Safiyya's P.O.V
"nenek... Bagi Piya tumpang rumah nenek kan?"
"boleh, Piya. Pintu rumah nenek sentiasa terbuka untuk Piya. Kalau ibu dengan adik-beradik Piya tak boleh terima Piya, nenek ada. Datang aja jumpa nenek."
"okay, nek. Terima kasih sebab faham Piya. Sebabtulah.. Piya sayang sangat dekat nenek... Nenek je yang tahu apa yang Piya rasa sekarang."
"Piya cucu nenek. Mestilah nenek faham Piya."
"Insya Allah, malam ni Piya sampai runah nenek. Nenek tunggu Piya, eh? Doakan semoga Piya selamat sampai rumah nenek."
"Insya Allah. Nenek doakan."
"Assalamualaikum, nek."
"Waalaikumussalam."
Selepas meluahkan segala kebenaran pada nenek, aku melepaskan tekanan perasaan aku melalui tangisan pula. Di pantai berdekatan sekolah menengah aku.
Di sekolah tersebut aku mengenali dua orang insan ini. Amirul Mukminin dan Arman Malik. Keduanya lelaki yang aku pernah cintai ketika aku masih di bangku pelajaran menengah.
Lelaki yang segak, kemas, bergaya, bijak dalam hampir kesemua subjek. Seorang yang sanggup mengorbankan kokurikulum demi akademik dan momentumnya sebagai pelajar bijak dan genius. Nama diberi, Arman Malik. Di dalam kelas aku, tiada seorang pelajar lelaki pun yang setanding dirinya, lebih-lebih lagi dalam subjek matematik. Kawan baiknya sendiri tidak mampu menandingi kebijaksanaannya.
Tetapi, itu semua dulu. Malik dah banyak berubah. Sejak dia mengambil alih jawatan bapanya yang merupakan seorang pengurus dan pemegang saham terbesar sebuah hotel mewah, dia mula dibutai nikmat dunia yang baginya seperti tiada penghujung. Banyak kisah yang didengarkan dari mulut kawan-kawan aku menceritakan bahawa dia sering pergi ke kelab malam dan mencari perempuan simpanan untuk memuaskan nafsu.
Aku tidak mampu memberi kesahihan kepada diri aku sendiri tentang kisah tersebut. Barangkali, ia hanya cerita rekaan semata-mata. Sekadar untuk memburukkan nama Malik sahaja, lebih-lebih lagi dia usahawan yang berjaya walaupun hanya menyambung usaha dan amanat bapanya. Aku sentiasa fikirkan perkara yang baik-baik aja tentang Malik sehinggalah kebenarannya terserlah dan terkena kepada diri aku sendiri. Ketika itu, baru aku sedar bahawa apa yang diceritakan oleh mereka adalah benar.
Kenapa aku tak percayakan kata-kata kawan-kawan aku dari awal? Kenapa aku bersangka baik pada Malik? Sebabnya hanya satu. Aku cintakan dia. Sejak sekolah menengah. Dia cinta pertama aku. Bila aku dapat tahu yang cinta pertama aku menerima aku dalam hidupnya setelah bertahun-tahun menunggu, sanggupkah aku menolaknya? Tentu sekali tidak.
Aku dibutakan dengan cintanya sehingga aku tidak sedar ada cinta yang lebih baik. Tapi, aku tinggalkannya dan bersikap pentingkan diri. Aku lebih tertarik kepada si dia yang hanya menunggu masa untuk merosakkan harga diri aku berbanding si dia yang menyayangi aku malah menerima kekurangan diri aku.
Amirul Mukminin. Juga lelaki yang pernah aku cintai seperti Malik. Dia baik, perwatakannya hampir sama dengan Malik. Kawan baiknya sejak menetap di Asrama Putera semasa di sekolah menengah. Memegang jawatan sebagai pengawas dan Ketua Asrama. Mukmin nama panggilannnya. Pemain bola tampar tersohor sejak di bangku sekolah dan sehingga kini, merupakan jurulatih bola tampar untuk wakil sekolah menengah lama kami. Dia juga guru Bahasa Melayu tingkatan tiga dan empat.
Aku yakin. Di sekolah tersebut, pasti ramai yang menyukai Mukmin. Mana tidaknya? Dia peramah, kelakar, sempoi dan apa saja yang dilakukannya tidak pernah mengecewakan. Sepertinya, dia tiada seorang musuh pun dalam dunia ni.
Bodohnya aku melepaskan cintanya dan memilih cinta palsu Malik. Kerana itu, aku telah dibuang dari keluarga aku sendiri. Ibu tak akan terima anak luar nikah ini sebagai cucunya dan tak akan ada seorang lelaki pun yang sanggup berkahwin dengan aku sekiranya mengetahui keadaan aku yang seperti ini.
Andai ada sekalipun, sudah tentu aku tidak akan menerima mereka juga. Aku tidak mahu ada mana-mana lelaki yang secara butanya digelar pak sanggup kerana aku.
Aku tiada sesiapa sekarang, selain nenek dan Dia yang Maha Esa, Maha Mengetahui. Nenek lebih memahami perkara yang terjadi kepada aku berbanding ibu. Memang layak pun Along dan Angah menggelar aku sebagai cucu manja nenek kerana hanya nenek yang tahu bagaimana cara untuk memujuk aku dan jiwa aku.
Selepas ini, aku akan bawa diri ke rumah nenek. Aku tak akan kembali lagi ke tempat asal aku. Aku akan menetap bersama nenek buat selamanya. Kalau semua orang tak nak terima aku, aku hanya akan duduk bersama orang yang terima dan memahami aku sahaja.
Selamat tinggal ibu, abang long, abang ngah.. Mukmin. Piya tak akan balik sini lagi. Piya akan pergi dan tak akan ganggu hidup korang lagi. Piya janji.
"Piya..."
Aku menoleh dan aku terkejut. Macam mana dia tahu aku ada dekat sini?
Share this novel