Bab 1

Family Completed 71306

Hujan yang lebat beserta kilat dan Guntur yang kuat membuatkan Huda terjaga.

"Astaghfirullah.. Lebatnya hujan ni." Ucap Huda.

Tok.. Tok.. Tok!!!!

"Huda!!!" Teriak Ibunya dari arah luar.

"Kejap Bu." Jawab Huda dari dalam kamarnya.

Huda melangkah turun dari katilnya lalu membuka kunci pintu biliknya.

Dengan kuat, Puan Hidayah menolak pintu itu hingga mengenai dahi Huda.

"Aduhhh..." Huda sedikit kesakitan.

"Yang kau bodoh menanti dibelakang tu kenapa?? Kau memang bodoh lah Huda." Kata Puan Hidayah.

"Tak apa Bu. Ada apa-apa yang Huda kena buat ke?" Tanya Huda.

Huda ibarat orang gaji dirumah orang tuanya berbandingkan kakaknya yang dilayan seperti tuan puteri dirumah itu.

"Kakak kau belum balik lagi. Tolong Ibu cari dia." Kata Puan Hidayah.

"Hujan ni Bu. Takkan Huda kena.." Ucap Huda namun dipotong cepat oleh Puan Hidayah.

"Kau bukan jalan kaki pun. Kau gunalah kereta kau tu." Kata Puan Hidayah.

"Huda taknak lah Bu. Ibu tahu kan yang Huda takut pada kilat." Kata Huda.

"Kau ni memang kan? Asal aku suruh kau asyik nak membantah saja." Kata Puan Hidayah.

"Kalau kau tak nak pergi cari Haura, aku tak segan-segan halau kau dari rumah ni." Kata Puan Hidayah.

"Baiklah. Akak pergi mana tadi?" Tanya Huda.

"Clubbing. Cari je tempat biasa kau nampak dia tu." Kata Puan Hidayah.

"Baiklah Bu." Kata Huda mencapai kunci dan handbag nya diatas meja solek.

"Kau ingat, selagi kau tak jumpa kakak kau, kau jangan balik ke rumah ni." Kata Puan Hidayah.

"Baiklah." Balas Huda lalu keluar dari rumah itu.

Melihat saja kereta milik Huda hilang dari pandangan mata, dia menghubungi Haura.

"Macam mana Bu?" Tanya Haura.

"Dia dah keluar." Balas Puan Hidayah.

"Bagus." Kata Haura.

" Kau kena pastikan Haura yang dia takkan lepas malam ni. Kalau boleh minta lelaki tu bergilir-gilir pakai adik kau tu." Kata Puan Hidayah.

"Ibu jangan risau. Pandailah Haura mengaturnya." Balas Haura.

Panggilan ditamatkan apabila Puan Hidayah melihat kereta Vios milik suaminya memasuki halaman rumah.

"Assalamualaikum." Sapa Haji Adnan apabila melihat isterinya di depan muka pintu.

"Waalaikumsalam. Lambat balik dari masjid?" Tanya Puan Hidayah.

"Kan aku dah bagitahu awak tadi yang aku nak berbincang dengan pihak masjid tentang majlis Qurban yang akan datang ni." Kata Haji Adnan.

Mata Haji Adnan sedikit sepet apabila baru perasan yang kereta Myvi milik anak bongsunya tiada di halaman.

"Huda kemana? Bukannya dia offday ke hari ni?" Tanya Haji Adnan.

"Entah? Saya tanya tadi dia buat tak tahu je." Kata Puan Hidayah.

"Entah-entah jumpa jantan kat luar tu." Kata Puan Hidayah lagi.

"Astaghfirullah Al-Azim, mengucap Dayah. Yang awak kata tu anak awak." Kata Haji Adnan.

"Anak Abang. Bukan anak saya." Kata Puan Hidayah.

Huda Adlyna adalah anak Haji Adnan bersama isteri pertama yang meninggal akibat melahirkan Huda. Lepas pengkebumian, Haji Adnan membawa pulang Huda kerumah isteri keduanya Puan Hidayah untuk dijaga.

"Kenapa? Awak tak percaya cakap saya? Haura selalu nampak yang anak awak tu selalu berjalan dengan lelaki yang lain-lain." Kata Puan Hidayah.

"Merepek lah awak ni." Kata Haji Adnan tak percaya kata-kata isterinya itu.

Haji Adnan masuk kedalam rumah dan meninggalkan isterinya di muka pintu sendirian.

"Takpe, saya akan pastikan yang awak akan terkejut dengan apa yang Anak kesayangan awak tu buat." Kata Puan Hidayah tersenyum sinis.

Thariq yang baru saja sampai menyewa hotel milik keluarganya.

Dia melarikan diri daripada dijodohkan oleh Ummi dan Papanya dengan anak perempuan Dato Hamdan.

"Kenapa Thariq taknak kahwin ni?" Tanya Tengku Mawar.

"Berapa kali Thariq bagitahu Ummi yang Thariq taknak kahwin. Sampai seru nanti, Thariq sendiri akan bawa calon pada Ummi dan Papa." Kata Thariq.

"Thariq, anak Dato Hamdan tu sesuai dengan kamu." Kata Tengku Mawar.

Malas nak berdebat, Thariq menamatkan panggilan dari Tengku Mawar.

"Cantik ke Hanum tu? Aku lihat dia biasa biasa je." Kata Thariq.

"Ad, kau kat mana Ad?" Ucap Thariq.

"Maafkan aku. Aku yang tinggalkan kau tanpa jejak langsung." Kata Thariq.

.....

Duduk menanti dijemput oleh orang suruhan Papanya, Thariq memandang ke kiri dan ke kanan jalan raya melihat-lihat kenderaan yang lalu lalang.

"Yooo.. Ni ke anak orang kaya yang berlagak tu?" Tanya Gangster di sekolahnya.

"Bagi aku duit." Ugut lelaki yang tua 3 tahun darinya.

"Aku takde duit." Balas Thariq.

"Apa?? Hahahhaha!!!! Anak orang kaya takde duit?" Tanya lelaki itu.

Tak semena-mena, Kancing bajunya ditarik kuat hingga Thariq secara tidak langsung terbangun dari duduknya dengan secara paksa.

"Kau jangan nak berlagak kat sini? Setakat kau anak Tengku, aku tak hairan lah. Tapi aku nak kau kena bagi aku setiap hari duit belanja kau." Kata Lelaki itu.

"Kalau nak duit, kena kerja. Jangan ter minta-minta macam pengemis." Ucap seorang gadis yang mendekati mereka di sana.

"Ehhh nak jadi heroin ke adik si Haura ni?" Tanya lelaki itu.

"Malu lah sikit Bang. Main ugut-ugut pulak." Kata Huda.

"Kau ingat, kau ada tali pinggang hitam, aku takut?" Tanya lelaki itu.

"Cehh?? Kau ingat kau besar tinggi ni, aku takut lah?" Tanya Huda kembali.

Thariq menjadi penonton di belakang Huda.

"Eee aku bengang lah dengan kau ni. Kau ni memang nak kena kan!!!" Herdik lelaki itu.

Belum sempat tangannya menyentuh wajah Huda, penumbuk Huda sudah mengenai batang hidung lelaki itu hingga lelaki itu menyeringai kesakitan.

Dengan cepat, Huda menangkap pergelangan tangan Thariq lalu membawa Thariq lari dari situ.

.....

"Aku dah berjaya Ad. Aku mampu jaga kau sekarang. Aku harap sangat kau masih simpan gelang yang aku bagi dulu." Kata Thariq.

Thariq sengaja menempah gelang sepasang untuk dirinya dan Adlina.

Gelang dimana terukir nama Thariq Adlina dibahagian dalam.

Hujan yang lebat kini renyai-renyai. Huda keluar dari kereta dan mencari kelibat Haura diluar kelab malam yang selalu dikunjungi Haura.

Melihat Haura diluar pintu bersama beberapa orang lelaki, dia terus mendekati.

"Kak..." Panggilnya.

"Laaa Adik..." Jawab Haura dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang.

"Kita balik kak." Ucap Huda.

"Nantilah." Balas Haura.

"Jomlah kak. Esok Huda nak kerja." Kata Huda.

"Baik. Tapi Huda kena minum sebotol ni dulu." Tunjuk Haura.

Botol arak di tunjukkan kearah Huda. Botol yang khas buat adiknya yang sudah dicampur nya dengan ubat peransang.

"Akak jangan nak melampau kat sini. Huda tak minum semua ni." Kata Huda menolak.

"Kali ni je." Kata Haura.

"Akak jangan merepek." Balas Huda.

"Akak tak merepek. Kalau Huda taknak minum, Huda balik sendiri. Akak nak kat sini." Kata Haura.

"Ya Allah. Akak tolonglah, esok Huda bertugas pagi. Boleh tak Akak jangan nak buat perangai." Kata Huda.

"Kau balik lah Huda." Kata Haura menolak tubuh Huda.

Kerana taknak berlama-lama di sana, botol kaca dirampas dari tangan Haura.

"Habis je minuman ni, aku nak kau ikut aku balik." Kata Huda.

"Okey." Balas Haura.

Huda meneguk minuman keras itu. Hingga tiada sisa langsung barulah dia membuang botol itu ke jalan.

"Puas???" Tanya Huda.

"Kau tak rasa apa-apa ke?" Tanya Haura.

Huda merasa tubuhnya sedikit panas. Bahang panas mula naik ke wajahnya.

"Kau letak apa dalam minuman tu Haura?" Tanya Huda.

"Oppsss sorry. Aku letakkan ubat peransang dalam minuman tu." Kata Haura.

"Now, aku serahkan budak ni pada korang. Korang buatlah apa yang korang nak. Tapi ingat jangan tinggalkan jejak langsung." Kata Haura lalu meninggalkan Huda di sana.

"Kau memang celaka lah Haura!!!" Teriak Huda menahan diri nya dari melakukan perkara yang bukan-bukan di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience