Rate

Meet ?

Romance Series 6791

Pada petang Khamis , "Tinggg !" kedengaran bunyi telefon bimbit Fatin berbunyi . Dengan berasa kehairanan , kerana tiba-tiba sahaja pada petang begini ada yang menghantar mesej . "Eahh , siapa pula yang menghantar mesej ni ?" kata Fatin dengan berasa hairan . Fatin segera mengambil telenfonnya lalu membuka Whatsapp . Tiba-tiba "Arghhhh !!! Dia Whatsapp aku ajak keluar lahhh !" jerit Fatin . Ibu bapanya yang sedang menonton televisyen terkejut kerana jeritan anaknya itu amat kuat hingga berdesing telinga mereka . Mereka segera ke bilik anaknya , "Fatin , anak Mama okey tak ?" tanya mamanya kepada Fatin . Fatin tersentak apabila terdengar suara ibunya . "Ermm ... Takder pape , mama . Ni hah , tadi ade lipas tu yang menjerit" kata Fatin tergagap-gagap kerana takut ibu bapanya tahu tentang jejaka itu . " Okey , kalau ade pape share ngan mama or papa tau" kata ibunya dengan keadaan hairan atas sikap anaknya sebentar tadi .

Danial (Idola) : Haii , Assalammualaikum . Ini saya Danial Iqmal , awak free atau tidak petang ini ?
Me : Waalaikummussalam , saya free . Tapi , saya takder transpot nak pergi lah...
Danial (Idola) : Ouh , takper . Pasal transpot saya boleh amik awak , saya bawak motor . Okey ?
Me : Okey , set . Saya siap-siap dulu ye . Bye...

Setelah mereka berbual panjang , Fatin menerima untuk keluar ke perpustakaan bersama jejaka tampan itu . Hatinya sudah berbunga-bunga , bagai ada taman yang indah dan harum di dalam hatinya itu . Dia bersiap-suap dengan segera sebelum jejaka itu sampai . "Mama ! Fatin nak pergi perpustakaan dengan kawan . Dia ambik Fatin nanti ." jerit Fatin untuk meminta izin daripada ibunya sebelum keluar rumah . "Haaa , okey . Jangan balik lambat sangat ." pesan ibunya .
Pon ! Pon ! Kedengaran bunyi hon motor dari luar rumah . "OMG ! Dia dah sampai !!! Apa aku nak buat ni ?" bisik hati Fatin yang malunya sudah membuak-buak . Fatin meluru laju untuk keluar . Fatin memakai kasut sportnya yang berjenama Nike . Berpakaian T-shirt lengan panjang dan bertudung ayu . Dia segera membuka pintu gate lalu pergi ke jejaka itu . "Hai , Fatin . Cantik awak harini" kata jejaka itu sambil tersenyum . Dup ! Dap ! Jantungnya . "Hai . Terima kasih sebab puji saya" jawab Fatin lalu terus naik ke belakang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience