BAB 5

Drama Completed 325

Kini umurku sembilan belas tahun. Aku sangat bertuah kerana aku berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di London, United Kingdom. Di sini, aku tinggal bersama rakan serumah yang berasal dari negara yang berlainan namun kami semua sangat rapat seperti adik beradik yang aku selalu inginkan. Gita merupakan rakan sebilik aku yang berasal dari Indonesia. Kami selalu bersama tidak kira di kawasan rumah ataupun di kampus. Disebabkan kami belajar bidang yang sama, kami selalu ke kelas yang sama dan mempunyai kawan bersama.
.
Dalam kelas Ekonomi, aku mula jatuh cinta dengan seorang jejaka yang berambut coklat dari Netherlands. Pada mulanya, aku mengenali dia dari masa orientasi dan kami berada di kumpulan yang sama. Sejak dari hari itu, kami selalu meluangkan masa bersama dan aku selalu jatuh cinta dengan senyumannya. Selain dari itu, dia menarik perhatianku apabila aku mengetahui yang dia merupakan seorang sukarelawan yang aktif dan seorang yang sangat bijak. Dimata aku, dia sangat sempurna dan sudah tentu aku mahu mengenalinya lebih dari sebagai kawan sahaja. Untuk beberapa bulan, aku simpan cinta aku kepada Alan, si jejaka Netherlands dengan diri sendiri. Hal ini kerana aku takut dan malu di ketahui rakan rakan yang lain sehingga ditertawakan dan sebagainya. Dan, sudah tentu Gita juga tidak terkecuali. Walaupun Gita ialah rakan baikku, aku selalu bingung bagaimana aku akan memberitahu tentang rasa cinta yang ada dalam diriku.
.
Tetapi, tanpa aku sangka, rupanya Gita juga sudah minat akan Alan sejak beberapa bulan yang lepas. Gita memberitahu aku perkara ini apabila Alan baru sahaja mengajak Gita keluar. Aku terkejut dan sedih. Aku mula menyalahkan diri aku yang sepatutnya membuka langkah lebih awal dari Gita tetapi semuanya sudah terlambat dan disebabkan ini, pelajaran aku mula merosot dan persahabatan aku dengan Gita juga semakin renggang. Hal ini kerana aku dipenuhi dengan rasa cemburu dan marah kerana aku tidak dapat bersama dengan Alan. Akhirnya, Gita tahu akan sebab semua ini berlaku dan menyebabkan persahabatan ini putus. Selain dari hal ini, aku mendapat berita yang papa sedang sakit nazak di Kuala Lumpur dan hanya bergantung dengan mesin oksigen di hospital.

Hal-hal ini sangat menjejaskan diri aku sehingga aku tidak boleh belajar dengan baik. Aku hanya fikir mahu pulang dan tidak mahu berjauhan dari mama dan papa. Namun, kerana peristiwa-peristiwa ini, aku dimarahi mama dan papa kerana aku sudah hilang motivasi untuk belajar mahupun meneruskan hidup. Aku mula menyoal diri aku. Kenapa aku harus hidup dengan tanda tanya dan penuh rasa marah. Kenapa aku tidak boleh hidup dengan bahagia. Adakan ini sumpahan kerana aku membenci ibu kandung aku ? Kenapa aku susah untuk hidup gembira sedangkan aku sudah dijual oleh ibu yang tamak itu ?
.
Walaubagaimanapun, aku tahu perjalanan hidup aku masih panjang. Setelah pemergian papa, mama telah meminta aku untuk menghabiskan pembelajaran aku supaya boleh melihat aku suatu hari nanti dapat menjadi graduan universiti dengan bangga. Kerana mama, aku kembali ke tanah British dan melanjutkan pelajaran aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience