Rate

Bab 1

Other Series 1861

Amran duduk di bawah pohon rendang belakang rumah orang tuanya sambil mata tetap menghala ke arah satu timbunan tanah yang sengaja dilonggok. Papan yang ditanam di hujung longgokan tanah itu mengingatkannya pada seseorang. Masih terasa genggaman tangannya. Matanya yang mengharap itu tidak sanggup ditatap lagi. Anggukan terpaksa Amran membuahkan senyuman sebelum lafaz kalimah syahadah itu kedengaran. Dalam dakapan diri ini dia menghembus nafas terakhir. Timbul sedikit penyesalan apabila teringat peristiwa itu. Kenapa dia sanggup buat begini? Kenapa harus Amran?

Dari atas rumah, sayup kedengaran suara itu. Tangisan milik insan yang bernama Raudhatul Ain. Kedengaran juga suara-suara yang sedang menasihati empunya diri. Amran mengeluh berat. Dia juga turut merasai situasi yang sama dengan Ain. Kehilangan insan yang disayangi dengan tiba-tiba pastilah memberi impak yang luar biasa dalam diri masing-masing. Kesedihan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Elusan lembut tangan kecil milik Aisyah menghentak sedar. Sebuah senyuman terukir di bibir mongelnya. Amran pantas mengangkat anak kecil itu untuk duduk bersamanya.

"Baba buat apa di sini?," petah dia menutur bicara. Amran geleng sambil menghela nafas berat.

"Ustaz cakap, banyakkan bersabar Aisyah. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sentiasa berdoa dan berzikir itu lagi baik dari terus meratapi. Sekarang Aisyah nak baba juga kena banyakkan bersabar. Surah Al Fatihah merupakan salah satu doa yang paling ringkas untuk kita sedekahkan buat mereka yang masih hidup mahupun orang yang telah meninggalkan kita. Mari kita sama-sama baca Surah Al Fatihah. Mudah-mudahan arwah papa tenang di sana,".

Amran menatap seraut wajah gadis kecil itu. Walaupun baru berusia tujuh tahun, rias cantik itu semakin terserlah. Mata bundar dengan alis mata yang lentik itu cukup menawan. Hidung mancung dan bibir mongel. Pipinya yang kemerah-merahan sepadan dengan namanya, Aisyah Humairah. Saat telapak tangannya menyapu wajah, terbayang wajah insan yang dirindui. Pantas anak kecil itu didakap. Air mata lelakinya tumpah jua.

"Menangislah jika itu boleh mengurangkan gusar hati baba,".

******

Tempoh eddah Ain berbaki dua hari sahaja lagi. Cepat tangan Amran mengemas pakaian miliknya yang tergantung di setiap ceruk bengkel miliknya. Di bengkel inilah dia menghabiskan masanya sepanjang Ain berada dalam tempoh eddah di rumah orang tuanya. Bukan dia tiada rumah, ada sahaja rumahnya selang tiga buah rumah dengan rumah orang tuanya. Rumah yang dibangunkan sejak arwah adiknya mula mengikat tali pertunangan dengan Ain. Pelbagai alasan dicipta sebelum dia berjaya memujuk hati tua emaknya untuk punya kediaman sendiri. Dan kali ini juga, dicipta lagi sebuah alasan untuk tidak balik ke rumah sendiri. Fitnah. Alasan yang cukup kuat dirasakannya.

Siulannya mati saat terpandang wajah murung Aisyah yang berlari laju ke arahnya. Pipinya basah dengan air mata. Kenapa? Apa yang berlaku? Amran bungkam tiba-tiba. Bahu kecil itu dipegang, mohon penjelasan.

"Pihak kebajikan akan ambil Aisyah sebelum keputusan hak penjagaan anak dikeluarkan oleh pihak mahkamah,".

"Hak penjagaan?".

"Tok wan dan nenek berebut nak jaga Aisyah,". Amran mengerut dahi. Tidak faham hujung pangkal cerita.

"Tapi kan Aisyah anak mama. Aisyah memang akan tinggal bersama mama dan tok wan lah lepas ni. Kenapa tok wan dan nenek berebut nak jaga Aisyah pula?,".

"Tok wan kata ada orang pinang mama. Tapi orang yang nak mama tu tak nak Aisyah. Aisyah pula tak mahu berpisah dengan mama. Untuk tinggal berdekatan dengan mama tok wan tuntut hak penjagaan ke atas Aisyah. Nenek membantah dan sanggup lawan dengan tok wan di mahkamah,".

"Apa keputusan mama?". Tangisan kecil itu terhenti. Dipandangnya wajah Amran lama.

"Baba tak tahu yang mama alami tekanan emosi sekarang ni?" Amran terkejut mendengar khabar itu. Betapa dia leka selama ini. Tidak mengambil tahu perihal keluarganya. Sungguh. Penyesalan datang tanpa dipinta.

"Baba ada janji dengan arwah papa kan? Tunaikan baba. Tolong Aisyah,".

Pegangan di bahu terus terlepas. Bisakah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience