Lama Sakinah berdiam diri sehingga membuatkan tunangnya itu berasa pelik.
Wanita itu hanya memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa.Ini membuatkan dirinya tidak selesa.Maklumlah biasa wanita itu bukan mahu melihat dirinya lama-lama.
"Awak sihat ke ni?"soalnya memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Apa dia?"tanya Sakinah kembali.
"Saya tanya,awak okay tak ni?Dari tadi senyap je..Kalau ada masalah bagitahu"ucapnya.
"Kawan-kawan saya plan nak pergi trip bercuti ah antara bekas classmate kitaorang"beritahu Sakinah.
"Oh iya ke?Pergilah kalau awak nak pergi tapi awak kena tanya mak ayah awak dulu sama ada dorang kasi ke tak..And dekat mana?"soal tunangnya tenang.
"Mama ngan ayah memang tak kasi ah saya pergi sebab dorang nak buat kat hutan..Macam camping ah"ucap Sakinah sehingga membuatkan tunangnya itu menggelengkan kepalanya.
"Kalau kat hutan saya pun tak bagi awak pergi sebab bahaya..Tapi kenapa banyak tempat bercuti kat dunia ni,hutan juga dorang nak pergi?Situ kan tempat haiwan buas dengan benda-benda yang kita tak nampak stay..Tak payah ah Kinah pergi..Kalau dorang nak pergi biar je dorang but not you"ungkap tunangnya.
"Saya memang tak nak pergi sebab saya tak sedap hati ah..Cuma bila saya bagitahu kat dorang Alya semua,dorang kata ni perasaan saya je..Saya risau ah awak pasal dorang"adu Sakinah kepada tunangnya.
Lelaki itu hanya tersenyum mendengar kegusaran Sakinah terhadap rakan-rakannya itu.
"Macam ni sayang..Awak tak payah risau pasal dorang..Just doa je perjalanan dorang tu akan lancar dan dorang diberi perlindungan oleh Allah..Don't worry okay?Dorang dah besar but awak jangan pergi..Bahaya..Lagipun kita tak lama lagi nak nikah jadi kita fokus untuk majlis kita je dulu..Boleh?"ucap tunangnya lembut.
"Saya harap ah..Thanks awak sebab dengar masalah saya"kata Sakinah ikhlas.
"Tak de apa ah..Sekarang ni kita order makan dulu lepastu kita pergi ambil kad jemputan kita"balas tunangnya.
Sakinah hanya mengangguk faham.Dia bersyukur kerana abangnya mengenalkan dia dengan tunangnya ini.Kawan-kawannya semua masih tidak mengetahui yang dia sudah bertunang.Dia bukan apa,dia tidak mahu jika hubungan yang belum pasti dihebah-hebahkan.Lagipun tunangnya pun mempunyai pendapat yang sama dengannya.Cukup sekadar keluarga mengetahuinya buat masa ini.
"Ni haritu saya ada terserempak dengan kawan you yang sorang ni...Saya tak ingat nama dia sapa but..Dia macam semacam ah"ungkap lelaki itu.
"Siapa?Awak salah tengok kot sebab kawan saya mana ada semacam..Semua okay je saya tengok"kata Sakinah tenang.
Tunangnya itu hanya mengangguk.Mungkin itu hanya prasangkanya sahaja.
.
.
Maaf lah yer kalau ada typo..keep support this book okay??
Share this novel