BAB 11

Romance Completed 4735

Shakira yang berada di sofa bersebelahan tersengih memanjang, malas dia nak masuk campur dalam urusan dua sahabat itu.Tapi dia dan suaminya betul-betul nak membantu Syazira dan Rafael. Dia tahu yang Rafael sangat sayangkan Syazira dan sayang lelaki itu pada isterinya melebihi sayang lelaki itu kepada Aisyah suatu ketika dulu. Hampir dua jam juga Rafael menunggu tapi jangankan batang hidung Syazira tapi batang hidung Irfan pun dia tak nampak. Akhirnya dia tertidur dalam menunggu.

Tadi selepas dijemput Irfan, Syazira bergegas ke hospital, dia betul-betul bimbang dengan apa yang berlaku, dan yang paling dia terasa bila lelaki itu tidak mahu berjumpa dengannya walaupun dah lama dia menunggu.Mungkin dia juga yang salah sebab dah buat lelaki itu terasa, memang dia patut diperlakukan sebegitu, tapi sejak peristiwa itu jugalah air matanya tak pernah kering.Ada juga dia menunggu panggilan daripada Rafael tapi hatinya lagi kecewa. Dia takut! Takut Rafael tidak mahu menerimanya lagi. Semalam dia akui silapnya, mudah terasa dengan apa yang dikatakan Aisyah hinggakan dia mengenepikan kata-kata suaminya walhal dialah yang patut mempercayai lelaki itu, bukannya percaya kepada Aisyah. Wanita yang tetiba aje muncul dalam hidup mereka.

Bila saja pintu wad persendirian yang dihuni Rafael dibuka dia dapat melihat Irfan dan Shakira di satu sudut dan bila dia menapak masuk mereka berdua bergerak keluar, kata mereka mahu ke klinik untuk rawatan lanjutan Shakira.Lagi beberapa minggu lagi due date tapi isterinya bukan reti nak duduk diam, mana dia pergi nak ikut aje kerjanya.

“Kami balik dulu ye, nanti kalau ada apa-apa call kami erk,”kata Shakira sebelum berlalu.

Selepas mereka berdua berlalu dia menapak ke katil Rafael. Setiap langkahnya ditemani air mata,dia dapat melihat lelaki itu lena dan sesekali berkerut dahi mungkin terasa sakit, tak sanggup dia nak kejutkan lelaki itu.Tanpa dia minta air matanya jatuh dan menitis di wajah Rafael. Bila menyedari apa yang terjadi cepat aje dia menyapu air matanya yang jatuh ke wajah Rafael dan tika itu juga Rafael tersedar.

“Syazira.” serunya perlahan. Syazira cuba nak melepaskan diri tapi cepat aje tangannya dicapai oleh lelaki itu.Tangan lelaki itu ditumbuk berkali-kali agar tangannya dilepaskan tapi dia berhenti bila aje mendengar lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Sakit ke?” Saya tak tahu awak sakit kat mana, saya nak tengok awak, awak tak bagi tapi kenapa sekarang ni awak panggil saya. Kenapa?”

Tangan Syazira yang menumbuk dadanya dipegang kejap. Sakit dadanya bila menjadi tempat gadis itu melepaskan geram. Tersenyum dia bila gadis itu sanggup datang dan tanpa banyak kata tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya.

“Tadi tanya sakit ke tak ni pukul abang pulak, abang buat macam tu sebab abang sayangkan Syazira. Kalau tak sebab sayang, abang tak akan buat macam ni tau tak,”katanya sambil mencuit hidung mancung Syazira. Air mata yang mengalir di pipi mulus itu diseka lembut.

“ Sakitlah! Kenapa semalam abang tak nak jumpa orang? Kenapa sekarang ni nak jumpa pulak? “

“Sayang nak tau kenapa abang buat semua ni, sebab abang nak sayang tahu macam mana seksanya hidup abang kalau berpisah dengan sayang, apa yang sayang rasa sekarang nilah apa yang abang rasa bila sayang mintak yang bukan-bukan, abang tak nak berpisah dengan sayang, Zana tu perkara silam yang dah lama abang tinggalkan, sekarang hidup abang hanya untuk awak Syazira.Jadi tolonglah, tolonglah berada di sisi abang untuk selamanya, ” kata Rafael mengucup tangan isterinya.Setitis demi setitis air mata Syazira menitis di pipi. Kata-kata Rafael membuatkan hatinya sebak, dia benar-benar tidak mampu untuk hidup tanpa Rafael, lelaki yang pernah dibencinya dan lelaki yang juga dapat menambat hatinya.

“Teruk sangat ke sakit abang, Nad minta maaf sebab Nad abang jadi macam ni,” katanya dengan sisa air mata. Sedu sedan gadis itu kedengaran lagi untuk kesekian kalinya.

“Dahlah sayang, abang tak nak tengok sayang sedih-sedih macam ni. Taknaklah nangis-nangis macam ni.Erm..tak adalah...luka sikit jek, kaki je yang kena pakai POP ni, yang lain-lain gimik jek.” Kata Rafael tergelak besar.Sekali lagi dadanya dipukul kasar oleh Syazira. Kini hatinya lapang selapangnya, hati Syazira dah ditakluknya.

“Tapi orang bukan cinta pertama abang, abang boleh dapatkan balik cinta abang.”

“Aryssa Syazira Binti Azfar, sekali abang kata abang cintakan Syazira Bermakna sayanglah pemilik hati abang sampai bila-bila pun, dan abang dah kat walaupun sayang bukan yang pertama tapi sayang adalah cinta terakhir abang, Aisyah tu masa lalu abang, dengan Syazira, abang tahu apa itu cinta. Izinkan abang penulis lirik dan lagu irama cinta kita, biar sampai buat album banyak siap ada album kompilasi ‘The Greatest Hits of R&S.’’ ujarnya dengan pandangan yang redup, sempat lagi dia mengenyitkan mata kepada isterinya.

“Awakkk...”Belum pun sempat Syazira menghabiskan kata-katanya pipinya dicium berkali-kali oleh Rafael.

“Gelilah,” katanya sambil memukul dada bidang Rafael. Bila melihat wajah berkerut Rafael dia jadi serba salah.

“Sayang daripada tumbuk dada abang ni, baik sayang picit-picit belakang abang ni lagi baik, ni kalau pukul banyak kali mahu berlubang dada abang di buatnya..”

“Alahh abang anggaplah itu sebahagian dari urutan juga, terapi hilangkan stress abang,’’ balas Syazira berseloroh. Serentak itu kedengaran hilai ketawa mereka berdua. Meski pada mulanya irama cinta yang dimainkan mereka tidak senada, namun mereka lega

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience