BAB 19

Romance Completed 28886

Sekumpulan kanak-kanak lelaki bermain lari-lari di situ. Salah seorangnya terlanggar Dhia. Mujur sahaja Fikri sempat memegang lengannya.

" Adik, jangan main lari-lari. Bahaya lah kalau terlanggar orang " tegur Fikri.

Kanak-kanak itu terus berlari ke arah lain. Dhia hanya memandang sahaja.

" Dah awak pergi duduk. Biar saya jer yang ambilkan makanan " kata Fikri.

" Takpa biar saya ambil sendiri " balas Dhia.

" Dah awak duduk jer. Biar saya ambilkan. Nanti jatuh lagi orang tolak. Dah lah badan sekeping jer " Fikri terus berlalu mengambil makanan.

" Sesuka hati nak cakap badan orang sekeping. Macam lah dia tu gemuk sangat " bebel Dhia.

Dia terus melangkah mencari tempat kosong. Memandangkan waktu sudah petang, tetamu tidak begitu ramai. Jadi meja makan banyak yang kosong.

Setelah Dhia memilih tempat duduk, dia terus duduk menanti Fikri.

" Hai Dhia " sapa Afiq.

" Eh abang. Baru perasan " balas Dhia.

" Yelah orang tu dah cantik-cantik hari ni mana nak perasan kita yang biasa-biasa jer " .

" Eh takdalah abang. Dhia kan busy sikit tadi, tu yang tak perasan abang " .

" Oh iyalah. Boleh abang duduk sini? " .

" Boleh. Duduklah " .

Afiq melabuhkan punggungnya di sebelah Dhia.

" Abang dah makan? " soal Dhia.

" Dah. Dhia? " .

" Belum lagi. Tengah tunggu Fikri ambilkan makanan " .

" Oh. Dhia ada apa-apa ke dengan Fikri tu? " .

" Eh takda lah. Dia tu kawan jer " .

Afiq mengangguk perlahan.

Fikri muncul bersama dua pinggan nasi di tangannya. Dia merenung tajam Afiq di sebelah Dhia.

" Nah Dhia " sepinggan nasi di hulur pada Dhia.

" Terima kasih " balas Dhia.

Fikri melabuhkan punggungnya di hadapan Dhia. Wajahnya bengang saja melihat Afiq dan Dhia bermesra.

" Abang nak makan? " soal Dhia.

" Eh takpa. Abang dah makan dah. Takpa abang teman Dhia makan " jawab Afiq.

Sesekali Fikri menjeling sekilas Dhia dan Afiq.

" Comot tu Dhia " Afiq terus mengelap tepi bibir Dhia.

" Thanks " jawab Dhia.

Wajahnya yang putih itu bertukar merah kerana malu.

Fikri memandang tajam sahaja. Sakit matanya melihat. Suapan nasi ke dalam mulutnya semakin laju. Dia ingin pergi cepat-cepat dari situ.

" Uhukk uhuk " Fikri tersedak.

Dhia cepat-cepat menghulurkan secawan air sirap kepadanya. Fikri terus mengambil. Habis secawan air sirap itu.

Fikri terus bangun dan beredar dari situ.

" Kenapa tu? " soal Afiq.

Dhia mengangkat bahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience