BAB 8

Romance Completed 11956

Tepat sangkaannya, getus Alia. “Kakak penulis puisi yang selama ni cikgu Haris beri pada kami?” soal Alia terus.

Namun Damia hanya memberikan senyuman sebagai jawapan. Menyembunyikan sedikit emosinya yang masih terkejut kerana suaminya menggunakan nukilan puisi dalam blognya sebagai bahan kaunseling. Tidak menyangka Haris turut menyelami curahan jiwanya dan menyampaikannya dalam corak bimbingan kaunseling.

“Cikgu Haris tak tahulah selama ni yang tulis puisi kegemarannya ialah isterinya sendiri.” Usik Alia.

“Akak pun tak sangka suami akak boleh terjah blog akak. Sebelum ni memang ada yang minta izin copy semua karya akak melalui emel, tapi akak tak tahu yang minta izin tu suami akak sendiri,” ujarnya sedikit tergelak. Subhanallah..

Kertas yang dicetak dari laman blognya ditatap bersama Alia.

Pilihanku.. Bukannya pada paras rupa yang menawan hati.. Kerana cintaku bukan pada pandangan semata.. Takut jika diwarnai kegelapan.. Kita buta hilang arah..

Pilihanku.. Bukannya pada manis tutur kata bermadah.. Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela.. Andainya suara dikaburi fitnah, Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku.. Bukan pada banyaknya harta dunia, Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga.. Bimbang kemewahan membawa leka.. Menghilangkan cinta kita padaNya.. Lalu dimanakah bahagia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience