Episod 2:Kes Bermula

Mystery & Detective Series 1122

*Cahaya lampu menyala*

Farez menundukkan kepala dibilik siasatan dan menaikkan kepalanya sambil menghirup angin untuk menenangkan dirinya

'Rileks...ini laporan palsu saja rez kau tak bunuh orang pun dan ini ada yang nak kenakan aku ni'-Kata farez untuk bertenang

'Hai Farez,Apa khabar'

Bunga keluar dari bayang gelap sambil memakan biskut berbatang strawberi kegemarannya

'Kau nak apa bunga'

'Memang aku yang panggil kau ke sini'

Bunga tarik kerusi dan duduk melaburkan punggungnya diatas kerusi besi

'Aku nak kau tolong aku farez kes ni dah mula pertumpahan darah seorang demi seorang mati. Dengan kau punya superpower kau tu kita boleh selesaikan kes ni dengan cepat'-Kata bunga yang mahu menangkap pembunuh itu sebelum terlambat

'Buat apa kau nak mintak tolong dengan anak haram ini bunga'-Kata farez dengan sakitnya hati dia

Fikiran bunga terhenti sekejap

'Anak Haram??'-Bunga mula keliru dia macam pernah dengar ayat kotor itu tapi dimana ayat itu muncul

'Haah...mana aku dapat label tu DARI KAU BUNGA!!!'-Farez mula mengamuk dan ketuk meja dengan kedua-dua tangannya bunyinya agak kuat satu bilik dengar

Bunga mula terkejut dengan mengamuk farez dan dia mula rasa bersalah dengan kata begitu

'Kalau diorang hina aku tak apa tapi kalau ada yang hina keluarga aku tak boleh terima sebab kau mulalah kelompok kebencian dan penghinaan merebak ke setiap orang untuk membenci kau faham tak'

14 Tahun Lepas...

Sekolah Menengah Bukit Asam

Sekolah itu bagaikan neraka buat Farez dan dia sanggup berhenti untuk keluar dari sekolah itu tapi disebabkan maknya dia perlu bersabar untuk harungi cabaran sekolah neraka itu..

Farez terserempak dengan bunga buat kali pertama

'Woi...Anak Haram apa citer'-Bunga mula menghina Farez

Bunga dan kawan-kawannya bergelak ketawa kerana mengetahui Farez adalah anak luar nikah tiada bapa maknya pelacur

'Kau cakap apa tadi,bet**a'-Kata Farez balas balik untuk bunga

'Wow boleh tahan longkang jugak eh mulut kau..Eh baik kau jaga mak kau kalau tak mereban lagi jawabnya'

'Korang jangan hina mak aku...hina aku tak apa jangan hina mak aku'-Kata Farez melindungi maknya dari dihina

'Eh...Mak kau ada tapi mana bapak kau'-Nina

Farez tiada jawapan untuk itu

'Tengok tak ada jawapan so sah-sah dia tu Anak Haram...Mak kotor Anak pun kotor'-Bunga menghina Farez dengan teruk

Kesabaran Farez sudah tiada dan dia mula hulur tangannya sampai ke pipi bunga untuk memberi kesedaran padanya

'Wei...kau pahal nak lempang ketua kitorang'-Kata Nina mula marah pada Farez

'Ntah agak - agaklah dahlah anak haram pastu dayus pulak tu'-Kata Zuraida

'Korang tak tahu apa yang aku rasa...kalau korang kena reban bersalin sorang-sorang laki kau hilang entah kemana macam tulah nanti anak korang kena hina sama nasib dengan aku'-Kata Farez yang sudah biasa maki dan dihina oleh orang sekeliling

'Nama bunga cantik perangai macam disembur oleh najis kalau kau jadi pembenci sampai bila nak tanam sifat benci dalam diri kau orang macam kaulah seperti virus yang merebak ke setiap manusia untuk membenci'-Nasihat Farez untuk bunga

Farez beredar tinggalkan Bunga,Nina dan Zuraida

Bunga berjalan di koridor sekolah seorang diri sambil mengingat kata-kata Farez

(Sampai bila nak jadi pembenci bunga)

Hirup udara dan hembus perlahan-lahan

'Aku mengalah dengan kata-kata kau Farez aku menyesal dengan sifat pembenci dan ego aku ia membuat aku rasa sakitkan semua orang'

Bunga teringat dia buli Raiza sehingga Raiza trauma kerana tidak buat kerja sekolahnya, Fitnah Husna sehingga digantung kerana tidak cover bunga dan kawan-kawannya merokok dan paling teruk menghina Farez kerana dia anak haram

'Apa yang aku dah buat ni'- Bunga mula menyesal dengan apa yang dia lakukan terhadap murid sekolah ini

Selepas hari kejadian tersebut,Bunga mencari Farez merata tempat sekolah tapi kebetulan terjumpa Harith,kawan sekelas Farez

'Harith...Kau ada nampak Farez tak'

'Tak ada, Dia kena berhenti sekolah'

Bunga terkejut apa yang Harith cakap ini betul ke atau saja nak takutkan bunga

'Betul ke ni ke dia saja nak takutkan aku'

'Betul sebab mulut longkang kaulah dia terpaksa berhenti sekolah kalau kau suka cakap jelah tak payah sampai nak sakitkan hati orang'

Bunga rasa bersalah dengan tindakan bodoh dia 2 hari lepas terhadap Farez

'Dah...aku mintak diri dulu tak ada masa nak cakap dengan budak yang acah sempurna ni'

Harith tinggalkan bunga di koridor kelas...Apa yang kau buat itu kau dapat bunga syahira

Kembali ke bilik siasatan...

'Aku mintak maaf pasal aku hina kau dengan mak kau dan aku sedar kita semua manusia biasa farez'-Bunga minta maaf pada farez kerana menghina keluarganya

'Pergi mati dengan maaf kau tu ingat maaf kau tu boleh buat mak aku hidup balik ke hah?!'-Farez marah pada bunga

Nampaknya Farez masih marah pada bunga atas kesalahan menghina Farez dan maknya dulu

'Mak kau--'-Ayat bunga berhenti

'Mak aku dah lama mati bunga 6 tahun lepas kena bunuh depan mata aku'-Farez

'Takziah atas kematian mak kau farez'

'Puas hati kau bunga hina mak aku dengan aku kotor jijik'-Farez masih lagi tak puas hati pada bunga

'Aku--'-Bunga cuba memujuk Farez

'Bunga!! Diorang dah sampai'-Panggilan jia pada bunga

'Aku mintak diri dulu farez...aku kena selesaikan kes pembunuhan ini dan aku ikhlas mintak maaf dekat kau tak ada unsur penghinaan lagi'

Bunga tinggalkan Farez di bilik siasatan dan pergi ke bilik siasatan yang lain pula

'Baik Tan Sri boleh tak ceritakan macam mana tan sri terfikir untuk ambil nura sebagai anak angkat?'

Farez memandu dengan kereta viosnya dan menuju ke rumah kakak angkatnya Nura Adlina untuk meminta nasihat kerana hubungan Nura dan Farez rapat sebab Farez selamatkan Nura

Sudah sampai tapi kosong gelap sunyi rumah ini dan farez turun dari kereta dan masuk ke rumah nura adlina

'Assalamualaikum...Kak Nura'

Nasib baik Farez ada kunci spare rumah Nura dan pusingkan tombol pintu arah 12-6 dan bukakan lampu tapi tak ada cahaya lampu

Farez membuka lampu telefonnya dan cari Nura Adlina dalam rumah tapi tak ada

'Mana kak nura pergi ni'

*Bunyi pecah kaca*

Farez terjatuhkan gambar Nura

'Alamak ni dahlah gambar kesayangan dia'

Farez ambil gambar itu dan termasuk dalam kejadian apa yang berlaku sebenarnya

'Tolong jangan'

'Kau tau tak kau binatang orang yang bersalah kau sanggup menangkan law mana kau pakai ni'

'Aku tak boleh nak buat apa dah kalau aku tak menangkan dia...dia ugut aku nanti dia akan bunuh aku'

'Sebab dialah keluarga aku mati sebab dialah hidup aku merana sampai sekarang'

Lelaki itu keluarkan pisau dari pocket jacket miliknya dan bunuh Nura dengan tikaman berkali-kali

Mata Farez mula terbuka dan ingin mencari siapa bunuh kakak angkatnya

'Kak Nura saya akan cari siapa yang bunuh akak'

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience