Bab 41

Romance Completed 1287643

Syed Arman bergegas ke kondo Nurlisa apabila Sharifah Teha memberitahu tentang keadaan Nurlisa. Semasa Sharifah Teha menghubungi Nurlisa untuk bertanya tentang keadaannya, suara Nurlisa jelas ketakutan dan bercerita tentang barang yang mencurigakan di depan pintu kondonya dan Nurlisa bercakap sambil berbisik.
Syed Arman berterimakasih apabila Sharifah Tega menghantar text kepadanya selepas mereka selesai menunaikan solat isyak bersama sama, berimankan Syed Adam.
~Abang, adik rasa something wrong with Nurlisa, suara dia ketakutan masa adik call dia tadi. Sekejap lagi adik pergi bilik abang then minta abang teman adik gi office ambik document ya..then adik hantar abang ke rumah Nurlisa. Kita balik sebelum pukul 12am. Abang bersiap sekarang~
Sharifah Teha menjerit memanggil abangnya dan mengajak abangnya ke pejabat seperti yang mereka rancang. Seperti biasa, Syed Arman akan keberatan untuk menolong adiknya sehingga Babahnya masuk campur. Selepas se das bebelan Babah, Syed Arman berpura pura mendengar dan mula bergerak dari biliknya selepas bersiap dengan baju tidur dan jaketnya.
Syed Arman meminta adiknya memberitahu Nurlisa tentang kedatangan mereka. Dia minta Sharifah Teha memberitahu tentang kedatangan Sharifah Teha sahaja, supaya Nurlisa tidak melarikan diri darinya.
Dia bersyukur kerana adiknya sangat prihatin. Selepas meminta kebenaran untuk memarkir kereta di tempat VVIP, mereka berdua beradik berlari ke lift. Jelas kelihatan di wajah Syed Arman kerisauan. Dia sudah membayangkan Nurlisa di dalam ketakutan.
Sesampai di kawasan kondo itu, Sharifah Teha sudah memberitahu Nurlisa dan meminta Nurlisa standby di pintu rumah. Dengan satu ketukan, menandakan kedatangan mereka.
Sesampai di kondo Nurlisa, tanpa membunyikan suara, mereka terus mengetuk pintu kondo itu dan dengan sekali ketukan, Nurlisa membuka pintu. Wajahnya merah seperti selepas menangis. Dia berbaju tidur dan tidak mengenakan tudung.
Nurlisa terkejut apabila melihat Syed Arman yang berbaju tidur berada di luar bersama sama dengan Sharifah Teha. Syed Arman terus masuk dan memeluk Nurlisa kemas. Kedengaran jelas esakan Nurlisa apabila berada di dalam pelukan Syed Arman. Badannya keras apabila beberapa jam dia menahan ketakutan.
“Lisa, kat mana barang mencurigakan tu? I tak nampak pun….,” Sharifah Teha bertanya kepada Nurlisa apabila keadaan seperti kemas dan teratur.
Ya, Nurlisa nampak dengan jelas, tisu berdarah itu sudah tiada di depan pintu kondonya.
“Tadi masa I balik, I memang nampak tisu tu kat depan, darah tu basah lagi kat tisu. Mana pergi tisu tu,” suara Nurlisa bergetar sambil tangannya kemas memeluk Syed Arman.
“Sayang rilex dulu, I buatkan air. Jangan takut. I dengan Teha ada sini, sayang peluk I kuat sangat, lemas la abang ni sayang,” suara mengoda Syed Arman kedengaran jelas di telinga Nurlisa dan Sharifah Teha.
Sharifah Teha hanya tersenyum dengan kerenah mereka. Dari sudut yang lain, Sharifah Teha kehairanan dengan peribadi Nurlisa. Dengan imej yang islamik, dia tidak pernah membantah perlakuan Syed Arman padanya. Dia hanya merelakan Syed Arman melakukan apa sahaja kepadanya.
Tetapi dengan ketakutan yang di alami Nurlisa sekarang, dia hanya berharapkan abangnya tahu batasan. Abangnya juga tahu halal dan haram.
“Sayang lepaskan abang dulu. Duduk sebelah Teha, abang check pintu dengan semua tingkap,” Syed Arman melonggarkan pelukan Nurlisa dan mendudukkan Nurlisa di sofa di sebelah Sharifah Teha.
Sharifah Teha terus memegang tangan Nurlisa kemas, memastikan Nurlisa tahu kewujudannya. Dia melihat wajah Nurlisa pucat, pipi Nurlisa basah dengan airmata.
“Kenapa you tak call I terus tadi. Kalau I tak call you, you sorang sorang la duduk dalam ketakutan. Next time call me, call Danish ke, call Eusoff ke….you kena tahu nak call siapa masa emergency. Jangan tunggu lama,” bebelan Sharifah Teha tidak melekat di dalam hati Nurlisa, Dia masih terbayang darah merah pekat yang dia nampak di tisu depan rumahnya.
Ya…dia sudah menghubungi Haiqal, tetapi panggilan di jawab oleh peti suara. Haiqal sudah menghantar text yang dia akan menziarahi orang sakit bersama Dr Malik.
Syed Arman selesai memeriksa semua pintu dan tingkap. Dia berjalan mendapatkan Nurlisa dan Sharifah Teha.
‘Sayang, esok I hantar orang pasang CCTV depan kondo. Bahaya kalau begini. I akan call management to more alert dengan orang yang masuk dalam rumah. Esok kita minta dorang checkkan cctv, ada orang nak takutkan you ni,” kata Syed Arman mengambil tempat duduk di sebelah Nurlisa, dia mencapai tangan Nurlisa, meramas ramas perlahan, mengalirkan cintanya melalui sentuhan itu.
“Sayang ok tak? Kenapa tak call abang?.” Suara itu sedikit tegas, sedari tadi Nurlisa hampir terpedaya dengan kelakuan Syed Arman. Aura suaminya begitu ketara di dalam setiap perlakuan Syed Arman.
“Tadi I dalam rumah, I dengar suara orang berjalan kat luar rumah. Orang tu sengaja seretkan kaki dia supaya I dengar. I panik, kebetulan Teha call, itu yang I cerita kat Teha. Tak sangka you dengan Teha datang. I tak nak kacau sesiapa lepas office hour. Tak maniskan kacau orang yang nothing to do with me,” jawapan Nurlisa sedikit sayu.
Walaupun dia lega dengan kehadiran Syed Arman, tetapi dia ketakutan kerana bimbang ancaman tadi berkait dengan Syed Arman.
“Sayang, stop merajuk please. I love you, you tahu kan? Of course I akan make sure you selamat, tak kira lah apa yang perlu I buat,” Syed Arman mencium pundak tangan Nurlisa kemas, tangan kanannya membelai pipi Nurlisa lembut.
Dia sangat cintakan wanita ini, sumpah cintanya tidak boleh membuatnya tidur lena.
“Sayang nak minum apa? Abang buatkan.. coklat panas nak?,” Sekali lagi Syed Arman memeluk Nurlisa, tangannya mengosok gosok belakang Nurlisa perlahan dan Nurlisa tidak membantah setiap perlakuannya.
Syed Arman tahu Nurlisa juga cintakannya, pandangan mata Nurlisa memberi jawapan padanya.
“Abang buat air dulu… adik nak air tak?,” Syed Arman bangun dan menuju ke dapur.
“Nak jugak la abang, coklat panas,” Sharifah Teha juga bangun dan membontoti abangnya ke dapur. Dia kehairanan kerana kelihatan abangnya sudah biasa dengan rumah ini. Dan dia mengandaikan abangnya sudah biasa ke sini, cara abangnya sudah biasa di rumah Nurlisa.
Telepon bimbit Nurlisa berbunyi, tertera Haiqal di dalam talian.
“Walaikummusalam abang. Dah sampai rumah ke?,”
“Abang kat rumah Dr Malik lagi? Alhamdulilah Lisa sihat, abang sihat juga kan? ”
“Tak delah, Lisa call sebab nak ajak abang ngaji, Lisa lupa abang tak free malam ni,”
“Insyallah abang, nanti weekend Lisa gi sana, Kirim salam kat semua. Abang jangan makan kurma Lisa tu,”
“Assalamualaikum Abang, Lisa pun rindu abang juga. Nanti free kita balik kampung sama. Oklah, esok janji ngaji sama sama, nanti ajak Kak Dee sekali, ok abang, bye…,” Nurlisa memandang Syed Arman apabila mendengar bunyi bekas tin di buka.
Nurlisa pantas berlari ke dapur dan merampas bekas yang berada di tangan Syed Arman. Dia memeluk bekas aluminum itu kemas.
Syed Arman kehairanan apabila melihat perlakuan Nurlisa. Apa yang ada di dalam bekas tersebut sehinggan Nurlisa sanggup berlari kedapur.
“Apa tu sayang, sebelum ni bekas tu takde kat sini, something yang abang tak perlu tahu ke?” suara Syed Arman lembut, dia tidak mahu menambahkan ketakutan Nurlisa.
“Its ok sayang, you can have it, abang tak bukak pun, sorry sebab buka without your permission,” Syed Arman menambahkan katanya apabila melihat Nurlisa memeluk bekas itu kemas.
Sharifah Teha juga kehairanan dan memandang Nurlisa dengan penuh tanda tanya.
“Sorry, my personal stuff, later I share but not now,” Nurlisa meletakkan bekas itu kembali di dalam cabinet dapur itu dan berharap Syed Arman tidak lagi memegangnya. Dia takut untuk ke biliknya kerana dia membayangkan perkara yang bukan bukan.
“its ok sayang, later cerita kat abang ya, now sayang minum milo panas, sementara itu abang buatkan roti telur, sayang ok tak makan roti as your dinner, atau abang order online?,” Nurlisa sudah hampir hanyut ke dalam dunia silamnya apabila Syed Arman begitu prihatin kepadanya. Dia sudah hampir lemas dengan perasaannya.

“Siapa yang call sayang tadi? Abang tak suka, jangan nak manja sangat bila cakap dengan orang lain,” suara tegas Syed Arman itu tidak berbekas di telinga Nurlisa.
Syed Arman meletakkan cawan yang berisi milo panas itu di atas meja makan. Dia perlu menyiapkan makan malam untuk Nurlisa dan dia perlu beredar dan sampai di rumah sebelum waktu tengah malam.
Nurlisa memandang Syed Arman, matanya bertemu dengan Syed Arman. Nafasnya hampir sesak apabila melihat figure suaminya di hadapan matanya.
Kakinya melangkah ke arah Syed Arman, dia masih sedar dengan langkahnya, tetapi jiwanya meminta dia berbuat begitu. Jiwanya meminta dia memeluk Syed Arman, mengucapkan terimakasih di atas cintanya.
Untuk kali ini, dia tidak berdaya untuk membantah percakapan jiwanya, untuk kali ini dia harus memberi nafas kepada jiwanya.
Dengan tiada isyarat, Nurlisa memeluk Nurlisa kemas. Syed Arman tertolak kebelakang apabila terjahan daripada Nurlisa. Dengan keadaan Nurlisa yang sedikit lemah, Syed Arman tahu Nurlisa tidak memeluk dirinya.
Syed Arman memberi isyarat kepada adiknya agar berdiam diri, jangan bertindak apa apa, jangan juga bersuara.
“Abang, Sofea rindu abang. Abang tahu kan Sofea suka roti telur. Abang masih ingat coklat panas. Abang jangan pergi lagi. Sofea tak sanggup lagi tinggal jauh dengan abang,” Suara Nurlisa sungguh mengoda. Dia meletakkan dagunya dia bahu Syed Arman, kakinya terjongket ke atas kerana Syed Arman lebih tinggi darinya.
Bibirnya mencium leher Syed Arman, mengucup kemas. Untuk seketika dia rasa tenang dengan pelukan mereka. Dia juga merasa Syed Arman membalas pelukannya. Dia merasakan suaminya membalas cintanya dengan setiap perlakuan suaminya.
Demi tidak memanjangkan perlakuan, Syed Arman melonggarkan pelukan Nurlisa dan mendukung Nurlisa ke sofa dia ruang tamu yang luas itu. Dia tidak mahu Sharifah Teha salah faham dengan perlakuan Nurlisa.
“Sayang rehat sini, abang ambik tuala kat bilik, dahi sayang dah berpeluh ni,” Syed Arman beredar selepas mendudukkan Nurlisa di sofa itu.
“adik jagakan Lisa, abang ambil towel,” dan tidak sampai beberapa minit, Syed Arman datang dengan tuala basah dan menyapu lembut ke pipi Nurlisa. Dia perlu menyedarkan Nurlisa supaya Nurlisa tidak lagi membuat yang bukan bukan.
“Nanti abang explain apa yang adik tengok lagi. Adik jangan tanya Lisa ya…,” Nurlisa membuka matanya apabila merasa air di pipinya. Dia melihat Syed Arman di depannya dengan wajah yang sangat kacak. Jejaka idamanya sunguh kacak dengan hanya berbaju tidur.

“I lapar, bila boleh makan roti telur, sorry I tertidur tadi,” selepas menuturkan perkataan tertidur itu, dia kembali teringat tentang kakinya melangkah ke arah Syed Arman sebentar tadi.
“Boss, I tak buat apa apa yang pelik kat you tadi kan?,” dia memegang tangan Syed Arman sambil melirik matanya ke arah Sharifah Teha yang masih berdiri dia meja makan itu.
“Tak lah, sayang duduk sini lepas tu tertidur, abang tengok dahi sayag berpeluh, sebab itu abang lapkan dengan towel basah. Sayang stay sini, abang siapkan roti,” jejaka yang penuh rasa cinta itu meletakkan towel di dahi Nurlisa dan berlalu ke dapur.
Syed Arman mengeluh perlahan, dia serba salah untuk meninggalkan Nurlisa di rumahnya sendirian. Dia tahu, ini semua kerja Sharifah Sakinah. Dia tahu Sharifah Sakinah mampu buat lebih dari itu.
Selepas selesai di dapur, Syed Arman memandang Nurlisa yang sedari tadi tidak lepas memandang Syed Arman di dapur. Syed Arman tahu, pandangan itu penuh dengan rasa cinta.
Syed Arman pasti, cinta Nurlisa tidak akan berganjak dari dirinya.
Mereka bersama sama berada di meja makan itu tepat pukul 10.30 malam. Nurlisa makan dengan penuh selera, dan dia menghabiskan dua cawan coklat panas itu.
“Pandai abang buat roti telur, adik tak tahu pun,” Sharifah Teha juga memakan dua keping roti telur itu walaupun perutnya sudah kenyang.
“Banyak lagi yang abang pandai, tapi adik tak tahu,” balas Syed Arman sambil memandang Nurlisa dengan penuh kasih sayang.
“Sayang dah kenyang ke? Tambah lagi…,” tangannya mengambil sekeping roti telur itu dan meletakkan ke pinggan Nurlisa. Nurlisa tidak membantah, dia mengambil roti itu dan menyuap ke mulutnya.
Sharifah Teha seperti biasa sangat kehairan dengan tingkah laku Nurlisa. Dia seperti di pukau kerana sedari tadi dia hanya mengikut telunjuk abangnya.
“Lisa boleh tinggal sorang kan? Kita orang kena balik dah ni, kena sampai rumah sebelum pukul 12, I dah janji dengan Babah tadi,” Sharifah Teha berkata sambil memandang Nurlisa. Sebetulnya dia tidak sampai hati hendak meninggalkan Nurlisa sendirian di dalam keadaan Nurlisa masih terkejut dengan peristiwa tadi.
Nurlisa tidak menjawab, dia hanya berdiam diri, angguk tidak, mengeleng pun tidak.
“Sayang, boleh tak? Sayang ok kan? Abang dah check semua pintu dengan tingkap tadi. Semua dan berkunci, nanti sayang masuk bilik tidur dan then kunci bilik. Insyallah sayang selamat,” Syed Arman pula menambah kata kata adiknya tadi.
Nurlisa masih berdiam diri, dia mengangkat mukanya dan memandang anak mata Syed Arman. Sedari tadi sudah kerap Syed Arman membahasakan dirinya abang, cara sebutan abang pula sama seperti suaminya.
Sedari tadi Nurlisa menahan diri dari tembus ke dunia silamnya. Dia menyedut oksigen dengan kadar yang lebih kerap. Dia tidak mahu Sharifah Teha memandang lain dengan dirinya. Dia juga tidak mahu Sharifah Sakinah salah faham.
Biarlah Syed Arman sahaja yang mengadap sisi dirinya yang lain. Kalau pun Syed Arman tidak tahu sepenuhnya, tapi dia percaya Syed Arman cuba memahami dan tidak mengambil kesempatan atas dirinya.
“Abang, adik rasa ini kerja Sakinah, abang jangan cakap dengan dia, biar adik minta abang Adam yang cakap. Dia takut sikit dengan abang Adam. Perempuan itu memang tak tahu malu” Sharifah Teha tidak lagi berselindung apabila bercakap tentang Sharifah Sakinah di depan Nurlisa.
“Abang pun tak sangka dia boleh bertindak secepat ni, nevermind dik, abang boleh handle dia, Insyallah…adik doakan abang ya, abang boleh ingat balik then selesaikan semua ni dengan cepat. Abang pun tak sanggup lagi,” Syed Arman menjawab perlahan, nada suaranya penuh sayu
“Adik cuma tolong abang jagakan Lisa ya, itu yang abang nak minta tolong dengan adik. Yang lain abang akan handlekan,” Tangan Syed Arman mencapai tangan Nurlisa dan meramas perlahan, dia berharap agar Nurlisa boleh bersabar sedikit lagi.
“Sayang sabar sikit lagi ya, rantai tangan tadi abang letak kat meja dalam bilik sayang. Simpankan untuk abang. Abang yakin jodoh kita kuat. Dah dua malam abang mimpi sayang, sayang pegang bunga lily, senyum kat abang,” Syed Arman memeluk bahu Nurlisa kemas. Tangannya mengosok bahu Nurlisa dengan penuh kasih sayang.
Nurlisa memandang Syed Arman sambil tersenyum, tiada sepatah perkataan yang keluar dari bibirnya. Matanya kelihatan sangat jauh, seperti dia tidak berada di dalam dirinya.
“Adik boleh tolong abang ambikkan towel tadi, basahkan dulu, abang nak lap Lisa, Dahi dia berpeluh sangat ni, panas pulak tu,” tanpa menjawab, Sharifah Teha bingkas bangun dan mengikut arahan abangnya.
Tidak sampai seminit, tuala basah sudah bertukar tangan.
“Abang, janganlah balik, tidurlah sini, Sofea deman, sakit kepala, lepas tu sakit perut. Sofea nak abang jagakan Sofea. Kalau Sofea mati, macam mana? Atau abang suka kan Sofea mati, abang bebas dari Sofea,” suara manja Nurlisa kedengaran jelas di telinga Sharifah Teha, dia mengaru kepalanya.
Syed Arman memeluk Nurlisa kemas, sebak mengundang jiwanya. Dia tahu Sofea ketakutan dan tidak berada di dalam dirinya.
“Abang, Nurlisa ada dua personality ke? The way dia cakap bukan macam Nurlisa dalam meeting siang tadi,” Sharifah Teha dapat menangkap sesuatu.
Syed Arman mengangguk perlahan.
“Biar betul bang, kenapa dengan dia? Seram pulak adik… tapi adik tengok macam abang rilex jer, abang dah biasa mengadap dia sakit gini ke?,” sekali lagi Sharifah Teha bertanya.
Sekali lagi Syed Arman mengangguk, kali ini kelihatan mata Syed Arman berkaca.
“Abang rasa abang ada connection dengan dia, pertama kali jumpa pun abang dah rasa perasaan tu, abang tak tahu nak explain,” Syed Arman masih memeluk Nurlisa kemas, dia berkira kira untuk mengangkat Nurlisa ke biliknya.
“Adik rahsiakan pasal ni ya, Insyallah Nurlisa akan pulih, dia perlukan masa agaknya. Abang sayang dia dik, rasa cinta abang tu tak boleh cerita. Sarat sangat,” Syed Arman merangkul tubuh Nurlisa dan mengendongkan ke biliknya.
Dengan penuh kasih sayang, dia meletakkan Nurlisa perlahan. Tuala yang basah tadi di letakkan kembali ke dahi Nurlisa. Panas dahi itu masih terasa.
Dia menarik selimut dan menyelimut Nurlisa sehingga separas bahu. Aircond di bilik itu di aktifkan sehingga 16’c. Dia berharap Nurlisa akan tidur sehingga pagi.
Syed Arman memandang sekeliling bilik tidur Nurlisa. Suasana sudah berubah, tiada lagi cadar putih dan bunga lily. Dia seperti melihat suasana baru di bilik itu. Dan dia tidak suka dengan suasana baru itu.
Mereka berdua pulang setelah memastikan Nurlisa sudah terlena. Walaupun Syed Arman keberatan untuk pulang, Sharifah Teha memaksanya kerana kesannya akan lebih besar sekiranya Syed Arman tidak masuk ke rumah seperti yang di janjikan.
BERSAMBUNG
“ Abang tak sayang Sofea kan? Abang suka kan Sofea sakit. Kalau Sofea mati macam mana? Abang suka kan Sofea mati, abang boleh bebas dari Sofea,” muncungnya panjang sedepa apabila dia merajuj

“Dahlah Sofea sakit kepala, sakit perut, lepas tu perut Sofea lapar. Abang janji nak buat roti telur tadi, tapi abang kasi Sofea makan bubur. Sofea nak roti telur jugak. Sofea nak sekarang…,” gadis manis itu menangis apabila suaminya meninggalkannya.
“Tadi abang ada urusan kat Arau. Abang pergi tak sampai sejam pun, lepas tu sayang kan deman, kena lah makan bubur. Sekejap lagi abang masakkan roti bakar ya, sayang tak kenyang lagi ke?,” Sang suami itu mencium bibir isterinya dengan penuh cinta.
“Bibir sayang panas lagi, kita pergi klinik lah sekejap lagi. Sayang tak boleh makan Panadol jer, kena jumpa doctor,” sang suami itu meletak tangannya di dahi isterinya.
“Tak nak doctor, Sofea nak abang, abang tidur lah sebelah Sofea,” rengekkan isterinya menambahkan rasa cintanya. Dia tidak pernah menyangka dia akan jatuh cinta dengan gadis kampung yang cantik ini.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-31 14:21:04 

hi dear.bilank updTe

YAZNI-ERNIE
2020-10-30 18:01:07 

ho

YAZNI-ERNIE
2020-10-30 17:43:40 

hi dear. bila nk update lg


NovelPlus Premium

The best ads free experience