BAB 14

Romance Completed 28886

Pagi-pagi lagi Dhia dan Riana sudah bertolak ke Pahang. Mereka berdua bertolak dua hari lebih awal sebelum majlis pernikahan Riana dan Hairul. Manakala keluarga Riana akan bertolak esok.

Perjalanan dari Melaka ke Pahang mengambil masa selama 4 jam setengah.

Tepat jam 2 petang, Dhia dan Riana tiba di rumah nenek Riana.

" Assalamualaikum opah " laung Riana.

Nek Jah yang sedang menyidai baju itu berhenti. Dia terus memandang kepada pemilik suara.

" Waalaikumsalam Ana? " .

" Anak lah ni opah " Riana berlari mendapatkan Nek Jah.

Tubuh tua itu dipeluk erat. Sudah berbulan dia tidak berjumpa opah nya. Kerana urusan kerja dia tidak dapat peluang untuk pulang ke kampung.

" Kata balik esok, budak bertuah ni lah " Nek Jah menepuk perlahan lengan cucunya.

Riana ketawa.

" Saja nak buat suprise dekat opah. Esok baru mama dengan yang lain balik. Ana tumpang Dhia balik " .

" Eh Dhia pun ada " tegur Nek Jah.

Dhia meluru ke arah Nek Jah. Tangan Nek Jah di salam.

" Opah sihat? " soal Dhia.

" Alhamdulillah opah sihat. Moh lah naik atas. Mesti lapar kan. Nasib baik opah ada masak " ajak Nek Jah.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah.

" Sedapnya opah masak. Dhia dah lama tak makan lauk kampung macam ni " .

Nek Jah tersenyum. Hari ini dia rasa lebih gembira kerana cucunya pulang. Ada juga peneman dia makan. Selalunya dia makan sendirian.

Anak-anaknya yang lain ada rumah sendiri. Oleh itu dia tinggal sendirian.

" Kalau macam tu, belajarlah masak. Opah boleh ajar Dhia " .

Riana tergelak besar. Dhia nak masak? Kirim salam.

" Ishh Ana " Dhia mencubit peha Riana.

Nek Jah tersenyum kecil.

" Kita orang perempuan ni kena belajar masak. Macam mana nak pikat suami nanti kalau tak boleh pikat perut dia dengan masakan kita. Air tangan isteri ni penting. Nak ke suami cari lain nanti? " kata Mak Jah panjang lebar.

" Dengar tu cik Dhia Farhah. Takkan lah nak suruh suami kau pergi makan kat cafe kau tu hari-hari " .

Dhia menjeling tajam pada Riana.

Nek Jah hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah cucunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience