Esir : The next Tombiruo - Bab 2

Horror & Thriller Series 3041

Esir mula belajar pasal selok-belok Hutan Dan seni mempertahankan diri

Hutan Keningau

Pandalai mengejutkan Esir dari tidurnya.

"Esir , bangun , pagi sudah ini , Kita mahu berlatih lagi ini" kejut Pandalai.

"Jap tok guru , bagi Saya tidur sedikit lagi" jelas Esir sambil penglihatannya masih mamai Dan berbalam-balam.

'Huh , Sabar sajalah dengan budak ini , kalau dia macam tadi juga , aku lempar dia ke sungai Ni karang' desis hati Pandalai yang bertahan dengan sikap Dan karenah Esir yang suka melengahkan Masa. Pandalai mengejutkan Esir dari tidurnya sekali lagi. jawapan Esir masih lagi sama seperti tadi. 'budak ni memang mahu kena ' berang hati Pandalai. dengan bingkas Pandalai mengangkat Esir. Pandalai yang tengah mengangkat Esir menuruni Pokok dengan cara meloncat. Esir terjaga dari tidurnya seketika lantas menyambung kembali tidurnya. 'Siap sedialah kau Esir , aku campak kau ke sungai baru kau terjaga nanti' berang hati Pandalai semakin meluap. Pandalai meluru ke arah sungai sambil mengangkat Esir yang masih dibuai mimpi.

Pandalai mencampakkan Esir ke sungai. Esir terbangun dari tidurnya.


"Hah , tidur lagi lah , apa rasa kena campak ke sungai , seronok?" Tanya Pandalai dengan nada sedikit marah.


"huhahuh , Tok Guru Maafkan saya sebab terlalu nyenyak tidur, Saya janji Saya Tak akan buat macam Ini lagi , Mana seronok Tok Guru , tengah-tengah tidur kena campak ke sungai , nasib Tak mati lemas." rayu Esir dengan nafasnya sedikit tercungap-cungap disebabkan sedikit air masuk ke hidungnya.


"Air sungai itu Tak dalam pun , cetek pun Tak juga" jelas Pandalai.


"hah , lah , pulak , tadi Tak cakap awal-awal" penjelasan Tok Guru Pandalai yang begitu Last minute membuat Esir berasa kesal Dan keliru.


"Aku dah cakap lah tadi tu" keterangan Tok Guru Pandalai yang agak sedikit mencuit hatinya membuat Esir ketawa Tak terhenti-henti.

'Hah , kelakar sangatkah penjelasan aku sebentar tadi , sampai dia pun ketawa sambil tepuk-tepuk air , pelik juga perangai budak ini' desis hati Tok Guru Pandalai yang kehairanan dengan perangai Esir Yang kelihatan sedikit pelik itu. Pandalai menampar topeng yang menutupi muka Esir yang serupa hantu itu. tamparan Tok Guru Pandalai sedikit kuat , Esir melatah lalu membalas tamparan Tok Guru Pandalai dengan agak kuat.


PPAKK!!

Tok Guru Pandalai terpana seketika. Pandalai menyentuh pipi nya.


"kurang asam punya budak"


"Maafkan Saya Tok Guru , Saya memang pandai melatah secara tiba-tiba kalau Tok Guru tampar Saya macam tadi"

'heih , nasib kau budak-budak , kalau kau remaja , lama sudah aku terajang kau , Sabar je lah' desis hati Tok Guru Pandalai . perasaan berang mulai bertakhta dihati orang tua itu. Tok Guru Pandalai mengarahkan Esir untuk mengekorinya .

"dah , ikut aku , sekarang Masa untuk Kita berlatih kuntau (Silat Dayak)"


"Baiklah Tok Guru"

'mulai sekarang , sedikit demi sedikit aku dah faham perangai anak kau , Sunduan , aku berjanji aku Akan jadikan dia anak angkat aku , Dan aku Akan jaga dia seperti darah daging aku sendiri' desis hati Pandalai. Pandalai mengingat kembali kata-kata yang pernah diucapkan olehnya kepada mendiang Sunduan itu. Mata Pandalai mulai berkaca. Dan akhirnya air mata Pandalai akhirnya menuruni cerun-cerun pipinya. entah apa yang ditangisinya itu. 'kesian kau Esir , kecil-kecil sudah jadi yatim piatu , hidup sebatang Kara , nasib Kita sama Esir , tetapi oleh kerana aku masih Ada Sepupu Dan ibu saudara , hidupku kembali ceria , aku bersimpati padamu , nak' desis hati Pandalai dengan hatinya yang sudah ditakluki oleh perasaan sedih yang melampau. air Mata Pandalai mengalir berterusan tanpa henti.

latihan kuntau pun bermula , Pandalai membuka langkahnya dengan melepaskan satu tendangan deras. Esir menghadang tendangan Pandalai yang agak begitu padu. Esir masih berada di posisinya Dan Tidak berundur ke belakang , Esir seorang kanak-kanak yang bersifat tahan lasak walau apa pun serangan yang dilakukan oleh musuh sekali. Esir Tidak mengenali perasaan Dan perkataan sakit. baginya sakit itu Tidak wujud dalam diri Esir. 'Boleh tahan budak ni , Cuba kau tahan yang ini pulak!' desis hati Pandalai yang begitu kagum dengan sifat tahan lasak yang Ada pada diri Esir. Pandalai melepaskan tumbukan padu ke arah Esir. Esir menghadang tumbukan padu itu dengan menggenggam tangan Pandalai. Pandalai terbeliak besar. lalu Esir melepaskan genggamanya itu. kini giliran membuat serangan. tumbukan padu demi tumbukan padu Esir dapat dihadang oleh Tok Guru Pandalai dengan mudah. Esir Tidak mengenal putus asa. Esir melepaskan satu tendangan deras. Tok Guru Pandalai sekali lagi berjaya menghadang. tanpa sempat dilihat oleh Pandalai. satu tumbukan padu ditujukan ke arahnya. nasib Baiklah firasat Pandalai dapat mengesan pergerakkan Esir itu. Pandalai berjaya menggenggam lengan Esir. dengan sepantasnya Pandalai melepaskan satu tendangan deras. Esir terundur ke belakang. Esir Tidak sempat melihat pergerakkan Pandalai. kelajuan Pandalai umpama lipas kudung yang sedang melarikan diri daripada dibunuh oleh manusia. Pandalai melepaskan tumbukan sederhana padu ke muka Esir. Esir jatuh ke tanah untuk seketika. Pandalai membuat satu kuncian untuk mengekang pergerakkan Esir. Esir Tidak sempat menghadang kuncian yang dibuat oleh Pandalai. pergerakkan Esir terkunci. Pandalai mengetatkan kunciannya. Esir menjadi berang. Esir menjerit nyaring , menyebabkan satu Hutan Keningau itu bergegar. perasaan takut Dan panik mulai berteduh di hati Pandalai. kala ini jika Pandalai Tidak melepaskan kunciannya itu , maka Pandalai akan mati dihempap Pokok. Pandalai membuka kunciannya. lantas Pandalai terus memeluk Esir.


"Hentikan!!"


"Hentikan!!" pujukan oleh Pandalai sekali lagi. Esir dengan Serta-merta mendengar kata-kata Pandalai itu terus menghentikan jeritan nyaringnya. Pandalai memeluk Esir dengan erat sekali.


"Sudah Esir , Kita berhenti sampai di Sini saja"
Pandalai menangguhkan latihan kuntau untuk Esir, dalam beberapa Hari latihan kuntau untuk Esir disambung semula. Serangan Pandalai yang bertubi-tubi Dan sepantas lipas kudung , memaksa Esir untuk menghadang Dan bergerak lebih pantas daripada pergerakkan Pandalai. dalam hati Dan dalam diam Pandalai sudah berjaya membuat Dan melatih diri Esir sebagai pahlawan yang Akan melindungi Hutan Keningau itu. Hari Demi Hari , semakin ketara peningkatan kekuatan Esir dalam seni mempertahankan diri. Pandalai menyedari peningkatan yang mendadak pada diri Esir itu. Pandalai berasa bangga Dan kagum dengan diri Esir yang semakin gagah Dan bersedia untuk melawan musuh walau apa keadaan sekali pun. kini giliran Esir pula yang membuat serangan. kepantasan dibalas kepantasan. Esir menyerang Pandalai secara bertubi-tubi Dan bertali arus. setiap tumbukan yang dilakukan oleh Esir , Ada yang mengenai bahagian perut Pandalai , Dan Ada juga tumbukan Yang dilakukan oleh Esir itu tersasar daripada sasaran nya itu. Pandalai Tidak kurangnya juga. Pandalai pantas menghadang Dan mengelak setiap serangan Esir yang merbahaya sedikit itu. Pandalai juga dapat mengekang Dan mengunci tangan kanan Dan menyangkal kaki Kiri Esir itu. Esir berusah melepaskan diri , Esir memusingkan badannya. lalu Esir menyangkal kaki kiri Pandalai. Esir memasukkan kaki kanannya di belakang kaki Kiri Pandalai. lalu Esir menghempaskan badan Pandalai ke tanah. disini Pandalai sudah tersilap langkah. Pandalai yang Tidak menyedari , Esir sudah pun memasang sasaran nya. Esir membuat tendangan padu ke kaki kanan Pandalai , tendangan yang dilakukan oleh Esir itu menyebabkan Pandalai tersungkur jatuh ke tanah. Esir mengangkat semula Pandalai. Esir risau dengan tindakannya itu Akan mencederakan Bapa angkatnya itu. Serta-merta Esir mengambil fasal Pandalai yang tersungkur jatuh sebentar tadi.


"Bapa , okey kah?"


"Ouh , panakai jugak (Ya , tiada apa-apa jugak)"


" Huh , nasib Baiklah" lega Esir mendengarnya


"Nokuro? (kenapa ni?)"


"Panakai , Tanya saja , Esir takut yang Esir kasi cedera Bapa (Tiada apa-apa, Tanya sahaja , Esir takut yang Esir kasih cederakan Bapa)" Risau Esir fasal serangan yang dibuai olehnya tadi.


"Bapa okey ja , jangan Risau"


"Esir?" Pandalai memanggil Esir

Esir mengalihkan pandangannya tepat ke wajah Bapa angkatnya itu.


"Esir , kau semakin membesar , nak"


"nanti bila kau jadi raja di Hutan Keningau ini, lindungilah Hutan ini seperti nyawamu sendiri"

Esir hanya mengangguk perlahan. Pandalai merenung wajah anak angkatnya itu yang berselindung di sebalik topeng yang dibuat olehnya sendiri. 'Aku harap kau menjadi pahlawan yang gagah nak' desis hati Pandalai.


"Eh jomlah Esir , Kita masuk rumah dulu"


"Baiklah Bapa"

Esir Dan Pandalai memanjat akar pokok Ara yang tergantung itu. maklumlah rumah Pokok si Pandalai itu di atas pokok Ara. jadi kenalah panjat guna akar pokok Ara itu.
______________________________________________________________________________

Esir nyenyak di dalam tidur petangnya. Lena dibuai Dan diulit mimpi. tiba-tiba Sahaja Esir mengigau.


"Di Mana sia?"


"hoi Ada tulun kah? (Hoi Ada orang ke?)"


"hoi!!"

latar belakang Esir hanya berlatarkan warna hijau. Esir menoleh ke semua sudut. Esir mulai gelisah dan keresahan. Tiba-tiba satu tembakan mengenai kaki Esir. Esir meraung kesakitan. seseorang muncul di dalam mimpi Esir , dia ialah Tauke Foo. Esir Terperanjat lalu berundur ke belakang dengan pantas. Tauke Foo tersenyum sinis. Esir tersungkur duduk.


"kau Tidak Akan dapat pergi ke Mana-mana"


"Kada , jangan apa-apakan aku (jangan , jangan apa-apakan aku)"


"kau ingat kau Akan terlepas begitu Sahaja , Hahahaha"


"Kada!! (jangan!!)"

Tauke Foo tersenyum jahat lalu mengacukan pistolnya tepat ke wajah Esir. baru Sahaja Tauke Foo ingin menekan picu pistol tersebut. terlihat kelibat seseorang lelaki melepaskan tendangan flying kick. flying kick tersebut tepat mengenai kepala Tauke Foo. Tauke Foo dengan automatiknya jatuh ke akibat Flying kick yang dibuat oleh lelaki tadi. Tauke Foo berjaya berdiri kembali , tetapi penglihatannya masih berbalam-balam. Tauke Foo menggeleng-gelengkan kepalanya untuk membetulkan penglihatannya itu. penglihatan Tauke Foo kembali jelas Dan terang. Tauke Foo tersentak , bukan setakat itu Sahaja , malah lebih Terperanjat. terbeliak mata Tauke Foo . kelibat lelaki yang dilihat Tauke Foo itu sangat dikenali, dia ialah Roh mendiang Sunduan. Tauke Foo mendengus geram , perasaan marahnya sangat kelihatan. lalu mengacukan pistolnya tepat ke wajah Esir. belum sempat menyentuh picu pistolnya , Tangan Tauke Foo ditendang deras oleh Roh mendiang Sunduan. pistol terlepas dari genggaman Tauke Foo , sekali lagi. Tauke Foo mengerang kesakitan yang teramat. lalu memegang pergelangan tangannya yang sakit itu sebentar tadi. Tauke Foo Tidak dapat membalas serangan Roh mendiang Sunduan itu. Roh mendiang Sunduan duduk di dada Tauke Foo , Roh mendiang Sunduan menumbuk sepuas-puasnya wajah Tauke Foo yang dibencinya itu. muka Tauke Foo penuh dengan darah sehingga Tidak menampakkan wajahnya yang sebenar. Tauke Foo menggerakkan tangannya yang lemah Dan longlai itu. sementara itu , Roh mendiang Sunduan masih lagi menumbuk wajah Tauke , tetapi Roh mendiang Sunduan Tidak menyedari yang sebenarnya Tauke Foo sudah memegang sepucuk pistol. Tauke mengacukan pistolnya tepat ke wajah Esir. Tauke menekan picu pistolnya itu. sebutir peluru pistolnya yang baru diledakkan telah menembusi perut Esir. Esir sakit berkata lalu memandang ke arah perutnya yang baru sahaja ditembusi peluru. Roh mendiang Sunduan menoleh ke belakang. Esir sudah pun terbaring Kaku , Tidak bergerak lagi. Roh mendiang Sunduan menjerit nama Esir.


"ESIR!!!"

Esir terbangun dari tidurnya. Esir diambang ketakutan. Esir memandang Dan menyentuh perutnya. perutnya Tidak berlubang. Esir memandang Dan menyentuh betis kakinya. kakinya Tidak berlubang. Esir berasa lega. kerana itu cuma mimpi Sahaja.


"huh , Nasib baik mimpi Sahaja"


"tapi bagaimana kalau mimp itu betul-betul terjadi?"


"tentu Saya dalam dalam pergelutan itu"

Esir bingkas berdiri kembali Dari duduknya. Esir mencari Pandalai lalu menceritakan semua apa Yang berlaku di dalam mimpinya sebentar tadi. sungguh , bagi Esir mimpi yang menimpanya tadi memang mimpi ngeri. Esir Tidak sanggup untuk menyambung kembali tidurnya. Esir takut yang dia Akan bermimpi semula pasal perkara itu sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience