Rate

Bab 2

Romance Series 2274

Malu! Malu! Malu!
Tak sangka si mata 'amber' tadi boss dia. Haih kenapa la aku pi langgar dia tadi. Dahla ais krim tadi jatuh tak berganti, dapat pulak boss serupa serigala jadian!

"Kau yakin kau dapat buat kerja ni?"
kata Ryan tidak yakin

"Eh,mestilah boleh! Awak..eh boss cakal je apa apa, saya boleh buatkan"
kata Airiz bersungguh-sungguh.

Peluang mana boleh dilepaskan. Inilah satu satunya cara buat airiz untuk melunaskan hutangnya.

"Oh, aku takut kau buat kerja dengan lutut je. "
sinis senyuman Ryan ketika itu.Buatkan Airiz tak senang duduk di dalam pejabat yang besar nak mampus milik Ryan. Aircond yang terpasang lansung tak dapat menyejukkan dirinya. Ini nak perli aku la tuh.

"Right?Kau jalan pun boleh terlanggar orang"
selamba badak saja Ryan menuturkan kata. Senyuman sinis tak habis habis menghiasi bibir pemuda itu.

Airiz terdiam.Sentap jap dengar dia cakap camtu.Mukanya pucat lesi saat terpandang jaket Ryan.
Ryan yang ternampak perubahan wajah Airiz buat buat mengelap jaketnya yang ada kesan tompokan ais krim.
Cuai nya kau airizzzzz.

"Dont worry, babe, sikit je ni, kau boleh ganti kan?"
lagi sekali ryan senyum sinis. selain muka beku dia tu, senyum sinis juga diantara 'topeng' harian Ryan.

"well, it is 30,000 only"
tutur Ryan selamba. Sengaja mahu menambahkan rasa bersalah Airiz.

Only kepala otak anda. Duit tu boleh bayar semua hutang aku tau dak?

"Insyaallah saya try, boss"
rasa nak nangis je skarang ni. Bukan sikit rm30,000 tu. yang dia pun pi pakai baju mahL mahal jogging wat pe?

"pasal kerja tu,saya diterima ke?"
Ryan memandang sekilas sebelum mengeluarkan sehelai kertas dari fail dia atas meja. banyak betul fail dia. Ceo la katakan.
bukan calang² orang dia ni.

"Mulai esok,kau datang kat rumah aku. Alamat dia ada kat dalam borang tu. Kerja kau simple je, bersihkan rumah aku setiap hari"

"Aik.Bukan kerja saya personal assistant ke? ini macam pembantu rumah pulak."
bebel Airiz laju. Sembang PA, dapat kerja amah. pe benda ni. ini claim

"kau nak ke taknak kerja ni?"
balas ryan bengang. Boleh tahan kebal jugak mulut budak ni. Nak mintak kerja ke mintak maki?

nak taknak terpaksa jugak la Airiz terima. kalau dia naik angin karang mampus aku kena cekik. asalkan dapat kerja halal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience