Bab 4

Family Completed 71306

Disaat yang sama Huda menerima pesanan ringkas daripada Manager tempatnya bekerja.

'Dukacita dimaklumkan, pihak syarikat Tiara Holdings, telah membatalkan perkhidmatan kepada Cik Huda Adlina Binti Haji Adnan. Dimohon untuk menghantarkan notis kepada pihak Management. Sekian Terima Kasih.'

Huda tersenyum getir. Dia tahu Farid akan memblok nya dari mana-mana syarikat yang bekerjasama dengan syarikatnya.

"Kau tutup semua rezeki aku Farid. Kau tutup semuanya." Kata Huda teresak didalam kereta.

"Apa aku nak buat sekarang?" Tanya Huda.

"Aku balik kampung opah je." Kata Huda lagi.

Lalu dia teringat akan teman rapatnya dahulu sewaktu dizaman sekolah menengah.

"Kau kat mana sekarang Thariq. Kau dah lupa ke janji kau dulu nak temui aku lepas kau dah berjaya?" Tanya Huda.

Gelang yang disimpan erat didalam uncang baldu didalam handbagnya diambil lalu direnung lama.

Dia nekad untuk kembali memakai gelang itu di pergelangan tangan kanannya. Jika dulu dia hormat akan Farid tunangnya kini dia dan Farid sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Dan dia berhak untuk memakai gelang itu semula.

Akhirnya Huda mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman ibu kepada arwah mamanya.

Dahulu pun Haji Adnan hanya menjaganya dari usianya beberapa bulan hinggalah umurnya 5 tahun.

Selebihnya Opahnya lah yang menjaganya hingga usianya 16 tahun. Selepas itu, Haji Adnan kembali menjaganya atas alasan Ibu mertuanya itu tidak mampu menjaga Huda dan membiarkan Huda berkawan dengan lelaki kampung itu.

Dan kini, Huda kembali semula ke kampung halaman mamanya dan akan menetap langsung disana.

Sampai saja didepan rumah Opahnya, Dia memberikan salam beberapa kali. Namun tiada jawapan dari dalam.

"Assalamualaikum." Sapa lelaki yang mungkin baru kembali dari masjid.

"Waalaikumsalam." Jawab Huda.

"Anak ni cari siapa? Saya Haji Manan Imam kampung ni." Kata Haji Manan memperkenalkan dirinya.

"Saya Huda. Huda Adlina cucu tinggal Opah Semah." Kata Huda.

"Ooo cucu Mak Semah rupanya." Kata Haji Manan terangguk-angguk.

"Datang melawat dia ke?" Tanya Haji Manan lagi.

"Ye. Datang nak jenguk dia." Kata Huda.

"Ketuk pintu tu. Mungkin dia tak dengar." Kata Haji Manan.

"Baiklah Mam. Terima kasih." Balas Huda dan melangkah naik ketangga dan mengetuk pintu rumah opahnya itu.

"Assalamualaikum, Opahhh.." Panggil Huda lagi.

"Waalaikumsalam. Sekejap." Teriak dari arah dalam.

Selang beberapa saat, pintu rumah terbuka dan alangkah Opahnya teekejut melihat satu-satunya cucu yang dirinduinya pulang menemuinya.

"Ya Allah, Cucu opah, Huda." Peluk Opah Semah dengan tangisan kerinduan.

"Opahhh..." Esak Huda dibahu opahnya.

"Masuk Cu, masuk." Pelawa Opah Semah.

"Biar Huda ambil pakaian Huda dulu opah." Kata Huda dan melangkah terus menuruni anak tangga rumah itu dan mengambil luggage nya dan kembali naik semula keatas rumah.

Huda duduk disisi Opahnya sambil menggenggam jemari Opah Semah.

"Babah kamu, halau kamu?" Tanya Opah Semah.

"Mana Opah tahu?" Tanya Huda.

"Opah tahu sebab Huda cucu Opah. Kali ni, apa pula isteri Babah kamu buat kat kamu?" Tanya Opah Semah.

"Haura perangkap Huda. Dia paksa Huda minum arak yang dia dah campur dengan pil khayal. Dan..." Huda tak tahu nak kata macam mana lagi pada opahnya. Dia berasa malu kerana sudah ditebuk tupai.

"Opah tak salahkan kamu Huda. Mungkin Allah nak uji sejauh mana kamu mampu menahan ujian yang Dia berikan pada kamu." Kata Opah Semah.

"Tapi, Huda takut Opah. Huda takut kalau kalau.." Kata Huda terputus lagi.

"Takut mengandung?" Tanya Opah Semah.

Huda menganggukkan kepalanya. Itu yang dia takutkan.

"Opah takkan biarkan Huda tanggung sendiri. Jika benar nanti Huda mengandung, anak tu tak salah apa apapun. Dia hadir atas satu kesilapan." Kata Opah Semah.

"Kita jaga dia sama-sama." Kata Opah Semah lagi.

"Tapi opah, Huda taknak conteng arang ke muka Opah. Apa orang kamoung akan mengata opah dan Huda nanti." Kata Huda.

"Mulut orang Huda, memang takkan mampu untuk ditutup. Kita biarkan je. Yang pentingnya, Huda jangan buat dosa lagi nak gugurkan kandungan tu nanti." Kata Opah Semah.

"Tunang kamu macam mana?" Tanya Opah Semah.

"Dia dah pilih Haura. Dia tak nak Huda sebab dah ditebuk dan takde dara lagi. Jawatan Huda pun dia tarik semula dan membatalkan perkhidmatan Huda disyarikat milik keluarganya.

" Takpelah. Dah bukan rezeki Huda. Huda kerja je kat sini. Jaga Ladang Sawit arwah Mama tu." Kata Opah Semah.

"Nanti, Huda fikirlah nak buat apa atas tanah 10 hektar kat hujung kampung tu. Sawah tu, Huda jagalah. Opah dah tak larat." Kata Opah Semah.

"Huda akan tinggal di sini. Dan Huda akan jalankan semua yang Mama tinggalkan buat Huda kat sini." Kata Huda.

"Lepas ni Opah duduk goyang kaki je okay. Biar Huda yang kerja dan jaga Opah." Ujar Huda lagi.

"Opah percaya, Huda mampu galas tanggungjawab ni. Lepas semua Huda dah pandai dan mampu buat, Opah akan serahkan semuanya pada Huda. Tapi Opah nak Huda janji, jangan sesekali serahkan harta warisan ni pada sesiapa saja termasuk Babah kamu." Kata Opah Semah.

"Ingat, orang kampung makan gaji dengan kita. Ni je cara kita membantu orang kampung, anak-anak jati kampung ni." Kata Opah Semah lagi.

"Ye Opah. Huda faham. Sebab tu Huda balik sini dan Huda akan galas tanggungjawab yang Arwah mama tinggalkan untuk Huda bantu orang kampung." Kata Huda.

"Opah tahu, cucu Opah boleh. Jadi, macam mana tanggungjawab Huda pada negara?" Tanya Opah Semah.

"Ssshhh... Opah jangan cakap soal ni. Takde siapa tahu, Siapa Huda. Dan orang tak tahu Huda Aset negara yang perlu mereka jaga. Tapi Huda jadi rimas, 24 jam kena kawal." Kata Huda.

"Takpelah. Yang penting keselamatan Huda terjamin. Habis Huda balik kesini?" Tanya Opah Semah.

"Mereka tak tahu. Semalam pun masa Huda tak sedar, takde sesiapa yang kenal Huda." Kata Huda.

"Mana taknya, Huda yang dulu tak secantik Huda sekarang. Tambah lagi masa Huda jadi Aset negara tu Umur Huda baru 18 tahun. Sekarang ni Huda dah 25 tahun. Mungkin mereka dah tak perlukan Huda lagi kot." Kata Opah Semah.

"Mereka masih perlukan Huda Opah. Cuma mereka tak tahu dimana Huda berada sekarang." Kata Huda lagi.

Paling Huda takuti apabila pihak musuh mengetahui dirinya berada dimana.

Huda adalah Aset yang harus dijaga rapi oleh Ketenteraan kerana Huda mampu Hack semua yang melibatkan kerajaan. Hanya Huda tidak sebodoh itu yang sanggup menggadaikan negara demi kepentingan sendiri.

"Baguslah tu Huda. Huda takkan stress fikirkan itu ini." Kata Opah Semah.

"Kalaulah masa boleh di putar semula, Huda taknak jadi macam ni. Huda nak tolak jadi hacker." Kata Huda.

Terkadang dia menyesal sangat-sangat dengan keputusan yang dia buat. Itupun atas sebab desakan daripada seseorang yang dia tak kenal. Tapi dia tahu lelaki itu adalah seseorang yang berkerja dibawah ketenteraan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience