2- End

Romance Completed 2924

"Aziff benakah suka dengan Ryana? “ soal nenek yang baru melangkah masuk ke ruang dapur. Ada riak risau di wajahnya. Apatah lagi bila mendengar sendiri perbualan di antara Aziff dan cucunya,Ryana.

Aziff menoleh dengan senyuman. Tangannya yang basah segera dikeringkan. Lantas mendekati nenek. Kedua mereka kini mengambil tempat di meja makan tadi.

“Aok nek... bena, mun diizin nenek, Aziff mok memperisterikan Ryana.” Pengakuan Aziff membuatkan mata tua di hadapannya berkaca.

Aziff tahu dia dah Ryana berbeza cara hidup. Agama merupakan perbezaan paling ketara bagi mereka. Tapi, cinta tak menghalangkan itu semua. Bahkan, Aziff turut menjelaskan bahawa betapa Islam menitikberatkan hubungan silaturrahim sesama keluarga meskipun perbezaan agama. Akhirnya, atas kesungguhan yang ditunjukkan Aziff. Nenek merestui hubungannya dengan Ryana.

********

“Kitak... kamek dah minta restu nenek. Kinektok, kitak sudi sik jadi matahari kamek sampey bila-bila.(Awak... saya dah minta restu nenek. Sekarang, awak sudi tak jadi matahari saya sampai bila-bila),” soal Aziff dengan nada separa berbisik. Kini, Aziff mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya seraya dihalakan ke hadapan Ryana,

Kotak baldu bewarna hitam itu dibuka perlahan lantas menyerlahkan sebentuk cincin putih bertatahkan 3 cantuman batu kecil yang berkilauan.

Ryana diam tidak berkutik. Suasana sekelilingnya terasa kosong. Yang tinggal hanya mereka berdua. Suasana romantik itu berkekalan buat beberapa detik.

“Ryana Sandra, kitak sudi sik? “

“Aok... kamek sudi.”

********

Pantai Tanjung Aru, Sabah.

Aziff dan Ryana berpimpin tangan menyusuri persisiran pantai. Suasana petang yang cukup nyaman dengan hembusan dingin bayu laut. Sesekali mereka tersenyum bila ombak laut menyentuh jemari kaki mereka.

“Ryana... kamek bahagia gilak tauk sik? “

“Kenak la? “

“Dolok, kamek cuma ada sebahagian jak dari diri kitak, kinektok... kamek dah miliki kitak sepenohnya. Kitak tok ibarat ‘Starla’ dalam ati kamek.”

“Starla? “

“Aok... ‘bintang nang mek puja’ ,” terang Aziff. Bibirnya tak pernah lekang dari senyuman.

Kata-kata itu benar-benar membuatkan hati Ryana tersentuh. Lantas, tanpa mempedulikan suasana sekeliling, pinggang Aziff yang kini menjadi suaminya didakap erat.

“Oh... emm, mun kamek minta sigek benda boleh sik? “

“Untuk kitak apa jak... “

“Kamek mok nengar kitak nyanyi lagu surat cinta untuk Starla... kinektok, please,” pinta Ryana dengan nada manja membuatkan Aziff tertawa. Lantas, bersaksikan langit jingga dan irama sang angin, permintaan dari Ryana ditunaikan.

< T A M A T >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience