia atau tidak.
Share this novel