BAB 6

Romance Completed 11956

Skrin komputer riba ditatap lama. Puisi itu benar-benar menyentuh jiwanya. Blog ‘An-Nisaa’ yang menjadi tatapan Haris kini menarik perhatian. Penuh dengan puisi keagamaan. Siapakah yang diilhami Allah SWT untuk menulis puisi yang begitu indah pada iman. Semoga setiap pembacanya mendapat manfaat dan menghayati tiap bait-bait ayat yang begitu menggegarkan jiwa khalifah. Walau siapa pun penulisnya, semoga Allah merahmatinya.

CINTA.. Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku, Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu.. Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku, Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu.. Andai saja kau JAUH dari diriku, Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku.. Andai saja kau HILANG dariku.. Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta.. Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu.. Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku.. Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan.. Biar harta dan jasad terkorban.. Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta.. Menyebut namamu takkan pernah jemu.. Mengingatimu takkan pernah lupa.. Memujimu takkan pernah rapuh.. Janjimu sentiasa teguh.. Cinta sehidup dan selepas mati.. Cinta yang sentiasa bahagia walau derita.. Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu! Aku hidup kerana cinta itu! AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu.. Itulah pelindung yang memeliharaku.. Itulah ketenangan yang mententeramkan aku.. Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada.. Engkau yang sentiasa bersama.. Saat suka dan duka.. Aku cinta padamu.. Aku cinta pada takdirmu.. Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta.. "Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.." Atas nafas cinta... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.. Jihad cinta buatMu ya Rabb... Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu.. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Puisi ‘Aku jatuh cinta’ dibacanya berulangkali. Sesekali airmata yang jatuh disekanya segera. Bibirnya meniti istighfar. Puisi itu seakan merasuk kamar emosinya. Menerjah diruang fikirannya. Lantas jasadnya bangun menyucikan diri dengan wudhu. Tenang. Jiwanya dibalut ketenangan usai sahaja solat tahajudnya tengah malam itu. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..zikir berlagu pada bibir, jiwa dan meresap di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience