Rate

First Day Meet

Romance Series 6791

Kringgggg !!! "Kedengaran bunyi loceng SMK. Bandar Tenggara". Semua murid kelihatan sibuk mencari sahabat masing-masing untuk perhimpunan mingguan . Guru bertugas iaitu Cikgu Norhafizah telah mengawal murid-murid untuk meredakan keadaan yang sedang riuh-rendah seperti di pasar . Sementara itu , guru-guru yang lain sedang menyiapkn persedian untuk majlis penyampaian hadiah bagi murid yang telah mewakili sekolah dalam bidang persukanan .
Selain itu , pengawas sekolah juga membantu guru-guru bagi memudahkan kerja . Seorang budak perempuan yang berada ditingkatan 5 , senior dalam sekolah yang bernama Fatin Natra . Dia ialah seorang perempuan yang cantik , baik hati dan peramah . Dia dikenali sebagai "Akak Gangster" kerana gaya apabila dia berjalan tetapi hatinya baik hati . Walaupun dia mempunyai ramai Secret Admier , tetapi dia tidak kisah kerana dia seorang yang tegas dan tidak suka bercinta . Muhammad Danial Iqmal pula , seorang jejaka tampan yang digilai ramai budak-budak perempuan junior mahupun yang setaraf dengannya . Dia mempunyai perangai yang suka mengacau orang tetapi dalam hati penuh dengan bunga dan seorang yang suka menolong orang .
Suatu hari , semasa sekolah mengadakan jamuan hari raya , Fatin telah terserempak dengan jejaka tampan itu . Hatinya tidak menentu , selepas terserempak dengan jejaka itu hatinya mula lembut dan berasa something yang tidak kena . Selama ini , walaupun dia berjumpa dengan mana-mana lelaki pun tidak pernah berasa begini . Tetapi , sejak terserempak dengan jejaka itu , hatinya mula berasa cinta terhadap jejaka tampan itu . "Eah , kenapa dengan aku ni ? . Tetiba , rasa berdebar-debar bila terserempak dengan jejaka itu ." bisik Fatin didalam hati . Tiba-tiba "Hai , boleh berkenalan" jejaka tampan itu menyapa Fatin . "Aduhaii ! . Apa aku nak jawab ni ?" bisik Fatin dalam hati apabila jejaka tampan itu berdiri dihadapannya . "Errr ... Hai , bo...bo...boleh" kata Fatin sambil tergagap-gagap . "Eah , awak malu ker ? . Takperlah , jangan malu-malu . Saya taku buat apa-apa pun kat awak" kata jejaka itu dengan selamba . "Auwww , win~nyer ayat dia ni" bisik Fatin dalam hati dia yang sedang berbunga-bunga . "Errr , taklah . Tak malu pun" jawab Fatin pendek . "Ouh , okey . Petang ni free tak ? . Kalau free , jom keluar pergi perpustakaan." tanya jejaka itu . "Ermmm , tak sure lagi boleh or tak ." jawab Fatin dengan berasa malu-malu kucing . "Kalau tak sure , boleh mintak nombor phone ?. Nanti saya Whatsapp awak" minta jejaka itu sambil tersenyum . "Ouh , okey . 010-******* ." jawab Fatin . "Okey , thanks . Nanti saya call or Whatsapp awak ." kata jejak itu balik lalu pergi dari situ . "Auww , yesss ! . Dia mintak nombor phone aku !!! ." jerit Fatin dalam hati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience