Esir : the next Tombiruo - Bab 1

Horror & Thriller Series 3041

Pandalai mendidik Esir

Hutan Keningau , sungai , Dan rumah pokok Pandalai

Pandalai bermimpi tentang Esir.


"Esir!!"Pandalai terjaga dari tidurnya. dia segera mengusap mukanya yang Kian berpeluh akibat daripada mimpi sebentar tadi. "Pandalai" satu suara memanggil lelaki itu yang sudah terjaga dari tidurnya.

Pandalai terkejut dan tersentak.


"Sunduan?" nada suara Pandalai begitu suspen , tertanya Dan masih ragu-ragu.


"ya , Sia (ya , Saya)"


"bukankah ko sudah mati (bukankah awak sudah mati?" Pandalai masih keliru


"ya , memang sia sudah minatai (ya , Saya sudah mati)"

"habis tu , sepa ko ni? (habis itu , siapa awak ni?)"Pandalai masih bertanya.


"Sunduan oku atod (Saya roh Sunduan)" jawab roh itu


"apa hajat ko datang ke Sini ? (apa hajat awak datang ke Sini)"Pandalai bertanya lagi.


" sia datang ke Sini untuk meminta ko untuk mengajarkan Esir seni mempertahankan diri Dan ilmu tentang selok belok Hutan Keningau (Saya datang kemari untuk meminta awak untuk mengajarkan Esir seni mempertahankan diri Dan ilmu tentang selok belok Hutan Keningau)" jelas roh Sunduan.


"kalau begitu" belum sempat Pandalai memberikan jawapan untuk menyetujui permintaan roh Sunduan itu , tiba-tiba roh Sunduan membesarkan matanya lalu menuding jari telunjuknya ke arah penjahat yang jelas telah berada di hadapan pintu rumah Pandalai yang terbuka luas.


"Nokuro?(kenapa ni?)"Tanya Pandalai , tanpa berlengah terus Pandalai menoleh ke hadapan. terkejut bukan kepalang. penjahat itu telah mengacukan sepucuk pistol ke arah Pandalai , belum sempat untuk Pandalai bertindak dari duduknya . peluru terus diledakkan Dan menujah dahi pandalai. dahi pandalai berlubang Dan berdarah . Pandalai rebah dari duduknya badannya terlunjur kaku , kudratnya terlucut. Pandalai terbaring. suaranya berada di hujung rangkungan seolah-olah mengeluarkan suara seperti lembu yang sudah mati disembelih.Pandalai mati dengan Mata yang terbeliak.


Pandalai terjaga sekali lagi dari mimpi yang mengerikan itu.

"Hah , huh semangat" kerisauan mulai hadir dihati Pandalai

Roh Sunduan telah pun muncul memanggil nama lelaki itu.

"Pandalai"

"Roh Sunduan"dengan bingkas Pandalai meneka

Roh Sunduan mengangguk perlahan.
baru Sahaja Roh Sunduan ingin memberitahukan permintaanya itu , dengan bingkas Pandalai mencelah.

"sia sudah tahu apa permintaan ko (Saya sudah tahu apa permintaan awak)"

Roh Sunduan tersentak. begitu pantas firasat Pandalai. seolah-olah Pandalai membaca isi hatinya.

"Sia kena selamatkan Esir , dia dalam bahaya"

"Baiklah Pandalai , pigilah (Baiklah Pandalai , Pergilah)" Roh Sunduan membenarkannya.

Pandalai dengan bingkas bangun dari perbaringannya lalu menggapai bajunya.perasaan risau dan resah mulai bermaharajalela di hati Pandalai. 'Esir , Sia akan selamatkan ko (Esir , Saya Akan selamatkan awak)' desis hati Pandalai. Pandalai dengan Pantas meloncat ke bawah dari pokoknya itu.

Pandalai berlari dengan pantas

______________________________________________________________________________

Esir kelihatan semakin dalam meredah Hutan Keningau. masa demi Masa , saat demi saat , detik demi detik , Malam semakin gelap , hanya cahaya bulan sahaja yang mampu menerangi Hutan Keningau itu .

"Huh , buli tahan panat jugak (Huh , Boleh tahan penat juga)"

Esir duduk untuk sementara waktu dengan berbekalkan air minum Sahaja Dan sebiji Ubi kayu yang sudah direbus. sebaik sahaja Esir tengah duduk berehat. tiba-tiba satu das tembakkan dilepaskan ke arah Esir. Malangnya , sebutir peluru yang diledakkan sebentar tadi tersasar ke arah pokok. Esir terkejut lalu menoleh ke belakang. Esir terkejut bukan kepalang . Esir dengan Serta-merta berdiri dari duduknya , Esir dengan bingkasnya satu larian pecut. Tauke Foo Dan konco-konconya berpecah untuk menghalang Esir daripada melepaskan diri.

"Jangan kasih lepas itu budak!!" jerkah Tauke Foo kepada konco-konconya yang sedang melepaskan tembakan ke arah Esir sambil berlari.

tembakan demi tembakan , Tidak dapat mengenai Esir yang sedang berlari dengan begitu Pantas, sering saja tersasar , halangan demi halangan yang dibuat oleh konco Tauke Foo sering saja dapat dilepasi oleh Esir. kemarahan Tauke Foo Kian meluap-luap . peluru pistolnya telahpun habis.

"Tidak apa , aku masih Ada pisau Rambo"

larian Pandalai semakin kencang , Pandalai terus fokus ke hadapan untuk mencari kelibat Esir, Pandalai dengan bingkasnya memberhentikan larian secara mengejut. Pandalai ternampak sekumpulan penjahat membuat bulatan Dan mengerumuni Esir. Salah satu daripada penjahat itu tentulah Tauke Foo.

"Mana sekarang awak nak lari"sinis Tauke Foo

Esir begitu gelisah Dan ketakutan menguasai dirinya sekarang ini.

"tolong lepaskan Saya Tauke Foo"rayuan Esir yang mendayu-dayu

"awak ingat senang-senang Saya nak lepaskan awak , budak kecil? ,hahahaha"ugut Tauke Foo dengan sinis sekali.

Pandalai melihat Esir yang sudah dikepung sambil bersembunyi dibelakang pokok , Esir hanya mampu menangis sepuas-puasnya.

'Belum masanya lagi Pandalai , tunggu waktu yang sesuai untuk lepaskan si Esir itu' desis hati Pandalai. Tauke Foo memang seorang yang tamak Dan zalim . bagi Tauke Foo duit itu Memang penting tapi dia Tak tahu bahawa betapa ramai yang mati akibat berpunca daripada sifat zalim Dan ketamakannya itu.

Pandalai bersembunyi sambil bersilih ganti menukar tempat persembunyiannya. sekejap ke Sini , sekejap ke sana , macam James bond , kehadiran Pandalai yang berada disitu memang Tidak dapat disedari walau satu orang penjahat pun . Pandalai memang pakar pasal Bab perisikan , penyamaran , persembunyiannya Dan lagi-lagi seni mempertahankan diri , mamang takyah cakaplah .

Pandalai tersentak akibat tindakan Tauke Foo yang telah meletakkan sebilah pisau Rambo pada leher Esir . Pandalai sudah memahami Dan memang tahu apa yang akan terjadi selepas itu . jadi Pandalai berfikir sejenak Dan membuat keputusan , 'Hah Pisau Rambo , Huisy tajam tu !! , Jap hati biar aku berfikir dahulu' , beberapa minit kemudian Pandalai telahpun mendapat idea.

"bagus aku lempar Batu bertubi-tubi dari arah kanan , Dan aku bersembunyi , selang selepas itu, satu persatu orang si Foo kok kiong aku kerjakan , tapi kena menyamar , jadi siapa eh?? , ahah , aku kena jadi Ejim , aku memang simpan parang si Ejim , aku kena patah balik ke rumah aku , tapi yang bakal Tombiruo keningau tu si Esir , takpelah aku guna sekejap je , pastu aku bagi lah Esir, tapi aku kena hati-hati , sebab ini pasal hidup Dan mati Esir , apa lagi eh aku guna selamatkan Esir , ahah , aku akan guna sumpit pemengsan , Akan sumpit setiap dari mereka kat belakang pastu , aku Akan belakang badan Bos dorang , pintar juga aku ni ya , walaupun dah tua , hehehehe" Pandalai berkata-kata dengan dirinya sambil memuji kebijakan yang Ada pada dirinya.

Pandalai berpatah balik kembali ke Rumah pokok dia demi untuk mencari sumpit pemengsan yang pernah diberikan Pondolou , abang sepupunya itu . selang beberapa minit kemudian , Pandalai Kembali ke tempat persembunyiannya tadi , dengan berbekalkan sebatang pistol sumpit dengan beberapa batang peluru pemengsan , Pandalai dengan yakin akan memengsankan mereka satu demi satu.

Pandalai menjenguk kembali tempat di Mana Esir dikepung itu , mereka Dan Esir masih lagi berada di Sana . sakit hati Pandalai kerana Esir dikepung sebegitu , walhal Esir seorang budak kecil yang Tidak pernah membuat Salah kepada mereka. tergamak!! , tanpa berlengah Pandalai terus melepaskan peluru sumpit . satu demi satu pengsan diulit mimpi seketika . manakala Tauke Foo dikuasai oleh sifat kehairanan Dan ingin tahu siapa menyerang mereka. tiba-tiba perasaan takut mulai bermaharajalela di hati Tauke Foo.

"keras tempat ini"nada suara ketakutan Tauke Foo terdengar jelas pada telinga Esir.


'hehe , siapa suruh awak , culik lagi bakal Tombiruo keningau ni , padan muka' desis hati Esir.

Tidak semena-menanya Tauke Foo pengsan secara mengejut , genggaman pisau Rambo yang Ada pada tangannya sebentar tadi terlepas , akal fikiran Dan hati Esir dikuasai Tanda Tanya . 'siapa gerangan yang datang tolong aku ni' desis hati Esir , terlihat pada belakang Tauke Foo sebutir peluru berwarna hijau terpacak. 'eh ini kan , peluru sumpit pemengsan , mesti Ada orang yang tolong aku ni' desis hati Esir sekali lagi .

dibalik belukar , terloncat keluar seorang lelaki tua yang berambut belah tengah dengan berpakaian tentera di hadapan mata Esir.

"I..Isai ngaran nu ? (S..Siapa nama awak)"

"Ngaran ku Pandalai (Nama Saya Pandalai)"

" Nunu ! Pandalai , Sia ndak Salah dengar bah kan ? ( apa ! Pandalai , Saya Tak silap dengar kan ? )" Esir ingin mendapatkan kepastian sekali lagi.

"Amu , ko memang ndak Salah dengar (Tidak , awak memang Tak silap dengar)"jawapan dari Pandalai itu membuatkan hati Esir diulit dengan rasa gembira yang Tak terkata , Esir melompat kegirangan ketika mendengarkan penjelasan Pandalai.

"ikut Sia muli , Sia bawa ko pigi rumah Sia , alang-alang tinggal terus di rumah Sia (Ikut Saya pulang , Saya bawa awak pergi rumah Saya , alang-alang tinggal terus di rumah Saya)"

Esir hanya menuruti kemahuan Dan kehendak Pandalai , Pandalai tersenyum lebar kerana Esir ialah seorang kanak-kanak yang mampu Dan seorang menuruti kata-kata orang tua , dia gembira kerana telah dia diamanahkan oleh suara hutan Dan Roh Sunduan untuk menjaga Esir seperti anak kandungnya sendiri , mengajar , Dan mengasuh Esir sehingga Esir melonjak dewasa. bagi Pandalai , kanak-kanak ialah satu masalah baginya , antara sebab Pandalai Tidak menyukai kanak-kanak ialah disebabkan oleh sifat cerewet , kuat memilih , melawan Dan meninggikan suara kepada orang tua , Dan keras kepala , tetapi Tidak bagi kanak-kanak seperti Esir ini , Esir ialah seorang kanak-kanak yang mudah menuruti apa Sahaja kehendak dan kemahuan orang tua , Tidak cerewet , Tidak kuat memilih , Tidak melawan Dan meninggikan suara kepada orang tua dan Esir bukanlah seorang kanak-kanak yang keras kepala. sifat Esir menyebabkan Pandalai berubah fikiran daripada Tidak ingin menjaga Esir kepada ingin menjaga Dan mengasuh Esir. Pandalai bermurah hati Dan ikhlas untuk menjaga Dan mengasuh Esir , Itulah janjinya kepada Roh Sunduan.

______________________________________________________________________________

Rumah Pokok Pandalai

Esir memecahkan kesunyian dengan memulakan satu pertanyaan.
"Tok Guru , satu orang ja kah tok Guru tinggal di sini"

"Ouh , satu urang ja Sia di sini (Ya , satu orang je Saya Kat sini)" jelas Pandalai yang menjawab pertanyaan Esir.


"mesti sunyi kan"tambah Esir lagi.

'banyak Tanya lah budak ni , kalau Sia Tanya pasal perangai si Esir sama si mendiang Sunduan awal-awal , kompem indak sia bawa dia tinggal di sini , sudahlah Sia ndak suka budak , sabab banyak Tanya (banyak Tanya pula budak ni , kalau Saya Tanya fasal si Esir dengan si mendiang Sunduan awal-awal , confirm Taklah Saya bawa dia tinggal Kat sini , sudahlah Saya Tak suka budak-budak , sebab banyak Tanya betul)' desis hati Pandalai yang sedikit tertekan dengan sifat Esir yang suka banyak Bertanya . almaklumlah budak-budak kan. Sifat Pandalai sama sekali Tidak sama dengan sifat abang sepupunya Pondolou , yang lebih sukakan budak-budak berbanding diri Pandalai yang akan rimas jika budak-budak tinggal bersamanya.


"mestilah sunyi , tak akanlah bising pula"jawab Pandalai .

tetapi oleh kerana sifat Esir lebih berbeza Dan lain daripada yang lain menyebabkan Pandalai ingin menyahut amanah yang disampaikan oleh mendiang sahabatnya itu , Sunduan. daripada Tidak suka kanak-kanak kepada suka Dan sayangkan kanak-kanak , Esir berjaya membuat Pandalai menjadi seorang guru Dan bapa mithali.


"Esir , Nokoakan ko noh ? (Esir , awak sudah makan ?)"


" belum "


"Kanou makan tokou , makan Ubi kayu Kita (Mari kita makan , makan Ubi kayu Kita)"Pandalai mengajak Esir makan.


"ndakpalah tok guru , sia sudah makan (takpelah Tok Guru , Saya dah makan)"

tiba-tiba perut Esir berkeroncong Tidak tentu pasal . "eh kata sudah makan , kenapa perut ko berkeruncung (eh kata dah makan , kenapa perut Awak berkeroncong)" firasat Pandalai dapat meneka keadaan Esir yang lapar Tak tentu pasal.


"sebenarnya Saya belum makan" jawab Esir dengan nada tersengih-sengih

Pandalai menepuk dahinya kerana terkejut dengan kenyataan Esir sebentar tadi . dengan Serta-merta Pandalai pengsan. Esir terkejut lalu meluru ke arah Pandalai yang tengah pengsan.


"eh , kenapa Tok Guru pengsan pula" perasaan risau bergelumang di hati Esir.
Esir memandang pada mangkuk timah Pandalai. alangkah terkejutnya Esir bukan kepalang , apabila melihat Ubi kayu yang dimakan pandalai sebentar tadi telah habis dimakan , begitu cepat Pandalai menghabiskan Ubi kayu itu , hehehe.


"Habis ? , apa aku nak makan , salah aku juga , sebab tolak ajakan Tok Guru tadi , Esir , Esir" Esir merungut Dan menyalahkan dirinya sendiri. Esir pun turut pengsan sekali , hahaha.


"haih , tibalah masanya untuk Saya tidur , esok berlatih dengan Tok Guru , kena bangun awal , kalau aku bangun lambat esok , aku kena jalan itik sampai ke tengah Hutan , Tak ke niaya nya."

Esir dengan bingkas membaringkan diri Dan melelapkan matanya. Esir tertidur nyenyak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience