1

Action Series 937

"Banyak-banyak ayam,ayam apa ada emas?"

Pertanyaan yang keluar dari mulut Nurly membuatkan Faqihah dan Bella saling berpandangan antara satu sama lain manakala Alya dan Diyanah sudahpun ketawa terbahak-bahak dengan soalan yang keluar dari mulut rakannya itu.

"Ah kau!Jangan ah tanya soalan merepek..Mana ada ayam ada emas"kutuk Sakinah.

"Ada ah..Kau je tak tahu..Jawap ah korang"desak Nurly berkali-kali.

"Aku tak tahu"kata Faqihah dan Bella serentak.

"Jawapannya...Ayamas..Pak pak pa pa pak"ungkap Nurly sambil meniru perilaku ayam.

Aksi yang dilakukan oleh Nurly membuatkan tawa Alya dan Diyanah yang baru mula surut semakin galak.Kali ini Bella turut tertawa kerana mendengar tawa Alya dan Diyanah.Sungguh dia rasa bahagia dengan keadaan mereka.Manakala Sakinah hanya menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Kau ngan lawak kau tu..Haihh ah"komen Sakinah.

"Entah..Tah apa je lawak Nurly ni"akui Faqihah.

"Korang berenam memang nak membawang bawah pokok tu je ke?Tak nak makan sekali?"laung Akmal dari kejauhan.

"Bising ah pakcik bebel tu"kutuk Alya sebelum membuat mereka semua tertawa.

"Eh kalau nak mengutuk tu tak payah kuat sangat ah!Aku habiskan jap lagi semua makanan ni"ugut Akmal sehingga membuatkan mereka semua saling berpandangan lalu berlari ke sana.

"Korang makan ah"kata Muazzam apabila melihat kehadiran keenam-enam kawannya itu.

"Tahu takut"sampuk Akmal sebelum mendapat jelingan tajam dari Faqihah.

Alya mengambil tempat di sebelah Mizan yang sedang enak menjamu seleranya tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.

"Sedap ke wei?"soal Alya kepada Mizan.

"Sedap..Nak?"soal Mizan lalu menyerahkan sudunya kepada Alya sehingga membuatkan Alya tersenyum lebar.

Suasana di situ dipenuhi dengan gelak tawa.Maklumlah ini baru pertama kali mereka berjumpa setelah sekian lama terpisah kerana masing-masing mula membawa haluan untuk meneruskan kehidupan.

"Korang tak nak buat aktiviti camping ke?"cadang Syuhadah secara tiba-tiba sehingga membuatkan semua pandangan tertumpu ke arahnya.

"Macam kelas Nurani ke buat?"soal Akmal inginkan kepastian.

"Nurani pergi pantai so macam tak mencabar ah..Why not kita camping kat hutan?Best sikit"Syuhadah mula menerangkan cadangannya.

"Sounds good"ungkap Nurly.

"Hutan?Kalau ada harimau macam mana?Jap lagi dia telan kita tak ke mampus?Jangan ah..Aku nak kahwin wei"kata Alya sambil pura-pura menangis.

"Aku tahu ah kau tu pelakon but jangan ah bawa lakonan kau tu sampai sini..Geli aku"perli Akmal.

"Eleh kau jealous ah tu"sindir Alya pula.

"Korang ni dah ah tu..So Syu?Nak buat kat mana?Aku okay je..Lagipun aku jarang cuti ni so apa salahnya kan jauh sikit dari hidup kita sekarang"balas Faqihah.

"Jangan risau..Kita kan ada Aqilah,Qilah..Kau boleh uruskan tempat mana sesuai untuk trip ni?Kau kan selalu pergi bertapa kat hutan"usik Syuhadah.Mereka semua maklum yang Aqilah selalu mengikuti ekspedisi menjelajah hutan di Malaysia.

"Boleh tu boleh ah..But kita kena plan ah..Bukan semua aku rasa boleh ikut sebab ye ah..Ada yang kerja as doctor lepastu pilot so mesti dorang sibuk..Aku cadangkan pergi sebelum bulan sebelas dan dua belas sebab waktu tu bukan musim hujan so tak de ah yang basah nanti"kata Aqilah.

"Aku memang tak boleh nak ikut guyss..Jadual aku memang padat and bila-bila masa je aku boleh on call..Sorry"kata Ainin pula.

"It's okay Ainin..Anyone?"soal Syuhada kepada semua.

"Just make sure bagitahu aku sebulan awal sebab kalau korang nak pergi minggu depan memang aku tak boleh..Aku ada shoot untuk telefilem baru"ucap Alya pula.

"Senang macam ni..Kita bincang kat group whatsapp kita..Bila and berapa lama so aku boleh cari hutan yang best and siapkan list aktiviti kita..Nak dalam or luar negara?Kalau luar negara aku boleh minta member aku dari Indonesia or Thai untuk tolong jadi guard kita..Tapi aku suggest baik pergi dalam Malaysia dulu sebab korang tak biasa lagi"nasihat Aqilah.

"Well..Aku okay je and for now let's just eat"nyata Diyanah.

Hampir lima jam majlis itu diadakan dan satu persatu rakan mereka mula meninggalkan tempat tersebut.Diyanah dan Alya saling berpandangan apabila mereka menyedari yang Sakinah banyak mendiamkan diri.

"Asal wei?Kau tak sihat ke?"tanya Alya prihatin.

"Betul ke korang nak pergi hutan ni?"soal Sakinah perlahan.

"Betul ah..Asal?Kau ada masalah ke?Kau tahukan kitaorang tak paksa kalau kau tak nak"ucap Alya.

"Aku rasa tak sedap hati ah weii..Tak yah gi ah"pujuk Sakinah.

"Alah kau ni..Perasaan kau je ah tu..Macam ni ah kalau kau tak nak ikut then tak apa..Aku nak pergi"tegas Diyanah.

"Chill ah korang..Kenapa kau tak sedap hati ni?"tanya Bella cuba menenangkan keadaan.

"Aku rasa macam something..Aku pun tak tahu apa but aku nasihatkan korang tak payah pergi"jawab Sakinah.

"Ikut kau lah..Tapi aku memang nak try pergi..Ye lah Aqilah dah semangat dah nak urus so aku ikut je lah"kata Faqihah pula.

"Ikut korang ah"nyata Sakinah sebelum mengeluh perlahan.

Dia pun tidak tahu mengapa dia rasa begini.Dia rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku tapi mungkin betul juga apa yang rakannya katakan.Mungkin ini semua hanya perasaannya.Iya..Perasaannya.

Tanpa mereka sedari,ada seseorang yang hanya tersenyum penuh makna tatkala mendengar perbualan mereka.Ini masa yang sesuai untuk dia melunaskan semua dendam dan amarahnya terhadap kawan-kawannya.Iya...Dia cemburu melihat kebahagiaan mereka semua.Apa yang mereka inginkan pasti mereka dapat sedangkan dia?

'This gonna be fun'desisnya sambil tersenyum penuh makna.

Share this novel

hamsterr
2021-03-18 08:36:34 

woah ii sapa yg buat onar nihh aduhaiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience