Bab 38

Romance Completed 1263875

Suasana di dalam bilik meeting di restaurant itu sangat tegang. Tiada yang bercakap, sunyi dan sepi.
Selepas Danish dan Nurlisa keluar daripada bilik itu, kelihatan Syed Arman melepaskan tangan Sharifah Sakinah dengan kasar. Dia menjarakkan kedudukannya dengan Sharifah Sakinah.
Dia meraup mukanya berkali kali, jelas kelihatan dia buntu dengan apa yang berlaku.
“Kinah, I tak nak cakap kasar dengan you. I betul betul tengah tahan sabar I ni,” suara Syed Arman mendadak berubah sangat sayu
“I tak tahu apa janji you pada umi I, sebab bila I dengan umi, selama 4 tahun ni, not even one word yang keluar dari mulut umi. Not only me, but Babah, Adam dan Teha juga Umi tak bercakap. I tak sure how your communication with umi” suara Syed Adam masih sebak dan sedikit gementar
“I tak nak jadi anak derhaka, sebab I takde umi lain, itu the only umi I have. But boleh tak you jangan ambil kesempatan atas I, sebab I tak ingat kisah I dulu,”
“You refer back to our discussion that day. Apa yang I cakap dan janji that day, I masih pegang, takde satu pun yang I mungkiri,” perkataan “that day” itu Syed Arman tekankan.
“Kinah, kalau you kata you tak bodoh, I pun tak bodoh juga. Me and Teha datang sini for meeting. You ada nampak I buat something yang bukan regards to meeting?,” Syed Arman berjalan mundar mandir di dalam bilik itu.
Kelihatan Sharifah Sakinah menundukkan wajahnya. Dia tidak menjawab atau membalas apa apa perkataan yang keluar dari mulut Syed Arman.
Dia hanya mendiamkan diri.
“You sangat bertuah sebab umi nak bercakap dengan you, you boleh dengar suara umi. Kami ni teringin sangat nak dengar, nak dengar umi marah, umi membebel. Kalau boleh tolonglah jangan ambik kesempatan atas i. Jangan sebab I tak boleh lawan cakap umi, you mention macam macam on behalf umi. Jangan jadi zalim Sakinah,” Suara Syed Adam sudah seperti teresak esak. Dia sudah tidak mampu menahan sedihnya.
“Back to our discussion that day, you not supposed duduk kat rumah tu 24/7 kan? Babah tak selesa, Adam tak selesa dan Teha juga. You tak respect langsung orang dalam rumah tu, you pakai seksi, you arahkan Mak Leha macam orang gaji. You tak solat, you pasang TV kuat masa semua orang tengah solat. Come on Sakinah,” Sharifah Teha sudah memegang tangan abangnya, memberi kekuatan pada abangnya.
“You datang office I, pakai seksi, tunjuk badan you kat staff I, peluk and kiss me tak usah cakapkan. I tak nak nanti staff I akan pandang something kat i. Itu tempat I cari rezeki, tempat kedua Babah selepas rumah, tempat Adam juga. You tak pernah nak respect orang lain. You dah lain Sakinah,” Syed Adam sudah kelihatan sangat terusik dengan semua kejadian
“Sementara I masih baik, please refer back to our discussion. We still have 6 months kan? I record all our conversation sebab bukan I nak kenakan you, sebab I takut I lupa. I follow thru one by one, semua yang I cakap, and you word also. Please Sakinah, go back. Please go sementara I boleh cakap baik baik,” Suaranya kali ini sudah sampai ke level yang paling perlahan.
“Please Sakinah,” Sharifah Teha masih menenangkan abangnya. Mengosok gosok belakang abangnya perlahan.
“I nak pesan you satu benda, tolong behave depan Endah Holdings staff. If memory served me right, you takde saham langsung, and if you nak enter the building, you need to get permission. Starting from tomorrow, I akan inform Ameena to inform security on this. This is my first move, selepas you langgar janji kita,” suara Syed Adam kembali tegas. Dia seperti mendapat kekuatan.
“You jangan sombong sangat Arman. You buat macam I terhegeh hegeh kat you. You akan tengok my first move pulak. Lets see siapa yang paling banyak move,” Sharifah Sakinah bangun daripada kerusinya dan membuka pintu untuk beredar.
“Cakap dengan staff you yang perasan sopan tu, jangan nak rasa hebat sangat,” suara itu pergi bersama orangnya sekali.
Syed Arman terduduk di kerusi. Dia kembali meraupkan wajahnya.
Dia berteleku selama beberapa minit. Dia memberi ruang kepada dirinya untuk bertenang. Dia melihat jam tangannya, menunjukkan pukul 1.05 tengahari.
“Mana Nurlisa?,” Syed Arman terbangun apabila teringat Nurlisa. Dia terus mencapai pintu bilik meeting restaurant tu.
Di luar kelihatan Danish menaip sesuatu dia handphonenya. Makanan juga sudah tersedia di luar bilik meeting.
Sharifah Teha mengikuti Syed Arman keluar, menjenguk ke luar. Dia juga baru teringat tentang Danish dan Nurlisa.
“Danish, where’s Nurlisa?” Syed Arman memegang bahu Danish yang kelihatan sangat ralit dengan teleponnya.
Syed Arman memandang sekeliling, tidak kelihatan Nurlisa.
Dia mendail number Nurlisa, masuk ke peti suara.
“Cik Lisa kata nak ambik angin kat luar, pukul 2 nanti dia datang for meeting,” Danish menjawab bersahaja, kerana itu yang diberitahu Nurlisa.
“Abang dah called, masuk voicemail, tapi abang tak sedap hati la dik, sebab tadi abang nampak dia terkejut tengok Kinah,” Syed Arman memandang adiknya, meminta simpati.
“Gini abang, restaurant ni kecil jer, adik pergi car ikat surau, abang gi cari kat parking kereta, tengok kereta dia ada tak, parking dia pun tak luas, senang nak cari. Danish stay sini, kalau Lisa balik, text me,” Sharifah Teha seolah tahu gelisah abangnya.
“Kalau kereta takde, kat surau pun takde, kita tunggu pukul 2 lah, masalahnya abang kenal kereta Lisa?, “ soalan adiknya di jawab dengan gelengan oleh Syed Arman. Dia tidak pernah melihat kereta Nurlisa kerana Nurlisa selalu berjalan kaki ke office.

Dan Sharifah Teha berkata lagi..
“Abang, adik rasa tak perlu lah cari, maybe Nurlisa nak alone, kita tunggu pukul 2pm lah,” Sharifah Teha tidak tahu apa sebenar hubungan Nurlisa dengan abangnya, tetapi dia dapat melihat sinar mata mata abangnya apabila memandang Nurlisa.
Selama ini, abangnya tidak pernah terbuka dengan perempuan, kelihatan abangnya sangat mendambakan perhatian Nurlisa. Jelas kelihatan semasa mereka meeting tadi, sampaikan air mineral Nurlisa habis pun, dia minta pelayan restoran tambahkan.
Syed Arman juga meminta tisu untuk Nurlisa apabila coffee terkena jari Nurlisa. Sharifah Teha melihat dengan jelas perubahan abangnya.
Sharifah Teha memegang tangan abangnya. Dia seperti memahami Nurlisa, di dalam situasi di perli oleh Sharifah Sakinah di hadapan orang lain, pasti dia perlukan masa untuk sendiri, tenangkan fikirannya.
“Abang, adik rasa abang rehatlah dulu, atau abang gi surau, Zohor dah masuk ni, insyallah Nurlisa datang nanti for our meeting,” Sharifah Teha melembutkan suaranya, memberi semangat kepada abangnya.
Di sudut yang lain, tidak banyak yang Sharifah Teha boleh tolong, cuma memberi semangat kepada abangnya. Dia akan pastikan tiada yang akan menbuli abangnya.
“Abang pun nak ambik angin jugaklah. Danish, please proceed with lunch dulu. I jalan jalan kejap,” Syed Arman menepuk bahu Danish, malunya kepada Danish Allah sahaja yang tahu.
Danish melihat semua peristiwa yang memalukan, perangai Sharifah Sakinah yang memualkan.
Danish mengangguk sambil memandang Sharifah Teha sambil tersenyum tawar.
“Cik Teha, jom lah makan sekali,” sapa Danish apabila melihat Sharifah Teha memandangnya. Mereka masuk ke bilik mesyuarat itu bersama, memberi ruang kepada Syed Arman untuk bertenang.
“Ameena, tolong I checkkan apa plat number kereta Nurlisa, I nak tahu like now now,” Syed Arman perlu tahu keberadaan Nurlisa.
Syed Arman bergerak ke parking kereta restaurant itu. Langkah laju, kerana hatinya tidak sabar ingin memastikan Nurlisa masih berada di restaurant atau tidak. Apa yang ada didalam fikirannya, Nurlisa keluar bersama Eusoff dan bergembira lunch bersama.
Api cemburunya membuak buak, dia tidak sanggup orang lain memandang Nurlisa, apatah lagi bercakap mesra dengan Nurlisa. Hati lelakinya tidak boleh terima Nurlisa berada di samping lelaki lain
Dia tahu kemesraan Nurlisa padanya sudah berkurang, seolah olah Nurlisa melancarkan perang kepadanya. Dia faham, dia nampak kelainan Nurlisa apabila bercakap dengannya. Dia juga dapat melihat cara Nurlisa mengawal emosi sudah berubah, terlihat gadis manis itu lebih cekal, lebih tahu menyorok perasaannya.
Dia tidak boleh membiarkan perasaan Nurlisa berubah, dia akan memastikan Nurlisa tidak akan berpaling daripadanya. Dia harus terus mengikat Nurlisa, agar mata Nurlisa akan hanya nampak dirinya, tidak orang lain.
Dia harus memastikan.
Sesampai di parking di lower ground restaurant itu, dia mencari kereta yang di beritahu Ameena melalui whatsapp sebentar tadi.
Honda City, berwarna putih.
Dari kejauhan dia melihat Honda City berwarna putih, hanya satu Honda City di tingkat berkenaan. Dia terus melajukan langkahnya, dadanya kian berdebar. Maknanya Nurlisa masih ada di bangunan ini, mungkin di surau seperti yang tekaan Sharifah Teha tadi
Dengan jiwa yang separuh resah, dia melajukan langkahnya. Dari belakang dia mendengar enjin kereta terpasang, tetapi tiada tidak nampak kelibat Nurlisa.
Dadanya kian berdebar.
Sesampai di kereta, dia terkejut apabila melihat Nurlisa terbaring di tempat duduk pemandu yang di baringkan. Dia cuba membuka pintu, tapi terkunci dari dalam. Dia mengetuk cermin tingkap dengan laju, tetapi tiada tindakbalas daripada Nurlisa.
Tiada langsung gerakan daripada Nurlisa.
TIADA….
Dia terus menguatkan ketukan, di dalam masa yang sama dia cuba mengoyang kereta, suaranya tidak berhenti daripada memanggil nama Nurlisa, tiada jawapan. Daripada luar dia melihat tudung Nurlisa sudah basah dengan peluh, begitu juga dahinya.
Dia sudah hampir lemah lututnya, berbagai bagai andaian bermain di fikirannya.
Syed Arman mendail number Sharifah Teha, tiada suara yang keluar dari bibir Syed Arman selain daripada meminta adiknya terus ke bawah.
“Adik, tolong dik, Lisa dalam kereta kat parking, tapi kereta lock,”
“Tolong dik, datang sekarang”
“Abang dah panggil”
“Dah, tapi no response..tak gerak langsung”
Syed Arman terus mengetuk cermin tingkap kereta tanpa henti. Dalam kekalutan itu, sebuah kereta berhenti dan terjengul Syed Adam daripada kereta tersebut.
“Kenapa Arman?” Syed Adam terus menerkam Syed Arman apabila melihat suara Syed Arman memanggil Nurlisa dengan kuat.
“She’s inside. Aku dah panggil almost 15 mins, tapi tak nyahut. Gerak pun tidak,”
“What should we do, should we call police?,” Syed Arman terduduk, dia mencapai teleponnya, dek kerana tangannya mengigil, telepon jatuh ke simen parking itu.
“Kamu sepatutnya call police dari tadi, kenapa biarkan dia, lambat sangat,” suara Syed Adam kuat, jelas dia begitu marah dengan Syed Arman.
Sharifah Teha dan Danish sampai ke tempat kereta itu, Suara Syed Arman kedengaran sampai ke pintu utama lift. Kelihatan Pak Guard datang untuk bertanya tentang mereka.
Di dalam kekalutan itu, terlihat Nurlisa membuka mata, dia mengosok gosok matanya, kehairanan apabila melihat ramai orang di luar keretanya.
Salah seorang adalah Syed Arman, seperti tidak terurus dan Syed Arman berterusan mengetuk cermin tingkap kereta itu.
Nurlisa bingkas bangun dari pembaringannya dan menaikkan kerusinya. Dia terus membuka lock keretanya. Dalam beberapa saat, pintu keretanya pantas di buka oleh Syed Arman. Syed Arman terus memeluknya sehingga Nurlisa termangu mangu, dia masih tidak faham tentang keadaannya.
“Sayang buat apa? Why you lock dalam kereta? You tahu tak bahaya…,” Syed Arman mengemaskan pelukannya. Didalam beberapa saat juga, Nurlisa ingat kembali apa yang berlaku sebelum dia tertidur didalam kereta. Dia teringat tentang ubat yang di telan sebelum dia menjatuhkan kerusi pemandu itu.
Syed Arman mengambil air mineral didalam kereta dan terus membasahkan tangannya. Dia pantas menyapu ke muka Nurlisa. Dia berbuat begitu beberapa kali, memastikan Nurlisa betul betul sedar dari dunianya.
Didalam posisi masih berpelukan, Nurlisa membisikkan ke telinga Syed Arman. Dia tidak mahu memalukan Syed Arman.
“Boss, I dah ok, tadi tu I tertidur sebab makan ubat. Ramai orang sini, I think you should stop what are doing right now. Nanti orang salah sangka,” perkataan daripada Nurlisa itu meresap ke telinga Syed Arman satu persatu.
Syed Arman tersedar tentang ketelanjurannya. Dia terus melepaskan pelukannya dan membetulkan kedudukan Nurlisa. Syed Arman juga membetulkan tudung Nurlisa yang sudah senget ke belakang.
Syed Adam, Sharifah Teha dan Danish memerhati tingkah laku Syed Arman tanpa berkelip. Mereka terkejut dengan tindakan spontan Syed Arman, tidak pernah berlaku dalam normal hidup baharunya.
“Lisa, are you okey? Nak pergi hospital tak?” Sharifah Teha mencapai tangan Nurlisa dan merasa nadinya. Dia nampak kelesuan di wajah Nurlisa.
Nurlisa cuma tersenyum memandang Sharifah Teha yang berada betul betul di hadapannya.
“Thanks Teha, but I okey, betul betul ok. Tadi tu I makan ubat, maafkah susahkan semua orang,” Nurlisa memegang tangan Sharifah Teha dengan tangan kanannya.
“Tuan Syed pun ada sini, bila sampai? Danish pun ada, sorry tauuu, malu pulak I,” kata Nurlisa seraya keluar daripada keretanya. Syed Arman cuba membantu dengan menghulurkan tangan, tapi Nurlisa menolak lembut. Dia tidak mahu memalukan Syed Arman lagi.

Syed Adam tersenyum memandang Nurlisa, gadis yg berjaya mencuri hati adiknya.
“Sayang boleh jalan tak? Hold my hand,” suara Syed Arman masih terisi kerisauan yang amat sangat. Dia tidak lagi malu apabila menyebut perkataan sayang di depan orang lain.
‘Dimana pergi Sharifah Sakinah tadi’, pertanyaan bergema di dalam hatinya

Lisa memandang sekeliling, mencari kelibat Sharifah Sakinah, dia risau Sharifah Sakinah nampak apa yang Syed Arman lakukan tadi
Semua di situ memandang Nurlisa dan Sharifah Teha seolah olah faham apa yang berada di dalam benak Nurlisa. Dia memegang tangan Nurlisa.
“Lets me hold your hand. Sakinah tak de kat sini. Dia dah balik, only us. We continue our lunch ya,” Sharifah Teha memegang tangan Nurlisa mesra. Dia melagakan pipinya ke pipi Nurlisa, supaya Nurlisa tidak merasa janggal.
“Teha dah lapar la abang, jom lah,” Sharifah Tena berjalan beriringan dengan Nurlisa sambil berpegangan tangan mesra.
“We only have 15mins to 2pm. Kita kena request boss start meeting pukul 3pm la, sat gi tak sempat makan, nak solat lagi. Boleh kan boss besar?” Sharifah Teha bergurau dengan abangnya. Syed Adam cuma mengangguk tersenyum, dia masih tidak boleh berfikir tentang tindakan Syed Arman sekejap tadi. Dia nampak Syed Arman sangat menyintai Nurlisa, sangat bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Setelah menerima panggilan daripada Sharifah Teha, Syed Adam bergegas ke restaurant tersebut. Dia cuma mengambil masa 10 minit kerana kebetulan dia berada di kawasan yang berdekatan. Dia juga sudah biasa dengan Restaurant nasi arab kegemaran Syed Arman. Mereka sudah biasa makan di situ.
Didalam perjalanan ke bilik mesyuarat itu, Nurlisa beberapa kali menepis fikirannya yang berfikir tentang Syed Arman. Lagak kerisauan Syed Arman sama seperti suaminya dahulu. Semasa suaminya belum jatuh cinta padanya, sekiranya dia deman atau sakit, suaminya kan menjaganya, menunggunya dan menatangnya seperti Puteri.
Walaupun suaminya pernah menarik rambutnya kerana cemburu, menolak badannya apabila dia bersalah bercakap dengan lelaki yang datang memotong rumput, tetapi apabila dia di dalam kesakitan, suaminya akan mengutamakan dirinya.
Dia adalah Syed Arman, yang mempamerkan tingkah spontan tadi. Hatinya mencuit sebak, dia seperti mahu memeluk Syed Arman dan menyatakan dia sangat menderita dengan apa yang terjadi, tetapi bagaimana nasib Syed Arman nanti.
Di dalam situasi sekarang, tidak mungkin dia menambah kesakitan kepada Syed Arman. Dia harus memberi bahagia itu kepada Syed Arman, bukan terus menekan deritanya.
“Teha, I nak singgah Ladies sekejap. Nanti I terus pergi meeting room,” Nurlisa melepaskan gengaman tangan Sharifah Teha sambil tersenyum manis. Dia perlu membasuh mukanya dan memyapu lipstick. Pasti mukanya terlalu pucat. Lagipun tangan kasar Syed Arman menyapu air ke muka tanpa krompomi.
“Abang tunggu Lisa, you guys proceed dulu,” Syed Arman bersuara dengan penuh yakin.
“Kenapa tak masuk ke dalam sekali Arman, kenapa dengan kamu? Toilet dengan meeting room dekat sangat, jangan buat Lisa tak selesa,” Syed Adam seperti memahami apa di dalam benak Nurlisa. Pasti tak selesa apabila lelaki menunggu di luar.
“Jalan dulu Adam, aku tunggu,” Nurlisa sudah pun masuk ke dalam, membuka tudungnya, membasuh mukanya, menyegarkan wajahnya. Dia masih terbayang kekalutan Syed Arman sebentar tadi.
Selepas 10 minit, Nurlisa keluar daripada toilet dan tangannya di tarik oleh Syed Arman. Nurlisa terkejut kerana dia sangka Syed Arman menunggunya dia bilik mesyuarat.
“Sayang, I nak warning you, this is serious. Boleh tak jangan buat I takut. Next time jangan tidur dalam kereta. Kalau nak tidur, offkan semua, tadi tu bahaya sangat, you boleh mati. Faham tak?,” Suara Syed Arman keras meresap ke telinga Nurlisa
“Kalau I mati, tak susahkan orang la, for sure takde orang yang hairan. Anak yang tiada mak bapak ni baik mati, senangkan semua orang,” Nurlisa menarik tangannya kasar dan terus berlalu.
Syed Arman terkesima, dia terkejut dengan jawapan Nurlisa. Sangat terkejut
BERSAMBUNG
Si suami itu hairan kenapa isterinya berjalan sangat perlahan. Semasa menyediakan breakfast, isterinya asyik memegang perutnya.
“Kau kenapa jalan terhegeh hegeh, aku dah lapar ni” suaranya suami keras.
“kau sakit kat mane? Kaki kau ok ke? Aku cakap ni, pandang sini, jangan nak kurang ajar..,” suara itu sudah naik ke satu level.
“Maaf tuan, saya rasa sakit kat sini,” isterinya meletakkan tangannya dibawah perutnya.
“Sakit sangat bila jalan, tak selesa, lepas tu nak buang air kecil pun sakit,” ayat spontan isterinya itu difahami. Isterinya terlalu naif..
Dia faham tentang kesakitan yang di rasai isterinya. Dia terlalu kasar semasa mereka “pertama kali bersama”. Isterinya terlalu cantik, jadi dia terlepas laku.
“Lepas makan bersiap, kita pergi klinik,” isterinya menganguk perlahan.

Share this novel

Yazni Ernie
2020-10-17 10:56:11 

hi dear. bila nk update ni

Yazni Ernie
2020-10-13 20:56:38 

hi dear. tqvm update. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience