BAB 1

Romance Completed 2875

SEKUAT MANA PUN AKU CUBA BERPAHUT PADANYA, NAMUN IA TAKKAN BERGUNA JIKA DIA YANG KUAT UNTUK MELERAIKANNYA…

“Asalamualaikum.“

“Waailaikumusalam.“

“Awak Carmelia kan? Carmelia Chairil, kelas 5 Sains 1 tahun 2004 kan?“

“Ya benar, Saya Carmelia.“

Tadinya, aku terpaku dengan dahi berkerut setelah begitu lama aku cuba mengingatkan siapa orang itu.

“Awak tak kenal saya lagi ke Carmelia ? Saya Evan...“

Pada ketika itu juga bagai ada satu nama yang bermain di ingatan ku. Nama yang sekian lama aku lupakan kerana ia amat menyakitkan. Lalu aku pun tersipu-sipu malu menyembunyikan apa yang ada di dalam hati dan berkata. “Aduh, punya la slow aku ni!“

“... alah, sayalah mangsa awak baling telur busuk masa kat padang sekolah dulu, alah nama saya Evan, Evan gondola!” beria sungguh dia memperkekanlkan diri.

Selepas berkali-kali cubaan untuk mengingatkan aku tentang dirinya akhirnya aku sudah ingat siapa dia.

“Evan gondola! Ooo... ya ya, baru saya ingat.“

Dan itu kata-kata yang terkeluar dari mulut ku untuk berlindung di sebalik perasaan terkejut dengan apa yang aku sedang lihat, wajah seorang lelaki yang begitu jauh berubah berbanding dulu. Dengan berjambang, berjanggut dan beruban lagi, memang patut kalau aku benar-benar lupa tadi, “Hmm, lima puluh persen berubah!“

“Carmelia duduk mana sekarang?“

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience