BAB 6

Romance Completed 4735

“Bak sini pinggan tu,” antara nak dan tak nak terpaksa juga Syazira menghulurkan kepada Rafael, takut dia melihat pandangan tajam lelaki itu padanya.Entah apa yang nak dibuatnya, kalau dia tahu awal-awal yang lelaki itu boleh makan sendiri tak adanya dia nak suapkan. Tak terlayan dia.

“Bukak mulut besar-besar, aaa...” kata lelaki itu sambil membuat gaya buka mulut, bukan main terkejut lagi Syazira tika itu. Antara nak percaya dan tidak aje tapi itulah realitinya.Malu pula dia rasa tapi bila Rafael dah mendesak dia buka juga mulutnya. Nak tak nak selamat juga nasi tu masuk dalam mulut dia, nasi telur kicap pun...telur kicaplah.Bila lagi dia nak merasa lelaki itu menyuapnya.Selesai makan, terus dia menghulurkan ubat kepada lelaki itu tapi ditolak lelaki itu.

"Kenapa?”

“Letak aje ubat tu kat situ, kejap lagi pandailah aku nak makan, kau pergilah tidur.”

“Huh! Tak nak. Orang nak awak makan sekarang, depan orang.Selagi awak tak makan orang tak nak turun dari katil ni, biar awak aje yang tidur bawah.” Berkeras Syazira menyuruh Rafael makan ubat padahal dia sendiri liat nak makan ubat.

Dengan selamba badaknya, Syazira menarik selimut menyelimuti badannya, Rafael yang ada di sisi tercengang dengan tindakan berani mati gadis itu. Nak tak nak dipaksa juga dirinya menelan ubat yang amat sukar untuk masuk ke tekaknya.Bila dia memandang ke sisi gadis itu sudah tertidur,tak sanggup pula dia nak mengejutkan gadis itu jadi dia biarkan aje gadis itu tidur di katilnya yang suatu masa dahulu dilarang keras gadis itu tidur.

“Tidur macam hantu bungkus.” Tergelak kecil Rafael dengan Syazira yang tidur menutupi hampir keseluruhan badannya.Daripada dia tengok mayat gadis itu esok pagi lebih baik dia buang selimut yang menutupi wajah Syazira.Lama diamati wajah itu dan terlintas di hatinya kenapa dia tak boleh nak terima kehadiran gadis itu dalam hidupnya padahal gadis itu lengkap, sempurna semuanya.Tak ada cacat celanya.Ada semua yang lelaki nak, tapi itulah...kata orang hati tak boleh dibeli, cinta sukar datang lebih-lebih hati dah pernah dikecewakan.Dia tersenyum melihat Syazira yang tidur pulas di tepinya.

‘Benarkan aku cintai kau,’ kata hati Rafael lewat malam itu.
Syazira terkejut bila melihat tubuhnya ada di sebelah Rafael, terbuka mulutnya tapi dia cuba berlagak tenang.Dahi Rafael disentuh lagi, dia berharap yang demam lelaki itu sudah surut.Bila terasa ada tangan di dahinya Rafael terus tersedar dari tidurnya.Terkejut Syazira bila dia tidak sempat nak larikan tangannya dari dahi lelaki itu. Bila saja gadis itu mahu melarikan tangan dari dahi, cepat aje dia mencapai pergelangan tangan Syazira. Lama mereka berkeadaan begitu, tajam matanya memandang Syazira hingga menyebabkan gadis itu tidak keruan.Sengaja dia berbuat demikian kerana dia tahu gadis itu tak dapat nak memandang lama matanya.kesian pulak dia dengan Syazira.

“Mana kau nak pergi tu?” Tanya Rafael laju bila gadis itu ingin beredar dari situ. “Duduk sini balik, aku ada hal nak cakap, kau perlu dengar dan angguk je,”

Antara nak dan tak nak aje Syazira duduk kembali di sisi lelaki itu. Entah apalah yang nak dikatakan lelaki itu padanya. Dahlah tadi dia dimalukan.Dengan sabar dia menunggu butir bicara lelaki itu.Bila lelaki itu hanya memandangnya tidak berkelip dan langsung tak membuka mulut dia jadi geram.

“Cakap ajelah, tadi nak cakap sangat.”Terkejut dia bila lelaki itu ketawa lepas, lawak ke apa yang dia cakap?

“Aku dah buat peraturan baru, dan yang pasti kau kena ikut, sama ada kau suka atau tak.Yang pertama kita kena tidur sekatil.” Bila melihat Syazira ingin membantah cepat aje Rafael membalas. “Sebabnya aku tak nak ada yang perasan apa yang dah jadi kat kita sejak kahwin. Kedua, setiap kali bangun tidur, pergi dan balik dari kerja kau kena cium pipi aku.Kalau kau buat muka atau tak setuju kena bagi aku double kiss.Pilih mana yang kau nak.”sambung Rafael bila Syazira membuat mula loya. “Ketiga, kau kena pakaikan aku necktai, kalau kau tak pandai tak apa nanti aku ajar.Keempat, setiap hari ahad kau kena buat nasi ayam untuk aku sebab nasi ayam kau sedap.Yang terakhir dan yang paling penting, antara hidup dan mati.Kalau ada orang buli kau, bagitau aku, itu wajib!!” Selepas memberitahu semua peraturan barunya Rafael terus ke bilik air. Tidak sampai seminit pintu bilik air dibuka kembali oleh Rafael dengan berus gigi di tangan.

“Apa lagi?” Malas sahaja kedengaran suara Syazira. Dia tahu, pasti ada lagi yang mahu dikatakan lelaki itu padanya. Entah apa lagi yang hendak dimintanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience