BAB 1

Drama Completed 325

Bunga Hydrangea dan Teh Bunga krisantemum. Bunyi kicauan burung dan pemandangan Gunung Kinabalu.
Ah... Sudah bertahun lamanya sejak aku kembali di tempat ini, di rumah yang penuh dengan suka dan duka ini. Tapi pernahkah aku menyesali keputusanku untuk tidak balik ke tempat ini ? Pernah kah sebelum ini aku rasa rindu akan tempat aku membesar. Pernahkah aku merindui si dia yang pernah menjadi penyeri rumah ini ?
Bilikku, masih berwarna merah jambu dan patung Barbieku masih berada di sudut bilikku. Beg sekolah Swan dan buku teks bahasa melayu darjah enamku masih berada di atas meja.
.
Aku hairan. Kenapa dia tidak pernah bersihkan bilik ini, ruang tamu dan rumah ini. Kenapa dia tidak cuba untuk memadam setiap memori yang ada di rumah ini.
.
“Lara ? Wah kamu sudah besar lah !” Kata seorang wanita. Aku bingung. Bagaimana dia tahu namaku? Siapa dia ? Sudah lama aku tinggalkan tempat ini tetapi bagaimana ?

“Err.. ya saya Lara.. kita siapa yaa ?”

“Aduhhh.. kau lupa aku ? Kan aku dulu yang jaga kau, ini Dira lahhh ! Kita kan selalu dipanggil si Dua RaRa !!!!”

Aku tersenyum, begitu rapatkah kami sehingga di panggil nama sebegitu pelik.. akan tetapi, aku teringat muka seseorang. Comel rupanya. Selalu pakai baju gaun Mickey Mouse berwarna biru dan selalu bersamaku setiap masa.

Ah.. ya aku ingat. Adira, si anak Makcik Dhia yang selalu menjaga aku.
.
Jam seterusnya di penuhi dengan kami bertukar cerita tentang hidup kami, bagaimana hidup kami selepas berpisah. Bagaimana dia merindui aku dan juga tentang perkahwinannya yang sangat sedih. Dira ditinggalkan arwah suaminya selepas anaknya baru berumur satu minggu lebih. Wah, aku tidak pernah sangka rakanku walaupun menjalani hidup sedemikian , masih mampu untuk senyum dan menjaga anaknya menjadi anak yang solehah dan bijak.
.
“Lara... kenapa kau tidak pernah balik sini? Sudah lama kami tunggu kau..”

Inilah antara soalan yang aku sudah biasa dengar. Setiap orang yang ada di tempat ini terus menerus menanya aku soalan ini. Aku bingung apa yang patut aku jawab. Sebab aku pernah teringin balik ke tempat ini tetapi banyak sebabnya aku tidak mahu dan tiada peluang untuk kembali ke sini. Terutama sekali dengan adanya si dia yang sudah menjadi manusia terakhir yang akan ku jumpa di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience