Rate

BAB 1

Adventure Series 1239

“Adam,bangun kita kat mana ni!”Adam membuka mata perlahan-lahan. Kelihatan seorang perempuan berbaju kurung duduk di sebelahnya.Sinaran mentari yang menerjah tepat ke arah anak matanya menyebabkan dia tidak mengecam tempat dia berada. Sedar-sedar dia sudah berada dalam kilang yang sudah lama tidak beroperasi. Ditinggalkan terbengkalai.

“Mira, macam mana kita ada dekat sini?”Adam pelik. Setahunya dia baru sahaja makan malam bersama-sama Mira beberapa minit lepas.

“Adam,cuba tengok dekat sana!”Adam memandang sekitar,terdapat satu replika patung manusia di tengah-tengah kilang tersebut. Tertera nama ‘Mira Ahmad’ ditulis di situ.

“Ni  bukan nama Mira ke?”  Adam kehairanan. Ditambah lagi banyak replika yang diletakkan di situ. Berderet patung diletakkan di situ.

“Henz , Zerd ,Sherm, Murs ,kenapa semua ada kat sini? Kenapa semua patung kat sini macam bernyawa jer! Pelik betul” tiba-tiba Adam terperasan sesuatu. Mira dah hilang.

Adam!Adam! Kedengaran jeritan Mira memecahkan keheningan suasana . Adam cuba menyusuri kilang tersebut untuk mencari punca suara itu datang. Semakin lama semakin halus dan hilang. Adam berhenti sejenak. Sekarang baru terperasan yang dia bukan lagi di sebuah kilang yang usang. Kini dia berada dalam sebuah pusat beli belah yang tidak berpenghuni. Lampu terpasang namun tiada pengunjung yang lalu lalang di situ.

“Adam ,Adam” Adam dapat melihat kelibat Mira betul-betul di hadapannya. Adam mendapatkannya. Dipeluknya erat.

“Adam sini,aku kat sini” tegur Mira dari kejauhan. Tangannya diikat di sebuah kerusi.

Adam tersedar. Dia hanya memeluk bayang. Tiba -tiba seorang lelaki keluar dari gelap.

“Adam Bin Bakar, kau kena ingat kau tu lemah,tak setanding aku”Adam cuba bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kali dia pasti dia tidak akan kalah.

“Ingat ye, aku ni Zarqon,aku akan pastikan hidup kau merana sampai kau mati.”Adam terus meluru ke arah Zarqon .

“Sama macam dulu, lemah!”Zarqon mengelak serangan Adam dengan mudah .

Dia terus mengeluarkan bebola api dari tangannya memaksa badan Adam terpelanting ke dinding.

Tiba -tiba sebuah bebola kilat keluar dari runtuhan yang menghempap Adam. Zarqon hanya menepis dengan jarinya sahaja. Serangan tersasar menyebabkan berlaku runtuhan yang banyak. Batu-batu berjatuhan. Adam terus menerpa ke arah Zarqon namun badannya terapung di udara kemudian terpelanting jauh ke belakang.

Uhuk!Uhuk!

 Darah membuak keluar dari mulutnya. Dia penat. Ditambah lagi luka semalam yang masih basah.

Adam!Adam!

Mira terjatuh ke bawah. Nasib baik Adam sempat mencapainya sebelum jatuh. Bangunan semakin banyak retak dan Adam ikut terjatuh ke bawah. Dia memaut pada sebatang besi yang terjulur di depan matanya. Adam terus membawa Mira ke atas. Seusai Adam memanjat ke lantai atas ,dia ditendang lalu tercampak sekali lagi ke bawah. Zarqon memijak tangan tempat dia berpaut.

‘argh’  “Kau kena tahu hakikat dunia ni,Adam. Bukan selalu kita kat atas. Kadang kita dekat atas,kadang kita dekat bawah.Macam mana kau tinggalkan aku dulu,macam tulah Mira...akan tinggalkan kau. Betulkan Mira?” Adam pelik. Mira terus mengacukan pistol tepat di kepalanya.

“Mira,apa semua ni?” Adam cuba bertahan.

“Adam kau tak nampak lagi ke? Kita langsung tak ada harapan nak menang. Kita akan mati juga nanti. Kau tu je yang masih buta. Kau faham tak?”Adam melompat dengan mengejut.Mira menembaknya namun Adam lincah mengelak.

“Adam aku bagi kau pilihan sama ada serahkan kordinat permata tu dekat aku atau….”Zarqon terus mengeluarkan cahaya dari tangannya lalu disasarkan kepada Mira. Tak semena-mena Mira bertukar menjadi seekor naga. Meluru ke arahnya. Dari mulutnya keluar bebola api yang sangat besar menuju ke arahnya.

‘argh!argh! Panas!Panas!tolong aku !sakit!”Adam mengerang kesakitan menyebabkan  Jeneral Henz terbangun dari lenanya. Kelihatan tiga orang jururawat bergegas ke arah pesakit mereka itu. Mereka segera memberi suntikan supaya Adam dapat bertenang. Henz cuba menyedarkan Adam.

“Aku kat mana?” Adam cuba untuk bangkit. Dia mengensot sedikit ke belakang untuk duduk dengan selesa.

“Henz, Aku mimpi Mira lagi. Ni semua sebab aku. Patutnya aku selamat dia hari tu..ni tak ,aku bunuh dia. Aku yang patut mati..”jeritan Adam menyebabkan semua di wad tersebut memandang ke arah mereka. Henz terus menekup mulut Adam.

“Adam,nak frust pun janganlah meroyan kat sini!  Benda boleh bincang kat luar. Ni semua orang tengok kita tau. Kau ni buat malu aku jer!”

Kring!kring!

“waalaikumussalam,Jeneral Henz ni. Hah Kapten Aira ,ada apa?”

“Tuan,saya nak maklumkan petang ni kita akan adakan meeting dengan Fil Marsyal Fezil! Jangan lambat tau. Berkenaan dengan cuti untuk Jeneral Adam, pangkalan pusat telah berikan kebenaran untuk bercuti selama sebulan. Itu sahaja dari saya,apa-apa berita saya akan maklumankan secepat mungkin. Bye!”Henz kembali mendapatkan Adam.

“Adam ,besok kau dah boleh holiday sebulan. Apa-apa masalah ,call aku ye!”Henz segera beredar dari situ. Risau akan terlambat.

Di rumah Adam…

 “Adakah kau akan setia bersamaku selamanya,walau dalam apa keadaan sekalipun.?”

“ Ya,walapun lautan api menghalang….”

Adam mengambil tisu untuk mengelap air mata disebabkan sedih melihat drama korea di kaca televisyen. Sebak.

“Ishh ! Pelik betullah aku ni. Sejak bila pula layan drama. Askar pun boleh nangis.”Adam tersentak apabila telefonnya mengeluarkan satu bayangan hologram berwajah ayahnya.-Fil Mardsyal Azhari meninggal dalam insiden di Baling tiga tahun lalu dalam letupan mengejut semasa perasmian Cesur army @tentera berani. Nama itu direka khas sempena mengambil semangat tentera Turki di medan perang pada suatu masa dulu. Unit-unit khas ditubuhkan mengambil nama tokoh-tokoh perang terhebat Turki di peringkat antarabangsa. ‘Mehmed Squad’, ‘Selim Squad’ dan ‘Suleiman Squad’ .

“Adam,selamat hari lahir ulang tahun kelahiran ke-25. Semoga panjang umur.”

‘Alamak ,macam mana aku boleh lupa birthday aku tahun ni,nasib baik ayah aku ingatkan’

“Sebenarnya misi ayah belum selesai, ayah hanya harapkan kamu untuk selesaikan misi terakhir ayah”Azhari menunjukkan sekeping kertas tertera tulisan.

“Kamu kena jumpa dengan seorang doktor - Dr Ben. Dia akan jelaskan segalanya kepada kamu. Kamu akan tahu nanti.” Adam sempat mengambil alamat pada kertas tersebut.

“Abah!Abah!” hologram tersebut terpadam dan terhapus secara automatik.

‘malam ni ,apa lagi . I want to finish my new mission’

Adam menyambungkan panggilan kepada Henz.

‘kring!kring’

“Assalamualaikum,Henz . Malam ni kau ikut aku ehh.Dinner.Bawa Kapten Aira sekali. Korang tunggu kat depan rumah aku”

“Waalaikumussalam,Adam ...ni apa benda ni… tiba-tiba jer… kau ni …….”panggilan terputus.

Malam hari…

Adam melayan perasaannya. Masih teringatkan Mira. Sedih dan pilu.

‘Harghh,harghh’

“kau ni kan kenapa tak bagi salam dulu,buat orang terkejut aje lah.Ni..kapten Aira kat mana?”Adam mengurut dadanya perlahan. Nasib baik tak kena sakit jantung.

“ ‘ha!ha!ha!’ kau ni tu pun terkejut..”. Ni kapten Aira kejap lagi sampai.”Henz mengambil tempat duduk di tempat Adam.

“Korang berdua borak apa tadi?”

“Takda apa-apa,jomlah ikut aku!” mereka membuntuti langkah Adam dari belakang.

“hah Adam,aku nak tanya lah ? Kita nak dinner kat mana nie”Henz cuba membuka topik perbualan mereka .”

“Kita akan dinner akan tempat yang aku sendiri pun tak tahu dekat mana.”Adam terus fokus pada pemanduannya.

“okey ,dah sampai !”mereka terus pergi ke arah rumah banglo di hadapan mereka.

‘assalamualaikum,Dr Ben’

 Seseorang lelaki tua menguak sedikit pintu.

“Oh,Adam! Masuklah ke dalam”

“Tuan Adam tak bagitahu saya pun tuan ada saudara mara dekat Kuantan!”

“Mana adalah, saya pun tak kenal dia ni,ayah saya yang suruh datang sini. Suruh selesaikan misi terakhir dengan doktor ni! !”Adam duduk di atas sofa rumah Dr Ben.

“Dr Ben,macam mana boleh kenal saya?”

“Dulu saya ni ,kawan baik ayah awak”ujar Dr Ben.

“oh macam tu..habis tu .apa kena pakcik dengan misi terakhir tu..”

“Adam ….kita sebenarnya.!” tiba-tiba lampu terpadam .

“Dr Ben!”senyap.

Lampu kembali terbuka namun Dr Ben hilang.

‘alamak kenapa pulak ni! Kenapa rasa macam tak sedap hati!

“Semua tunduk!  Ada bom!”

BOOM!BOOM!BOOM!

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience