Hari ini Haziq pulang sedikit awal dari biasa ke rumah dari tempat kerja. Kelihatan kedua orang tua Haziq sedang bersantai di kazebo sambil makan bubur yang sudah di sediakan oleh orang gaji.Haziq perasan kelihatan badan ayahnya semakin kurus. Walaupun sudah melakukan pembedahan di bahagian usus yang terkena kanser. Bahagian perut Rahim juga sudah di tebuk lubang untuk mudah membuang najis. Di lubang tersebut di letakkan beg plastik khas untuk najis.
Haziq sedar agak sukar sebenarnya untuk abahnya sembuh.Kerana kanser tersebut sudah merebak seluruh usus abahnya. Tapi bagi Haziq,Samsiah dan kakak Haziq tetap berharap ada ke ajaiban supaya Rahim akan sihat seperti dahulu lagi.
Bagi Haziq ia tidak mahu abahnya susah hati memikirkan dirinya. Kerana Haziq sedar selepas Haziq putus tunang belum pernah lagi Haziq berkawan dengan perempuan lain. Rahim dan Samsiah tahu keputusan untuk memutuskan pertunangan yang di lakukan oleh Haziq adalah sesuatu yang berat bagi Haziq. Sehingga keluarga tunang dan tunang anaknya itu datang ke rumah mereka. Kerana ingin mengetahui apa yang menyebabkan Haziq sanggup memutuskan tali pertunangan yang baru terjadi tak sampai 2 bulan itu.
Malahan tunangan Haziq itu menangis dan ingin tahu apa salah dirinya. Samsiah dan Rahim tahu anaknya itu masih mencintai tunangannya itu. Tapi demi keselamatan tunangannya itu Haziq rela memutuskan pertunangannya. Kerana Haziq sedar ada orang yang tidak mahu melihat dirinya bahagia bersama kekasih hati. Kerana mereka merasakan Haziq tak berhak untuk bahagia.
Semuanya kerana sebuah kejadian yang berlaku ketika umur Haziq 18 tahun. Kerana kejadian itu 2 nyawa melayang. Nyawa yang melayang itu adalah sepupu serta abang kandungnya bernama Haikal. Agak lama Haziq di hantui dengan kejadian itu. Selepas mengenal tunangnya bernama Aina yang berlajar bersama disebuah IPTA dengannya. Membuat Haziq dapat melupakan kenangan tersebut. Tapi dia tidak tahu bahawa ada orang yang sakit hati melihat dirinya yang sudah boleh melupakan kejadian tersebut.Orang itu tidak lain adalah abang sepupunya.
Abang sepupunya itu mengagap Haziq dan abangnya Haikal yang sudah bersalah atas apa yang terjadi pada adik perempuannya. Abang sepupu Haziq itu bernama Ikwan. Ikwan memang merasakan sangat kehilangan selepas adiknya meninggal.Ikwan melihat bagaimana terseksanya adiknya itu mengingatkan kejadian yang menimpa dirinya. Walaupun Haikal abang Haziq terbunuh pada hari kejadian tersebut.
Tapi bagi Ikwan kejadian menimpa adik perempuannya adalah kesalahan kedua orang sepupunya itu. Kerana Haikal dan Haziq,adik perempuannya terpaksa menderita. Kekecewaan Ikwan semakin tidak surut bila melihat kematian adik perempuannya itu yang mengambil ubatan berlebihan.
Ikwan merasakan sakit hati bila melihat sepupunya itu sudah boleh move on dan bertunang dengan kekasih hati. Kerana bagi Ikwan Haziq tidak layak untuk melupakan apa yang sudah terjadi pada adiknya. Walaupun bukan sepenuhnya kesalahan itu jatuh pada Haziq. Tapi Haziq juga ada saat kejadian tersebut terjadi pada adiknya. Ikwan mengangap Haziq langsung tidak ada rasa bersalah atas apa yang berlaku pada adiknya itu. Kerana kalau bukan kerana Haziq dan Haikal semua yang berlaku pada adiknya tidak akan terjadi.
Ikwan dan adiknya hanya dua beradik sahaja. Ikwan memang agak rapat dengan adiknya itu. Akibat kejadian yang menimpa adiknya itu ibu Ikwan mengalami kemurungan. Selepas kematian adiknya ibunya terpaksa makan ubat psikiatri kerana susah untuk menerima kenyataan kehilangan anak perempuannya itu.
-------
Selepas makan malam Haziq pergi ke bilik orang tuanya. Kerana hari ini Rahim tidak makan bersama di meja makan.Kerana Rahim mengalami rasa sakit di bahagian perutnya. Rahim juga kurang selera untuk menjamah makanan. Samsiah isteri Rahim hanya memberi susu untuk di minum oleh suaminya itu. Supaya perut suaminya tidak kosong dan supaya ada tenaga dengan meminum susu.
Tok,tok,tok... Bunyi ketukkan pintu bilik Rahim dan Samsiah. Haziq yang telah mengetuk pintu bilik tersebut.
"Masuklah,pintu tak berkunci pun" Kata Samsiah ibu Haziq.
Haziq segera membuka pintu bilik selepas di izinkan Samsiah. Melangkah sahaja kaki Haziq masuk ke dalam bilik orang tuanya,mulut Haziq terus bertanya pada Samsiah keadaan abahnya itu.
"Keadaan abah macam mana?" Tanya Haziq pada Samsiah sambil matanya memadang pada abahnya yang baru tertidur diatas katil.
"Hari ni seharian abah kamu mengadu sakit di bahagian perut. Makan apa pun tak lalu,hanya mampu minum susu sahaja. Ni pun abah kamu baru je boleh tidur lepas makan ubat tahan sakit yang doktor bagi" Kata Samsiah pada Haziq. Samsiah memadang pada Rahim suaminya dengan pandangan sayu. Tidak sanggup rasanya melihat suaminya itu kesakitan.
"Kalau macam tu esok Haziq bawa ayah pergi hospital" Kata Haziq agak risau dengan keadaan ayahnya.
"Iya lah... Haziq siang tadi mak dan abah berbincang. Kalau boleh kamu tak perlu bertunang bagai,kamu terus nikah je. Mak dan abah dah bagitahu pada Mak Su dan Wan. Esok Wan dan Mak Su akan pergi ke rumah bakal isteri kamu tu untuk berbincang.Kamu dekat sini uruskan daftar borang nikah melalui online je. Rasanya dalam 2 bulan lebih dah boleh selesai urusan kamu tu nanti."Kata Samsiah pada anaknya itu.
"Kenapa tergesa-gesa sangat ni?" tanya Haziq pada maknya itu.
"Kanser abah kamu dah tahap 4. Sebahagian kanser tersebut dah merebak ke bahagian organ lain dalam badan abah kamu" Kata Samsiah denga nada yang agak sebak dan tak sengaja air matanya mengalir.
Haziq terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya itu.
"Kalau boleh lepas kamu nikah nanti,kamu bawa la isteri kamu tinggal bersama di rumah ni. Biarlah abah kamu dapat berkenalan dengan isteri kamu tu" Kata Samsiah.
"Tapi macam mana kalau Ikwan tahu nanti yang Haziq dah nikah. Haziq tak mahu terjadi apa-apa pada isteri Haziq nanti" Kata Haziq agak risau.
"Jangan risau mak dah rancangkan sesuatu. Tidak ada sesiapa pun yang akan tahu tentang Izara tu isteri kamu nanti." Kata Samsiah sambil memadang pada anaknya itu.
Bersambung...
Share this novel