Episod 6:Perhitungan

Mystery & Detective Series 1122

Farez menenangkan diri dipantai sambil mendengar ombak yang mendayung-dayung

Seseorang menghulurkan air pada bahunya

'Thanks'

Bunga duduk disebelah Farez sambil minum air Nescafe ungu

'Apa yang mimpi ngeri kau kali ni'

'Aku...'

Ayat tergantung bila dia ingin memberitahu bunga tentang hal sebenar atau tidak

'Aku faham mak kau kena bunuh dan itu jelmaan mak kau dalam mimpi kau tu'

Farez memandang muka bunga

'Mana kau tau'

'Psychology'

Farez memandang pantai semula

'Sebenarnya aku dah tau siapa yang buat semua ni'

'Siapa?'

'Leftenan Azman dalang semua ni dialah yang bunuh pak su aku'

Farez kelihatan bingung siapa 'Pak su'?

'Pak su?'

'Sarjan Hamid tu pak su aku dia terlibat dalam kes pembunuhan dan dialah hamba pada leftenan azman dan dialah yang buat bisnes dadah dalam diam'

'Jadi dia terlibat sekali?'

Bunga menarik nafas dan hembus nafas perlahan lalu berkata

'Ya'

Bunga ada rancangan untuk jatuhkan Azman dan rancangan ini perlulah mengkhianati kumpulan agar dia percaya yang dialah yang boleh diharapkan

'Nak satu gambar kau'

Bunga menghulurkan gambarnya semasa di kolej

Farez masuk ke gambar tersebut dan tiba-tiba dia berada di Universiti Sains Antarabangsa serta bertarikh 19/4/2013 Farez jumpa Bunga apabila dia menuju ke kelas Biology Puan Rosa dalam perjalanan dia dibuli oleh Dayana

'Eh anak pembunuh wow beraninya kau datang kolej ni.'

Bunga mengendahkan Dayana

Dayana tarik rambut Bunga dan mula bergaduh Farez mahu menolong tapi dia tak boleh buat apa-apa

'Dayen buli bunga?'

Bunga hampir mati dipukul dayana sampai berdarah dimulutnya

'Kenapa kau buat aku macam ni Dayen sepatutnya kau jaga aku'

Farez mula rasa curiga apa yang dia katakan

'Kau kakak Dayen Aku adik kau'

Farez terkejut selama ni model yang dia kenal....

'Sorry...ada ke aku anggap kau adik aku?'

'Ni sebab mak kau kahwin dengan ayah aku dan kau bunuh ayah kau sebab rogol adik kau sampai jadi trauma semua ni'

Farez terkejut yang Dayana dan Bunga adik beradik berlainan bapa dan adik

Adik Dayana,Adawiyah mula masuk campur hal mereka berdua

'Akak!!!'

Adawiyah tolak Dayana untuk berhentikan pergaduhan

'Tolonglah Kak Dayana berhentilah kita semua memang buat silap selama ni'

'EH!!!KAU INGAT KAU BAGUS KE HAH'

Puan Roza mula masuk campur hal mereka bertiga

'Eh apahal semua ni hah Dayana,Adawiyah,Bunga'

Dayana memandang mereka berdua dengan perasaan geram

Mereka bertiga mengikuti Puan Roza masuk ke pejabatnya

'Apa nak jadi dengan Korang ni hah bergaduh korang kena ingat korang tu perempuan jangan tunjuk samseng..'

'Puan,lebih baik puan jangan masuk campur hal saya dan bunga'

Tuan Yusuf dan Puan Suri datang ke pejabat Puan Roza untuk membincangkan tentang Dayana dan Bunga

Tuan Yusuf memulas tombol pintu dan meluru masuk

'Tuan Yusuf...tolong nasihatkan kedua-dua anak perempuan encik sebelum ia menjadi teruk'

Tuan Yusuf memandang Dayana dengan muka dinginnya dan menghayunkan tangannya ke muka Dayana

*Pang*

'AKU HANTAR KAU KAT SINI SUPAYA KAU JADI ORANG DAYANA BUKAN JADI SETAN!!'

Puan Suri cuba tenangkan Tuan Yusuf

'Abang cuba bawak bersabar jangan marah abang kuasai diri abang'

Dayana mula menitikkan air matanya dan melawan Tuan Yusuf

'Papa lebihkan Bunga dari Yana...Apa yang Yana buat semuanya Papa tak peduli'

'Papa sayang korang bertiga'

'I hate you so much...'

Air mata Dayana mula menitik lalu Dayana mengambil begnya dan pergi dari Universiti Sains Antarabangsa

Bunga dan Adawiyah memeluk Tuan Yusuf dan Puan Suri

'Maafkan Papa sebab Papa tak jaga family ni dengan baik'

Farez mengikut bunga ke rumah

Bunga balik ke rumah dan tiba-tiba pintu rumah tidak dikunci dan terbuka

'ARGHH!!!'

Tuan Yusuf dan Puan Suri digantung didepan matanya dan dia menangis melihat ibu bapanya dibuat begitu

Farez mahu masuk tapi ada seseorang lari dari rumah tersebut dan Farez mengejarnya tapi dia sangat licik hilang begitu saja dari pandangan Farez..
Dia terjumpa jam yang tertanggal semasa dia berlari sembunyikan diri.

Dayana datang ke rumahnya dan tiba-tiba dia terkejut ibu bapa digantung dan melihat bunga tersungkur dihadapan mereka sambil menitik air matanya.

Farez membuka matanya tiba-tiba sudah berada diatas katil

'Hah...kau dah sedar'

Bunga masuk ke bilik Farez membawa pinggan berisi roti canai dan roti bom lalu duduk bersila disebelah Farez

'Semalam aku kenapa'

Bunga mengingati kejadian semalam farez mengalami sawan yang hampir membunuh dirinya dan Bunga terpaksa menipu Farez

'Tak ada apa...ni Nasi Lemak Paru dengan Teh Ais favourite kau'

'Thank you,Bunga'

Bunga mula malu dengan Farez

'Aku pergi dulu,rez'

Farez memegang tangan Bunga untuk menghalangnya pergi

'Aku tau siapa keluarga kau,bunga dan aku nampak Jam Wshock kuning masa pembunuh tu larikan diri'

'Siapa?'

'ARGHHHH!!!'

Mereka berdua berlari ke luar rumah tiba-tiba ada skuad polis mula kepong satu rumah

'Black kau okay tak?'

Bunga dan Farez pelik kenapa mereka semua dapat tahu tentang lokasi mereka tinggal

'KORANG SEMUA NAK APA?!'

Seorang lelaki telah keluar dari kereta Mercedes Sport dan menuju ke arah mereka

'Leftenan Azman?'

Bunga keliru siapa yang khianat dalam kumpulan ini

Farez ada,Black ada tapi mana Dayana

'Mana Day...'

'Korang cari aku ke?'

Dayana menuju kearah mereka dengan memegang pistol serta baju hitam dan jacket kulit hitam

'Kenapa kau buat kitorang macam ni'

Dayana membuka kaca mata hitam dan senyum

'Kau tak ingat apa yang kau buat dekat parents kita'

'Aku tak buatlah ada orang buat semua ini'

'Kau tak payah tipulah sial kau yang upah pembunuh tu kan'

'Hei,bodoh itu informer papa aku nak tahu siapa musuh keluarga kita'

'Heeh...'

Dayana tarik picu pistol dan pistol kearah Black

'Yana kau buat apa ni?'

Bunga mula rasa takut jika Black ditembak

'Wei,kau buat apa ni'

'Sorry Black'

Dayana memandang Leftenan Azman untuk mulakan rancangan

Leftenan Azman membuat isyarat jari seperti tembak iaitu mulakan tembakan

'Baik'

'YANA!!!'

*BANG* *BANG*

Bunga dan Farez terkejut apabila Dayana mula membuat tindakan begitu

'Sorry'

Dayana senyum sambil membuat isyarat tak tahu serta muncungkan mulutnya apabila dia suka membunuh Black dan hanya perkataan sorry saja yang keluar dari mulutnya

Darah Black mengalir dari kepala dan dadanya sudah terkena peluru dari tembakan Dayana

Dayana masuk ke dalam kereta bersama Leftenan Azman

Leftenan Azman memandang Dayana sambil menepuk pehanya

'You joined the good team,Dayana'

'Jadi Papa bangga tak dengan Yana'

'Heh...papa bangga dengan Yana sebab Yana ialah Puteri papa'

Dayana tersenyum apabila dia mendengar ayat 'Puteri Papa'

Leftenan Azman dekatkan mukanya pada Dayana

'Lepas ini tak ada siapa yang boleh sakitkan hati Puteri Papa ni'

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience