1

Romance Completed 2924

Waterfront, Kuching.

Aziff yang sedari tadi duduk mengadap permukaan sungai mendongak ke dada langit. Seakan baru menyedari peredaran masa di sekelilingnya. Langit yang awalnya ceria bertukar suram. Selang beberapa detik, titisan dingin bertaburan jatuh ke kulit mukanya. Memaksa Aziff bersegera mencari tempat berteduh.

Hujan. Suasana yang mengundang duka dihati Aziff. Suasana yang sama dirasainya setahun yang lepas. Suasana yang menjadi saksi perpisahannya dengan seorang gadis yang pernah menghuni relung hatinya.

Elyn. Sebaris nama yang tidak pernah lekang dari ingatan Aziff meskipun telah setahun peristiwa itu berlalu.

Setahun yang lalu...

“Babe, dengar dolok apa mek mok madah ngan kitak tok! (Babe, dengar dulu apa saya nak cakap dengan awak ni! ).” Laju langkah Aziff menyaingi Elyn yang berjalan pantas di hadapan. Namun, sia-sia. Dia langsung tidak diendahkan. Dan, bila Aziff bertindak mencapai lengan Elyn,

Buk !

Satu tumbukan padu singgah di wajah Aziff seraya menyebabkan tubuhnya terinjak ke belakang. Serta merta sebahagian wajah Aziff panas dan telinganya berdesing. Kulit mukanya terasa kembang berdenyut.

Seorang lelaki yang munculnya entah dari mana tiba-tiba menghalang lantas menumbuk Aziff. Lebih menyakitkan, Elyn kini berada dalam rangkulannya.

“Iboh kitak ngaco nya agik pas tok. Nya gerek kamek tauk sik! (Jangan kau kacau dia lagi lepas ni. Dia girlfriend aku tau tak! )”

“Ari tok ari last kamek datang nemu kitak... please, iboh kitak ngaco idup kamek agik pas tok (Hari ni hari last saya datang jumpa awak... please, jangan awak ganggu hidup saya lagi lepas ni).”

Kata-kata yang dituturkan Elyn bagaikan guruh yang memecahkan gegendang telinga Aziff. Kesakitan yang tadinya cuma dimuka dan hati, kini menjalar ke seluruh jasad. Jiwanya lemah serta merta. Akhirnya, Aziff terpaksa membiarkan Elyn diheret pergi tanpa dihalang. Satu-satunya gadis yang dicintai sejak zaman sekolah, kini pergi bersama lelaki lain. Dan kini, hanya bola matanya yang berkaca masih ligat mengekori langkah kedua mereka hingga hilang dari pandangan.

“Laa... sitok rupanya kitak, pa polah kitak sitok? Laa... sini rupanya kau, apa kau buat kat sini?)” suara itu bagaikan penyelamat yang menarik Aziff keluar dari memori pahitnya.

“Sekda...(takde...)“ ringkas kata nafi yang meniti di bibir Aziff. Tidak mahu bercerita panjang. Sambil tersenyum, Aziff mengalihkan pandangannya yang berkaca dari ditatap lama.

“Ceh... gai! mun sekda apa, kenak muka kitak tok menjus cam lemon jak mek nangga? (Ceh... poyo! kalau tak ada apa, kenapa muka kau ni masam macam lemon je aku tengok?,” bidas Rion. Seorang gadis berpewatakan lelaki.

Rion dan Aziff bukanlah berkawan lama. Namun, mereka akrab sejak menjadi sahabat di media sosial sejak setahun lepas. Semuanya disebabkan keperihatinan Rion yang meninggalkan komen balas di status ‘frust menonggeng’ milik Aziff. Dan, persahabatan itu berkekalan hingga saat ini.

“Alahai, ilek ar bro. Move on! sikboh ngenang rang mpuan kedak ya (Alahai, rilek la bro. Move on! Tak payah diingat perempuan macam tu)” pujuk Rion.

Dia tahu sakitnya dikhianati. Tapi, lebih sakit bila melihat sahabatnya terus hidup dalam kekecewaan sedangkan bahagia itu sentiasa ada andai dicari.

“Rion... kitak penah bergerek sik? (Rion... kau pernah bercinta tak? )”
Pertanyaan dari Aziff membuatkan Rion tersentak. Namun, pandai mengawal riak wajah.

Pertanyaan tadi tidak terus dijawab. Cuma senyuman bermain dibibir Rion. Pandangannya dialihkan dari tatapan Aziff.

“Bergerek tok sik penah... tapi dolok, kamek penah la suka sorang nembiak laki tok( Bercinta tu tak pernah... tapi dulu, aku penah la suka seorang budak lelaki ni)”

“Terus? “ soal Aziff. Sesekali dia mengeliat membetulkan otot-otot lengannya yang terasa kebas.

Belum sempat Rion bercerita, telifon dari kocek seluarnya berdering mengalunkan nada lagu ‘Matahari’, nyanyian KnowNo. Lantas, membantutkan segalanya.

Rion menjawab panggilan tersebut dengan wajah serius. Kemudian, meminta izin untuk beredar. Katanya, ada urusan keluarga yang perlu disegerakan. Aziff sekadar mengangguk senyum.

Sempat Rion berpesan agar Aziff pulang sahaja dari termenung melayan perasaan seorang diri. Namun, Aziff sekadar tersenyum sambil mengangkat isyarat ‘okay’, jelas reaksi wajahnya yang acuh tak acuh. Bagi Aziff, dia perlukan masa untuk melupakan semua.

Sebaik hujan berhenti, Aziff menyambung langkahnya semula. Menyusuri laluan tepi Waterfront. Tenang. Suasana sekitar Waterfront Kuching kini telah pun diwarnai cahaya lampu bewarna warni sepanjang persisiran sungai.

Bagaikan caturan takdir, Aziff menapaki langkahnya melalui Jambatan Darul Hana. Dan, di situ dia dipertemukan semula dengan pemilik kisah silamnya, Elyn. Elyn yang kini telah pun berstatus seorang ibu dari apa yang terpampang di mata Aziff sendiri. Seorang kanak-kanak perempuan baru sahaja mendekati Elyn dengan menyebut panggilan ‘mama’. Dan, buat beberapa detik, mereka berdua bagaikan figura kaku. Hanya kerdipan mata mereka yang saling bertaut.

*********

“Ehem.. em..” entah kenapa tekak Aziff terasa perit tiba-tiba. Otaknya kini ligat mencantum abjad untuk dijadikan baris bicara.

“Apa polah kitak kinektok? lama juak sik dengar kabar brita( Awak buat apa sekarang? lama juga tak dengar kabar berita)” aju Elyn dengan pandangan yang masih kekok.

Aziff sesekali merenung wajah si kecil dihadapannya yang kini leka menikmati jajan ‘super ring’. Pertemuan mereka sebentar tadi membawa mereka ke salah sebuah gerai makanan. Di situ mereka menyingkap kisah lama.

“Biasa cam dolok, gago ngan keja harian mek jak. Kitak? (Biasa macam dulu, sibuk dengan kerja harian saya je. Awak? )” Pertanyaan dari Aziff membuatkan Elyn terdiam. Wajahnya yang putih merona merah dengan alis mata yang merembes basah. Seakan ada kisah pahit yang terbuku lama di lubuk hatinya. Atas desakan Aziff, Elyn akhirnya bersedia berkongsi kisah pahit hidupnya.

Selepas berpisah dengan Aziff, Elyn berkahwin dengan pilihan hatinya. Perkahwinan yang diharapkan kekal ke akhir hayat hanya bersifat sementara. Semuanya musnah bila lelaki yang disangkakan mampu memberikan kebahagiaan dengan kemewahan dunia, rupanya kaki minum dan judi. Suaminya mula menunjukkan sikap sebenar setelah anak mereka dilahirkan. Sudahnya, hidupnya anak beranak terabai.

Jelas Elyn lagi, kali terakhir mereka berjumpa sebenarnya dia sedang mengandungkan anak lelaki tersebut. Bimbang dirinya dipersalahkan kerana curang dan terlanjur, Elyn meminta perpisahan mereka. Sengaja dia merancang pertemuan mereka di hadapan mata lelaki tersebut sebagai bukti kejujurannya dalam mengejar cinta lelaki kaya yang akhirnya menyebabkan hidupnya derita.

“Maafkan kamek sebab nyakit ati kitak dolok(Maafkan saya sebab sakitkan hati awak dulu),” tutur Elyn dengan nada sendu.

Aziff menggeleng. Seakan tidak percaya dengan kenyataan. Terima ataupun tidak, itulah kenyataan yang harus ditelan. Parut lama yang berselerakan di hatinya berdarah kembali.

Tidak disangka sangka, pertemuan mereka kali ini merungkai segala pertanyaan. Aziff mengimbau kembali memori pahit itu. Saat pertemuan mereka buat kali yang terakhir. Elyn hadir dengan memakai sweater. Rupanya untuk menutup perutnya yang kian membesar !

Serta merta air mata lelaki seorang Aziff mengalir membasahi pipi. Selama ini, dia menyangka kesibukan kerjanya lah yang menjadi penyebab perpisahan mereka. Sehingga hampir setahun dia menyalahkan dirinya. Ternyata tanggapannya meleset.

Dan, malam itu menyaksikan pertengkaran jiwa di antara Aziff dan Elyn. Sumpah, dia bencikan Elyn setelah mendengar semua penjelasan. Namun, jauh di sudut kecil hatinya dia berterima kasih kerana Elyn memilih untuk berkata jujur meskipun kebenaran itu menyakitkan. Sedikit sebanyak, rantai kemarahan yang menjerut mindanya kembali mengendur. Apatah lagi, bila merenung wajah si kecil di hadapannya. Kasihan. Kanak-kanak sekecil itu sudah diheret dalam krisis perbalahan rumah tangga.

“Aok... kamek maafkan kitak( Ye... saya maafkan awak).” Monolog yang tak terzahir.

********

Suatu petang, Aziff menghubungi Rion untuk berjumpa demi berkongsi cerita tentang pertemuan semulanya dengan Elyn. Pertemuan yang dianggapnya takdir yang memungkinkan mereka bersatu semula.

“Boring kamek ngan kitak kinektok, ndak alah-alah cerita pasal nya. Apakah? (Boring aku dengan kau sekarang ni, tak habis-habis cerita pasal dia. Dah kenapa? )” rungut Rion. Wajahnya mula mencuka. Jelas Rion rimas mendengar cerita tentang Elyn.

“Kenak ngan kitak ya? selalu oke jak mun dengar kamek bercerita(Kenapa dengan kau ni? selalu okay je kalau dengar aku cerita),” soal Aziff yang masih dungu dalam mentafsir hati dan perasaan.

“Kenak ngan kamek? sekda pa, kamek tok kawan kitak tauk sik... nasihat kamek ngan kitak sigek jak, iboh jadi P A L O I (kenapa dengan aku? takde apa, aku ni kawan kau tau tak... nasihat aku kat kau satu je, jangan jadi B O D O H),” ucap Rion dengan senyuman senget sebelum melangkah meninggalkan Aziff dalam keadaan terpinga-pinga.

“Eh, Rion! mok gi sine kitak? (Eh, Rion! kau nak ke mana? )”

“Kamek mapok dolok, bye(aku gerak dulu, bye)”

“Weh Rion! gi sine kitak? (weh Rion! kau nak ke mana?)”

Pertanyaan Aziff tidak diendahkan. Langkah terus laju menyusupi celahan tubuh manusia yang lalu lalang yang kemudiannya hilang dari pandangan.

“Aie... sikkan nya jeles( Aik... takkan dia jeles),” omel Aziff yang seakan baru tersedar perubahan sikap Rion. Lantas, mengorak langkah untuk mengejar. Malangnya, niat serta langkahnya terhenti bila Elyn tiba-tiba mencelah di hadapannya.

“Eh, apa polah kitak sitok? (Eh, apa awak buat kat sini? )” soal Elyn sambil menoleh sekeliling, mencari arah yang dilihat Aziff.

“Er, sekda... “ ringkas balas Aziff dengan senyuman kelat. Kini , menyambung langkahnya mengiringi Elyn.

Mereka terus berjalan sambil berbual. Perbualan yang lebih kepada sesi luahan perasaan Elyn sepanjang dia dah Aziff berpisah. Aziff sekadar menjadi pendengar setia. Selang beberapa ketika, langkah mereka terhenti betul-betul di hadapan Tun Jugah Mall.

Elyn yang tadinya berada di sebelah Aziff, mengundur langkah dan kini diam di belakang. Ada riak ketakutan di wajahnya.

“Oh... sitok pula kitak ya? sik pandey diam rumah kah? dasar mpuan murahan! (Oh... sini pulak awak? tak reti duduk rumah ke? dasar perempuan murahan! )” bentak lelaki yang amat dikenali Aziff. Lelaki yang sama menumbuknya serta merampas Elyn. Wanita yang sepatutnya menjadi miliknya saat ini.

“Wei paloi! mulut longkang kau ne sekda insuren kah? (Wei bodoh! mulut longkang kau tu tak ada insuran ke? ),” balas Aziff geram. Amarah lamanya kembali membuak.

“Kenak? eh... cam penah nangga jak muka kitak tok? sik jerak agik kah?(kenapa? eh... macam pernah aku tengok je muka kau ni? tak serik lagi ke?),” soal lelaki tersebut sambil meramas-ramas penumbuknya.

“Jerak? heh... mun jerak sekda mek bediri agik sitok( Serik? heh... kalau serik tak ada la aku berdiri lagi kat sini)”

Sengaja Aziff memancing amarah lelaki yang pernah menjatuhkan maruahnya di hadapan khalayak ramai. Biar kali ini, bara bertemu bara. Tengok nanti, api mana yang lebih marak!

“Bae! sikboh kitak bebukut sitok, please! (Bae! janganlah awak bergaduh kat sini, please!) “ rayuan Elyn sambil merangkul lengan suaminya. Namun ditepis kasar. Bahkan, Elyn diarahkan ke tepi.

“Diam! sikboh ngaco urusan orang laki( Diam! jangan ganggu urusan orang lelaki)”

Elyn terdiam kaku bila ditempik begitu. Tidak tahu harus berbuat apa. Hanya riak cemas menyelubungi dirinya. Suasana sekeliling mula sesak dengan mata-mata yang terhenti pada mereka.

Aziff dan lelaki tersebut mula bergelut. Masing-masing tidak mahu mengalah biarpun berkali jatuh dan berguling di tanah. Tumbukan demi tumbukan bersilih ganti. Tendangan demi tendangan memakan diri. Sehinggalah satu ketika menampakkan Aziff terhumban di tepi dinding. Nasib tidak menyebelahinya bila di situ terdapat sebuah botol heineken kosong. Botol itu dicapai lelaki tersebut lantas dipecahkan. Dan, dengan pantas botol tersebut dibenamkan ke dada Aziff buat beberapa kali.

Suasana sekeliling kucar kacir. Riuh rendah dengan suara jeritan. Dengan ketakutan, Aziff dilepaskan lelaki tersebut ke tanah. Sempat Aziff melihat wajah Elyn yang keresahan sebelum dia rebah ke tanah dengan pandangan yang semakin kabur. Hanya telinganya masih menangkap namanya diulang panggil. Dan, selang beberapa detik, semuanya senyap sunyi dan gelap...

*******

Aziff yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke hospital. Akibat dari pergaduhan tersebut, Aziff mengalami kerosakan teruk pada paru-paru kiri dan terpaksa menjalani pembedahan. Meskipun pembedahan tersebut berjaya. Aziff koma dan keadaannya kritikal. Menurut doktor yang merawat, Aziff perlukan penderma organ bagi menggantikan sebahagian paru-parunya yang rosak. Hanya itu satu-satunya cara untuk memastikan Aziff terus hidup.

Dua hari kemudian, pihak hospital berjaya mendapatkan penderma. Pembedahan dijalankan dengan kadar segera. Hampir seminggu Aziff tidak sedarkan diri setelah pembedahan. Elyn lah yang kerap datang menziarahinya, menguruskan semua keperluan Aziff sepanjang tempoh tersebut. Suaminya pula telah ditangkap atas tuduhan mabuk dan mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.

Dan, sebaik tersedar. Fikirannya bingung dengan kehadiran sekeping kertas berlipat kemas yang diserahkan oleh seorang jururawat kepadanya. Itu pun, setelah Elyn beredar dari ruang wad.

Lipatan kertas itu dibuka lantas barisan kata-kata yang tercatit dibaca dengan teliti,

“Kitak...

Mun diberik pilihan, mek mok jadi orang petama nangga kitak sedar. Orang petama nangga kitak senyum. Rindu gilak ngan muka cali kitak. Haha. Tapi, sikpa lah. Iboh kitak bingong, doa kamek sentiasa ada buat kitak.

Aritok, ari last kamek atas tanah Sarawak. Tapi sikpa, walau berjauhan, separoh diri kamek selalu ngan kitak. Sori mun kamek ada molah salah ngan kitak. Sigek jak mek mintak ngan kitak, jaga diri... iboh kitak berolah taok.

Kamek sayang kitak.”

*********

“Awak...

Kalau diberi pilihan, saya nak orang pertama tengok awak sedar. Orang pertama tengok awak senyum. Rindu sangat dengan muka lucu awak tu. Haha. Tapi takpelah, awak jangan risau. Doa saya sentiasa untuk awak.

Hari ni, hari terakhir saya dekat Sarawak. Tapi takpe, walaupun jauh, separuh dari diri saya ada dengan awak. Maaf kalau saya ada buat salah dengan awak. Satu je saya harap daripada awak, jaga diri... jangan nakal-nakal ye.

Saya sayang awak.”

********

Tiada tanda tangan dan nama. Dahi Aziff berkerut buat sekian kali.

“Dari siapa surat tok nurse? ( dari siapa surat ni nurse?)” aju Aziff kebingungan.

“Surat tu dari penderma paru-paru encik. Sebenarnya, saya tak boleh beritahu sebarang maklumat. Tapi, ni atas permintaan dari penderma tu sendiri. Em, encik rehatlah ye. Kalau ada apa-apa nanti panggil je.” Jururawat tersebut kemudiannya berpaling meninggalkan ruang wad. Tugasnya hanya setakat menyampaikan amanat pemberi surat.

Aziff merebahkan kepalanya kembali. Surat yang masih kekal digenggaman ditenung buat seketika. Bola matanya kelihatan kosong. Mungkin cuba mencari beberapa memori yang terselindung dari fikirannya yang berselirat.

Tiba-tiba terpacul sebaris nama dibibirnya,

“Rion! “

Elyn yang kebetulan masuk ke ruang bilik terdiam. Pandangannya turut tertumpu pada kepingan kertas yang ada digenggaman Aziff.

*********

Mesilau Nature Resort. Ranau, Sabah. Setahun kemudian...

Seorang gadis berambut lurus paras bahu kelihatan sibuk menyusun atur makanan di atas sebuah meja yang diduduki dua orang lelaki asing. Mereka yang mulanya sedang rancak berbual, senyap tiba-tiba. Seolah-olah terpaku dengan kemanisan wajah si gadis.

“Hey, cute... can i have u tonight? “ ujar salah seorang dari mereka. Seorang lagi pula tersengeh menampakkan riak wajahnya yang jelas miang.

Pertanyaan yang tidak dilayan, menyebabkan mereka bertindak lebih berani. Lengan si gadis diusap perlahan yang sudahnya mengundang padah buat mereka.

“Purhhh... what the hell are you doing girl?? “

Tercungap-cungap kedua mereka mengungkap kata bila minuman dingin yang dipesan mereka sebentar tadi menjadi air mandian. Basah lokos. Itu balasan buat lelaki hidung belang!

“Where’s manager here? call him right now! “ jerit seorang lagi sambil melilau ke kiri dan kanan. Mujurlah ketika itu tidak ramai mata yang melihat.

Seorang lelaki berkemeja biru datang dengan muka cuak. Lengan si gadis ditarik, “Apa polah kitak tok Ryana? (Apa awak buat ni Ryana? )”

Pemilik nama Ryana hanya tersenyum sinis, sedikit pun tidak diendahkan pertanyaan tersebut. Apatah lagi pada kedua mata merah yang seakan menunggu masa untuk menerkamnya.

“Ryana! i’m talking to you.” Lelaki berkemeja biru tersebut meninggi suara.

“Sekda bos! dua orang tok...”

Belum sempat Ryana menghabiskan kata, lelaki berbaju biru tadi memintas, “ Enough. Ari tok last kitak keja(Cukup. Hari ni last awak kerja).”

Kata-kata tersebut membuatkan Ryana terdiam. Bagaikan tak percaya dia kini kehilangan punca pencariannya sekelip mata. Sebelum beredar, sempat dia meludah di hadapan dua lelaki asing tersebut. Sumpah, makin menyampah bila melihat senyuman puas hati kedua mereka atas balasan yang di terimanya.

Seusai mengambil semua barangannya, Ryana melangkah menghampiri kawasan parkir. Menuju ke arah motosikal ktm scrambler miliknya. Namun, langkahnya terhenti bila terpandang sosok seorang lelaki. Lelaki yang tak pernah hilang dari ingatannya.

Lelaki yang sedari tadi leka menikmati udara sekelilingnya menoleh ke arah figura yang kini berdiri diam tidak berkutik.

“Rion, kamek rindu gilak ngan kitak(Rion, aku rindu sangat dengan kau).”

Ucapan yang meniti dibibir lelaki tersebut membuatkan wajah Ryana merona kemerahan. Matanya seakan berkaca. Ya, dia juga rindukan lelaki tersebut. Rindu yang tak terucap.

“Aziff? san buyan kamek tauk sik? apa polah kitak sitok? (Aziff? terkejut aku tau tak? kau buat apa kat sini? )” aju Rion yang kini lebih dikenali dengan nama Ryana. Jelas keterujaan di wajahnya.

“Sebab kitak... kamek mok tauk sigek pekara jak kinektok , kenak eh kitak sanggup begadai nyawa demi kamek dolok? (Sebab kau... satu perkara je yang aku nak tau sangat sekarang, kenapa ye kau sanggup bergadai nyawa demi aku dulu tu?)”

Ryana terdiam. Jujur, dia sendiri tak ada jawapan untuk tindakannya saat itu. Yang pasti, dia sanggup lakukan apa sahaja demi lelaki bernama Aziff. Termasuklah perubahan dirinya sendiri.

Genap umurnya 9 tahun, ibu dan bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Sejak itu Ryana dibesarkan oleh neneknya. Neneknya lah yang bersusah payah membanting tulang demi memastikan makan, pakai dan pendidikan Ryana terjamin. Dan, sebaik tamat peperiksaan SPM, Ryana mula bekerja. Bermula dari kerja di bengkel, hinggalah ke penghantar surat. Semuanya demi membalas jasa neneknya yang meningkat uzur.

“Rion... kamek madah ngan kitak tok(Rion... aku cakap dengan kau ni).”

“Ryana... nama sebenar kamek Ryana(Ryana... nama sebenar aku Ryana)”

Dan, disebabkan cuaca muram yang mengundang gerombolan awan gelap. Ryana mengajak Aziff ke rumah peninggalan keluarganya yang kini cuma didiami oleh Ryana dan neneknya.

“Sine lah kamek ngan nenek diam kinektok( Sana lah aku dan nenek tinggal sekarang),” terang Ryana sambil menuding ke arah sebuah rumah di satu kawasan berbukit. Aziff yang menunggang motorsikal tersebut sekadar mengangguk. Dia perlu focus pada pemanduan. Apatah lagi, nyawa gadis yang bakal dinobatkan sebagai pengisi tahta hatinya itu sedang membonceng di belakang.

“Nek... o nek!” laung Ryana. Aziff dipimpin masuk ke dalam rumah dan ditinggalkan di ruang tamu. Aziff seterusnya melabuhkan duduk di sofa klasik rotan sambil meninjau dekorasi ruang tamu yang tampak kemas tersusun. Bag galas yang melilit di badan ditanggalkan dan disandarkan ke tepi. Sedang bola matanya menilik satu persatu gambar yang terlekap di dinding, pandangannya tertarik pada sebuah gambar yang terletak di sudut paling tengah, betul-betul di bawah palang T bewarna putih yang tertulis. ‘We love Yesus’.

Di situ, gambar seorang gadis sedang tersenyum menjulang piala. Ada nota kecil dibingkaikan bersama, ‘Juara hati mama dan papa’

“Oh, nenek ada tamu? “

Aziff bingkas bangun sambil tersenyum. Sambil menunduk, tangan wanita itu dicapai lalu dikucup. Tingkah tersebut membuatkan wajah tua itu tersenyum.

“Nek, tok nya mbiak laki nak kamek madah dolok(Nek, ni la budak lelaki yang saya cakap dulu)” terang Ryana.

Serta merta wajah Aziff berubah. Tersipu-sipu sambil merenung wajah Ryana. Mula risau apalah yang diceritakan Ryana tentangnya.

“Oh... tok nya Aziff? (Oh... ni la dia Aziff?)”

Aziff hanya tersenyum. Sesekali wajahnya merenung Ryana dengan kening yang bersambung.

*******

“Kenak kitak nangga kamek kedak ya? (kenapa kau pandang aku macam tu? )” gugup pula bila Aziff merenungnya begitu.

“Sebab kamek baru perasan sigek benda, kitak tok... kacak juak tauk sik(sebab aq baru perasaan satu benda, kau ni... cantik juga tau tak)” puji Aziff jujur dari hatinya. Rion yang dikenalinya dulu jauh berbeza dengan Ryana sekarang. Lebih ayu dan lembut.

“Eleh... ngegeh. Tapi, kamek tok sekda la kacak cam ex gerek kitak, apa eh namanya? Elyn kah? (Eleh... mengada. Tapi, aku ni takde la cantik macam ex girlfriend kau, apa ntah nama dia? Elyn ke? “ balas Ryana sambil menjuih bibir.

Reaksi yang mengundang ketawa Aziff. Sah, selama ini Ryana cemburu.

“Oittt...kenak kitak ketawa? “

“Sekda bah... cali jak... em, Ryana, dolok kamek penah tanya, kitak penah sik bergerek. Apa eh molah kitak time ya? (Takde... lucu je... em, Ryana, dulu aku pernah tanya, kau pernah bercinta tak. Kau bagitahu apa ye masa tu? )”

Ryana serentak menoleh. Namun, segera berpaling bila pandangan mereka saling bertaut.

“Emm, cinta kerak jak bah... mbiak laki ya pun dah bergerek kinektok. Jerak udah kamek mok bergerek gik( Emm, cinta monyet je... budak lelaki tu pun dah ada kekasih sekarang ni. Serik dah nak bercinta lagi)”

“Err... em, Ryana,” Kali ini Aziff mengalih kedudukan. Betul-betul berdiri di hadapan gadis tersebut.

“Aok?(ye?)”

“Kitak sayang kamek sik? (awak sayang saya tak?)” Entah kenapa dari nada ber’aku’, kini lebih lembut bahasanya. Yang pasti, Aziff benar-benar ingin dekati gadis yang telah menjadi sebahagian dari dirinya.

“Haha... kitak merange kenak eh? cali tauk sik(Haha... pelik perangai kau ni kenapa? lawak tahu tak),” tutur Ryana dengan wajah merona kemerahan.

“Ryana... kitak cayak sik ngan kamek? (Ryana... awak percayakan saya tak?)” kali ini Aziff lebih berani. Jemari Ryana dicapai lalu digenggam erat.

Ryana terdiam. Ada manik jernih di mata Ryana. Buat seketika dia merenung jauh ke dalam anak mata Aziff. Dan, dia pasti Aziff ikhlas.

Malam itu, Aziff yang menumpang bermalam di sana turut membantu nenek menghidangkan makan malam di meja. Hidangan yang dimasak sendiri oleh Ryana.

Seusai makan malam. Aziff membantu Ryana membasuh pinggan di dapur.

“Ryana... kitak tauk sik, apa beza kitak dengan matahari? (Ryana... awak tahu tak, apa beza awak dengan matahari? ),” soal Aziff yang masih ligat membasuh pinggan di singki.

“Em... “ balas Ryana sambil menjongket bahu, “Apa?”

Aziff menoleh sekilas senyum. “Mun matahari ya nerang di siang ari jak. Kitak, setiap ari nerangi idup kamek(Kalau matahari tu terang di siang hari je. Awak, setiap hari terangi hidup saya)”

“Eeee... aok jak lah(Eeee... ye la tu)” jelas terukir senyuman di bibir Ryana.

“Ryana... kamek sik bulak tauk soal ati ngan perasaan. Jujor mek madah, mek sayang gilak ngan kitak(Ryana... saya tak tipu tau soal hati dan perasaan. Jujur saya cakap, saya sayangkan awak sangat-sangat)”

“Eeee... sudahlah. Angol palak kameh dengan olah kitak(Eeee... sudahlah. Pening kepala saya layan kerenah awak)” balas Ryana seraya mencuci tangan dan melangkah meninggalkan Aziff di ruang dapur.

Sempat Aziff menoleh dengan sisa senyuman. Biarlah tak dipandang, yang pasti. Dia benar-benar tenang bila Ryana di sisinya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience