Rate

Bab 3

Romance Series 2274

"Mak oi, besau gila rumah dia"
mulutnya terlopong besar. Ini rumah ke istana? Kalah pejabat daerah ulu kinta tu. oh lupa, duit member bergelen...

"Kau nganga apa? Masuklah!"
kata Ryan kasar.Nganga nganga.Masuk lalat baru tau. Taulah rumah aku ni besar. Aiseh, bangga pulak.

Airiz menjeling Ryan sekilas.Suka hati aku la nak nganga. Takde kacau mak bapak dia aih.

"Yelah"
kata Airiz perlahan. Malas nak cari gaduh dengan serigala jadian. silap haribulan aku yang kena baham.

Pintu pagar rumah tersebut dibuka oleh seorang pengawal. Nampak gaya macam dah lama kerja kat sini.

Nampak? nak bukak pagar pun kena ada pengawal. ape daaa

"Mestilah kena ada pengawal. Kalau tak pencuri senang pecah masuk"
kata Ryan bersahaja.

Omaigod. Bluetooth human detect.

Haih. Tangan Ryan serta merta menutup mulut Airiz yang terlopong besar. Kalau dibiarkan memang tercabut rahang.

"eh, suka hati awak je pegang saya! Awak ingat awak tu sape. Awak bukan mahram saya tau. Tau tak dosa? "

"Jadi?"

Airiz mula panas. Tak guna punya serigala jadian. Tengoklah nanti, aku kerat 7 bahagian tangan dia karang.

Mereka berdua keluar dari perut kereta Marcedes milik Ryan. Pemandu yang dikenali sebagai pak man serta merta membuka pintu bahagian tempat duduk Ryan. Eleh, ngada ngada.

Airiz menolak apabila Pak Man turut mahu membuka pintu untuknya. Kesian tengok Pak Man.

"Pak Man. Biarkan dia. Orang degil macam ni memang mengada sikit. Orang nak tolong bukakkan pintu pun tak boleh"
kata Ryan sinis. Aku congkel jugak mata amber laki ni.

Seorang wanita dalam lingkungan 40 an keluar dari rumah untuk menyambut Ryan. Cepat cepat dia tersenyum dan bersalaman dengan wanita itu.Nampak gaya macam mak dia. Patut kelam kabut semacam.

Wanita itu mula mengatur langkah ke Airiz. Senyumannya lebar. Airiz turut bersalaman dengan wanita tersebut.

"Apa khabar..."
Airiz cenggung. Nak panggil apa?Makcik? auntie? Datin? Mami?

Wanita itu kembali tersenyum
"Izara. Panggil mama je. Jadi, ini ke bakal menantu mama? "

Wait. What?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience