KARL ESKANDAR mengurut lehernya yang terasa lenguh. Entah sudah berapa jam dia menatap komputer riba, sampai tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Yang pasti, dia telah membiarkan Isabella bersendirian di bilik tidur mereka terlalu lama.
Jam sudah melewati pukul lapan malam. Karl Eskandar akhirnya menutup komputer riba, menghela nafas perlahan, lalu memanggil pembantu rumahnya.
“Kak Jah, makan malam dah sedia?” soal Karl Eskandar sebaik wanita itu muncul di pintu bilik kerja.
“Sudah, tuan. Kak Jah masak menu istimewa macam yang Tuan pesan tadi,” jawab Kak Jah dengan senyuman kecil.
Karl Eskandar angguk, wajahnya puas hati. “Good. Sekejap lagi I turun dengan Belle. Hidangkan bila kami sampai.”
Usai Kak Jah beredar, Karl Eskandar menyeluk poket seluarnya. Kotak baldu kecil yang sedari tadi tersimpan di situ dikeluarkan. Pandangannya terhenti pada cincin berlian di dalam kotak itu. Serentak, terlintas memori ketika mereka sampai di Thailand. Reaksi wajah Isabella yang Kali pertama melihat cincin itu terbayang di matanya.
“Our cincin nikah. You like it?” Karl Eskandar bertanya sambil menunjukkan cincin tersebut.
“Wow… it’s really beautiful,” balas Isabella dengan mata terpegun, jelas tidak percaya cincin semahal itu dimilikinya. “I tak sangka you sanggup beli cincin macam ni. Mesti mahal gila, kan?”
Karl Eskandar tersenyum nipis. “Why not? You fikir I kedekut, hanya sebab dulu I pernah plan nak nikah kat pejabat agama je?” sindirnya sambil mengingatkan kembali perbualan lama.
Isabella tergelak kecil, menutup mulut. “Bukan tu maksud I. You kan busy person. I thought you just beli cincin biasa-biasa je. Tapi… rekaan ni nampak eksklusif. Macam bukan cincin biasa.”
“You have sharp eyes. This one is limited edition… and designed by me.” Nada bangga jelas dalam suara Karl Eskandar.
Isabella ternganga, hampir tidak percaya. “You… yang design?”
“Are you shocked?” Karl Eskandar senyum sinis. “Tak sangka I romantik? Never mind… lepas ni you ada banyak peluang lagi nak rasa sendiri. Ini baru permulaan.”
Jantung Isabella berdegup kencang. Sukar dinafikan, hatinya mula terusik dengan sisi lelaki itu yang tidak pernah dia bayangkan.
“You like it?” soal Karl Eskandar lagi, kali ini lebih perlahan.
Isabella angguk laju, senyuman terukir tanpa dapat disorokkan. “I love it.”
“Beautiful ring for beautiful bride.”
Pipi Isabella merona malu mendengar ungkapan daripada Karl Eskandar. Namun seketika kemudian, nada suaranya bertukar serius.
“Karl… I harap perkahwinan kita ni ada respect. Kita kena saling menghormati. Apa pun yang berlaku lepas ni, I nak kita buat dengan kerelaan hati. Bukan sebab terpaksa hanya sebab status kita dah terikat.”
Kening Karl Eskandar sedikit berkerut. “Bunyi macam… you belum bersedia nak galas tanggungjawab sebagai isteri I je? Am I right?”
Isabella menarik nafas. “Bukan itu maksud I…I perlukan masa. Kita sebelum ni cuma setakat kenal biasa, tiba-tiba hubungan kita boleh berubah sejauh ni. Mestilah I rasa kekok. I cuma nak kita step by step… jadi rapat dulu supaya I boleh hilang rasa kekok bila berada lebih dekat di samping you. But don’t worry, Karl. I still trust you.”
Karl Eskandar terdiam seketika sebelum membalas ringkas, “We can discuss later. For now, kita fokus pada proses pernikahan kita dulu.”
Isabella mengangguk, meski hatinya terasa berat. Selepas itu, suasana menjadi senyap. Hingga ke saat mereka selamat diijabkabulkan, Karl Eskandar masih belum sempat menyarungkan cincin di jari manis Isabella kerana segalanya terganggu oleh panggilan penting.
Di dalam penerbangan pulang, Karl Eskandar ingin melakukannya tapi Isabella tertidur sepanjang perjalanan buat niatnya terbantut. Maka malam ini, dia sudah tekad. Cincin itu harus berada di jari isterinya, ditemani makan malam istimewa sebelum dia berangkat ke luar negara.
Dengan langkah pantas, Karl Eskandar keluar dari bilik kerja menuju bilik tidur utama.
“Belle, you dah puas rehat?” suaranya kedengaran tenang.
Namun bilik itu sunyi. Kosong. Isabella tiada. Karl Eskandar memeriksa bilik air, sekeliling ruang Dan langsung tiada bayangan si isteri.
Dada Karl Eskandar terasa sesak. Matanya tajam, cuba menahan rasa terkejut yang menular. “Belle… you sendiri cakap nak I sarungkan cincin ni malam ni. But where are you?”
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket, niat hati mahu menghubungi seseorang. Namun langkahnya terhenti apabila suara Amar kedengaran dari luar pintu.
“Tuan… security cakap Puan Isabella…” Kata-kata Amar terputus bila matanya bertembung dengan renungan tajam majikannya.
“Dia larikan diri?” dingin suara Karl Eskandar, menekan tiap perkataan.
Amar cepat-cepat geleng. “Tak, Tuan. I rasa bukan lari. Security nampak puan keluar tergesa-gesa. Macam ada hal urgent.” Dia cuba mempertahankan Isabella, meski dalam hatinya sendiri keliru.
Karl Eskandar diam sejenak, wajahnya tanpa riak. Telefon bimbitnya kembali dimasukkan ke poket.
“Tuan, I boleh arahkan orang kita cari puan sampai jumpa…”
“No need.”
Amar terpaku. “Tapi Tuan…”
“Tak perlu cari dia,” potong Karl Eskandar, nada tegas dan menahan rasa geram. “Dia yang keluar rumah, dia juga yang patut balik sendiri. You get ready for flight malam ni.”
Amar terkedu. Berat rasa hati mendengar kata-kata Karl Eskandar. ‘Takkan Tuan langsung tak risau keselamatan Puan Isabella?’
Pintu bilik ditutup rapat oleh Karl Eskandar, meninggalkan Amar termangu sendirian.
Karl Eskandar menghela nafas panjang. Dalam diam, geramnya semakin menebal.
“Why you tak lari dari awal, Belle? At least I tak perlu buang masa kejar you.”
“MANA lelaki tak guna tu?” Jerit Isabella lantang bila masuk ke club VIP tersebut.
Danial yang menanti Isabella tadi, cepat-cepat hampiri wanita itu. Sejak Isabella kerap muncul di club tersebut, mereka mula menjalinkan hubungan persahabatan hanya kerana Danial yang rasa bersimpati mendengar cerita Isabella yang ditinggalkan kekasih serta duit simpanannya dibawa lari juga. Danial yang bekerja di club tersebut sebagai bartender, cuba beri bantuan pada Isabella untuk tolong wanita itu menangkap bekas teman lelaki ya.
“Belle, relaks okey,’ arah Danial.
“Mana dia? Aku dah tak sabar nak kerjakan dia sampai lunyai,” balas Isabella yang tak boleh kawal kemarahan dia.
“Dia dah lari!”
“What?” Jerit Isabella lantang.
“Aku rasa mamat tu dah tahu yang aku spy dia untuk kau. Tiba-tiba dia blah macam tu je. Even party baru start,” jelas Danial serba salah.
“Shit!” Isabella rasa nak hempas saja apa yang ada di depan matanya. Sekali lagi dia tidak berjaya tangkap Jefri.
“Macam mana dia boleh tahu?” Marah Isabella.
“Belle, I’m so sorry. Kau pun tahu kan penyangak macam tu lagi cepat syak atau hidu something,” pujuk Danial.
“Habis tu? Sekarang macam mana? Aku nak cari dia kat mana lagi? Tak mungkin dia akan datang sini lagi, kan?” ujar Isabella yang sudah buntu nak cari jalani supaya dia boleh tangkap bekas teman lelaki ya.
Danial rasa bersalah bagi cadangan pada Isabella.
“Kau bertenang dulu. Meh, duduk dulu. Kita Cuba fikir sama-sama next plan.”
Isabella menurut kata. Dia duduk sambil meraup wajahnya berkali-kali. Peluang sudah ada depan mata pun tetap dia tidak berjaya. Memang Jefri sengaja mahu menyusahkan hidupnya sampai bila-bila.
Danial letakkan segelas minuman di hadapan Isabella. “Minum dulu. Bagi kau rasa calm down sikit.”
Isabella capai gelas minuman itu tanpa banyak bunyi. Dalam kepala otak masih tak putus asa.
“Aku akan cuba cari info untuk kau. Setahu aku, ni bukan satu club yang dia dan geng dia selalu buat party,” ujar Danial.
“Nak ke diorang bukan mulut? Entah-entah diorang pun sama je,” balas Isabella.
“Ada caranya nak bagi diorang bukan mulut tapi…” Danial rasa bersalah nak beritahu apa caranya kerana dia sendiri tahu Isabella kesempatan wang dan sebab itu wanita di sebelahnya ini tak putus asa cari lelaki yang sudah kebas duitnya.
“Apa dia? Aku tak kisah pun apa cara dia! Asalkan aku dapat bertentang empat mata dengan lelaki tak guna tu,” ujar Isabella bersungguh.
“Duit.”
“Berapa? Berapa diorang nak?” Potong Isabella yang mengundang rasa terkejut Danial.
“Duit gaji kau tu tak cukup la, Belle. Diorang bukan minta seratus dua,” balas Danial lemah.
“Aku tanya berapa? Tak kisahlah berapa diorang nak, asalkan aku dapat tahu mana si bastard tu sembunyikan diri,” ujar Isabella dengan api kemarahan.
“Kau ada duit ke, Belle? Kalau ada duit baik kau guna untuk ibu dengan adik kau dari membazir bayar diorang untuk jadi informer kau. Aku yakin tak lama lagi mesti si Jefri tu akan muncul jugak. Berapa lama dia boleh menyorok? Kau cuma kena bersabar je. Kena buat jangan tu fikir yang kau dah tak cari dia. Time tu confirm dia akan muncul kat club ni semula.” Danial tak nak Isabella bazirkan duit kerana wanita itu juga pernah meluahkan rasa kusutnya disebabkan duit.
“Argh! Aku tak kira. Sekarang aku dah ada duit banyak dan boleh bayar diorang. Lagi cepat aku jumpa si bastard tu lagi cepat hidup aku aman,” balas Isabella tak mahu putus asa.
“Kau ada duit? Mana kau dapat duit?” soal Danial hairan.
“Aku dapat duit han…” Kata-kata Isabella terhenti bila dia baru teringat yang ada seseorang dia tinggalkan tanpa pesan. “Mampus aku!”
Pantas Isabella bangun lalu berlari keluar dari club tersebut yang membuat Danial terpinga-pinga.
“Woi! Kau nak pergi mana, Belle? Kau tak habis cerita lagi!”
Isabella tidak peduli jeritan Danial. Sekarang dia perlu bergegas pulang ke rumah Karl Eskandar secepat mungkin sebelum lelaki itu sedar akan kehilangannya.
“Habis aku kalau Karl fikir aku cuba larikan diri,” gumam Isabella sambil tergesa-gesa masuk dalam teksi.
Mana ada orang lepas nikah hilang di malam perkahwinan? Lebih teruk, Isabella menghilangkan diri hanya kerana mahu memburu bekas teman lelakinya. Dia mula risau kalau semuanya terkantoi dengan Karl Eskandar.
“Kau memang bodoh, Belle! Cincin nikah pun belum sarung kat jari kau tapi kau dah buat hal!”
Nak buat macam mana kalau sebentar tadi Isabella terfikir yang cincin nikah boleh disarung kemudian, penyangak tak boleh dilepaskan!
Share this novel